Friday, September 4, 2009

Pra Hari Raya - Chapter 2

Pejam celik Shut Open lagi 2 minggu dah nak raya. Dulu masa kecik kecik dalam sebulan berpuasa less than 5 times je aku berbuka di rumah. Biasanya aku akan ikut Arwah Abah aku berbuka di Masjid. Everyday diorang masak bubur lambuk dan makan dengan sambal ikan bilis. Sebab tu biler kat KL ni orang dok pi Masjid kampung baru kol 3ptg sedangkan distribution start lepas Asar. Aku tak heran langsung. Dah > 10 years duduk kat KL ni sekali je rasanya aku rasa Bubur Lambuk kampung baru tu.

Sama la rasa macam kat Masjid PD masa kecik kecik dulu. Kak Lang aku masak lagi sedap sebab bahan bahan sure lah banyak kan dia letak. Dah tu masak kat umah. Seperiuk kecik je. Kat Masjid diorang masak guna Periuk besar gedabak. Kalau setakat 2 orang nak masuk periuk tu main nyorok nyorok...takde hal punya. Mesti muat.

Lepas tu kat Masjid lepas solat Terawih ada makan makan lagi. Mana mana yang tak habis bungkus bawa balik. Seronoknya biler ingat ingat balik. Masa tu kecik tak payah pikir problem. Pi sekolah, balik main pastu tidur. Heaven je.
Aku takde gambar yang related to cerita aku. So korang layan je la gambar makanan masa kat PD. yang the above beli kat Bazar. Daging salai masak lemak cili api dgn labu dan pucuk manis masak lemak putih. Satanem. Yang kat bawah ni yang goreng goreng tempura ni hasil tangan queen aku la...sape lagikan.
Udang.

Squid


Kepingan ayam. Konon nak buat cam triple play kat Chillies tu. Jadi la jugak. Cuma cheese dressing je takde.

Roti John Herba.

Roti Jala dan kuah durian. Sila la terliur sebab sangat sangat sedap.

Terung

Bubur lambuk. Dapat from Masid Bagan Pinang. Tak bebuka pun plastiknya. Faham faham je la ye. Masuk Peti ais terus. Ejin...nko pernah makan tak bubur lambuk ni? Kalau tak pernah demand from Kak Long. Dia dah pandai masak bubur lambuk ni. Tapi guna beras perang la. Ye ke? lariiiiiii

3 comments:

Ejin said...

aku tak pernah rasa bubur lambuk...last year masa mak aku masuk hospital, ada le kawan dia kat hospital tu datang bagi bubur lambuk kat mak aku ...but aku lupa bawak balik ke stapak masa tu ...sampai next day dah basi ....takde rezeki nak rasa

Ejin said...

kenangan masa kecik2 memang best kat...esp dekat2 perayaan...aku always ingat biler dekat2 nak gawai or xmas, jenuh pi shopping ...then always nak try le! universal reaction tu!

Liz Duan said...

bubur lambuk..suka sgt yg my mother in law punya recipe..hari tu dah try...meletops you!..