Sunday, September 13, 2009

Nasi Kandar Padang Kota

Teringin sangat nak pi ronggeng ke Penang jalan jalan cari makan. Lamanya rasa tak pi Penang.
Tapi biler teringinkan Nasi Kandar yang setanding dan semarvelous macam kat Penang kat KL ni. Sila la ke Mydin Subang. Ada Nasi Kandar Padang Kota. Sangat sangat satanem. Kalau ikut MRR2 terus masuk Kesas Highway lepas tol yang ke dua. Masuk simpang kiri ke Subang. Pastu belah kiri ada The Summit. Lepas traffic light masuk kiri lagi. Jumpa Giant dan Mydin adalah sebelah Giant.

Sejak aku introducekan kat Fid, Ini lah Nasi Kandar yang paling menepati selera dia. Kuahnya yang pekat dan kari yang berapi memang susah lah nak cerita. Kena try sendiri pasti nak lagi. Masa berbuka semalam, ayam sume EJ belasah kasi habis. Aku layan sotong dengan daging masak kicap tu. Kalau pi time lunch sebelum bulan puasa hari tu lagi banyak pilihan lauk pauknya, telur ikan pun ada dan macam macam ada lah. Yang lawak tu aku tanya kat brader tu. Bro..telur sotong ada ke? Ayooo...mesti lah ada. Kalau takde kaluu bukan Nasi Kandar kedai la. Tercabar tak kedai Nasi Kandar lain yang dengar statement brader ni? Kalau makan nasi kandar, pinggan wajib sememeh.
Sume sedap sedap belaka. Ni yang buat tak sabar nak meronggeng pi Penang lagi ni. Lepak tepi pantai, pi Penang Road cari jeruk dgn chestnut. Asam laksa, cendol, ABC, rojak, sup kambing and of course Nasi Kandar Line clear. Rasa cam cuti raya ni nak pi Penang lak. Apakah?

Sambil layan nasi kandar lawannya ialah Teh tarik...tapi kami buat jus kedondong asam masin. Meletops. Puas anak tekak layannnn.

5 comments:

Mard said...

Jus Ambra kata orang utara....

fendifid said...

satanemmmm

Ejin said...

ada telor sotong??? nanti bawak aku pi sini tau ...next time aku pi kl ...

fido said...

sgt lah best nya!! sejibik cam kat penang!

fendifid said...

orait.