Sunday, September 27, 2009

Takbir Raya

Setiap tahun, pada malam raya kat rumah mak aku akan ada Takbir Raya. Jemaah dari surau berdekatan akan ramai ramai bertakbir dari rumah ke rumah. Tahun ni umah mak aku 1st. Sebab umah mak aku kan kat hujung. Selalunya either 1st or last. Kalau last tu kadang kadang sampai kol 1 or 2 pagi.
Jemaah baru mula bertakbir. Aku konon dah siapkan kat dalam rumah tapi they preferred duduk luar je...berangin sikit katanya. Kakak ipar aku masakkan mi hailam, kakap ipar sorang lagi tolong buatkan roti jala. Pastu ada jelly buah.

Mostly jiran jiran yang duduk setaman. Itu pun diorang dah pecahkan jadi 2 group untuk jimat masa. Kalau tak sampai 4-5 pagi la. Sebab banyak sangat rumah.

Selepas takbir raya, tetamu makan dengan cepatnye sebab nak kejar masa untuk ke rumah lain pulak. Masa ni EJ dah sibuk nak ikut bertakbir. Mulanya aku tak bagi tapi biler tengok ada girls jugak yang ikut pastu abang aku pun pi sekali dapat la EJ join.

Selalunya kalau rumah yang awal awal, ramai kanak kanak yang datang tapi bilangannya akan berkurangan selepas 4-5 buah rumah. Sama ada kanak kanak tu lepas turn rumah atuk/nenek diorang terus malas nak join untuk rumah seterusnya or diorang dah kenyang tak leh nak makan lagi, terus balik umah tidur.


Abang aku yang penat menunggu sampai kol 11 lebih pastu dok nyanyi bila la anak anak dia nak balik dari takbir ni. Dah la rendang kampung tak masak lagi. Terus aku mengofferkan diri untuk hantar anak anak dia balik so that dia dengan kakak ipar aku boleh balik umah masak rendang kampung.
Pastu kol 12 hujan start turun. Aku sms abang aku tanya kat mana and ada berapa umah lagi. Katanya 7-8 umah lagi. Aku suruh dia cakap kat anak-anak sedara aku stop kat situ je pastu aku datang ambik sebab dah hujan dan kol 12mlm. Aku pun kepenatan nak tidur. Kena hantar diorang balik umah dulu. Kol 12.30 tahu tahu semua dah sampai umah berjalan dalam hujan termasuklah EJ.
Seronok memasing bercerita makanan sedap sedap. Terus suruh diorang tukar pakaian aku hantar balik ke umah memasing. kol 1 lebih pagi masa balik lepas hantar anak sedara tu aku tengok orang yang bertakbir tu masih tak habis lagi.
Certain places diorang bertakbir rumah ke rumah ni selepas solat raya. Tapi aku prefer lagi malam raya sebab esoknya dah sibuk nak beraya dengan kaum keluarga lak. Kalau kat keramat Neighbour aku cakap kena pecah jadi 3 groups sebab banyak sangat umah. This year neighbour aku kata habis takbir kol 1 pagi.

4 comments:

fido said...

masa ej mintak nk ikut takbir, aku x pikir 2 kali. Tambahan abg fendi ikut & ej tkt sket ngn dia. Aku dah mula rsa it's abt time aku bagi ej rasa the fun of being a kid. Jln raya ngn kengkwn, main bunga pi ngn kengkwn, etc. Kongkong sgt kang, ader plak yg jadik weird cam arwah si MJ!!

Ejin said...

sound fun lah! bet she had a great time ...cantik baju kuning dia tu

fendifid said...

siap cakap nak ikut lagi takbir next year.

Ejin said...

kah kah kah bagus statement fid ..siap bagi example MJ lagi tuh!