Monday, September 7, 2009

Pra Hari Raya Chapter 3

Pejam celik shut open less than 2 weeks kita akan beraya. Tak sabar wehhh. Antara perkara yang sangat significant pasal raya ni ialah Rendang. Ada banyak types of rendang depends dengan tempat dan negeri. Palin aku suka bangat ialah rendang Rembau. Warnanya hitam, pedas dan kecil kecil. Dah lama tak makan. Kalau sesapa tahu kat mana aku boleh beli, sila la uar uarkan. Hari ni jugak aku pergi beli.

Rendang tok pun famous gak kan. Rendang ni pun sedap gak and senang nak cari kat KL ni. Lagi satu yang senang nak cari ialah serunding. Ini pun a type of rendangkan. Kak long nanti ambik gambar rendang Pekan ye. Nak dapat rasa tak tahu bila kurunkan. Dapat tengok photo pun jadi la. Apakah??

Apa kes lak kat Sarawak? Nanti Kak Dik buat posting ye pasal rendang kat Sarawak. Mesti ada banyak jenis dan berbagai namakan. 1 of them yang famous yang selalu Ejin buat ialah Rendang KFC macam yang dia buat untuk celebrate besday dia tu. Lariiiiiii.

What about Eat? Kak Lang kita tu pandai buat rendang apa yek? Firasat aku mesti Rendang Eat sangat sangat pedas. Sebab lepas makan rendang eat semua orang HAUSSSSSS SANGATTTTT. Lariiiiii.

Another type of rendang yang setiap kali raya aku akan dapat makan ialah Rendang kampung aku. Tak sure kalau ada exact name. Tapi rendang yang ni bukan mak aku yang masak. Tapi Mak Mertua abang aku. Kalau abang aku datang rumah mak aku je, mesti adik beradik aku akan tanya. Mana rendang kampung? Pasti abang aku mesti warning. Podeh ni. Mano tak ehh. Segonggam cili api di campak masuk rendang ni. Tapi pedas pedas tu la yang sedap kan kan kan.

Last weekend, Fid and I masak rendang kampung tu. Pastu atas permintaan kengkawan, aku explain la serba sedikit camne nak masak rendang ni. Sila la terliur.

Bahan-Bahannya sangat simple.
1) Ayam. Sebaiknya ayam kampung. Tak pun ayam pencen. Tapi nak senang Ayam Jusco je...he he he. Potong kecik kecik.
2) Santan - 2 biji kelapa untuk seekor ayam.
3) Cili Api - Aku suka banyak sebab nak bagi pedas.
4) Kunyit - Nak bagi kuning colour.
5) Serai
6) Kerisik.
7) Garam
8) Pucuk pegaga

Ayam tu potong kecik kecik. Sebab tu better pakai ayam kampung. Supaya tak hancur. Ayam, cili, kunyit (serbuk or kunyit hidup ikut suka la), garam dan serai. Panaskan atas dapur. Nak keringkan ayam tu. Kalau nak senang, letak air sikit. Masak sampai kering. Rajin rajin la kacau, takut hangus.
Santan dan kerisik. Bila ayam tu dah kering, Masukkan santan dan kerisik.




Gini la rupenya lepas dah masuk santan dengan kerisik. Kacau selalu sampai kering. Kalau ada pucuk pegaga masukkan sekali.

Kerisik tu kalau rajin buat sendiri sebab yang beli punya kureng minyak. Kalau rendang yang Abang aku bawa tu mesti guna kerisik buat sendiri. Tu yang Satanem.
Masa masak hari tu pegaga belum ada. So kami masukkan lambat sikit. Lepas dah kering. Sila la makan sehingga menjilat jari.

6 comments:

Ejin said...

rendang kfc mmg le famous kat sini...itu aku tak nafikan lah!

My dad suka masak rendang kat sini ...guna paste rendang jenama Liza kah kah kah! My dad and I have the same way of thinking - shortcuts!!! my mum akan buat rendang authentics masa perayaan and special occasion aje ...with herisik yang dia buat sendiri ok!

Liz Duan said...

my first time buat rendang was last year open house ajak office mates...katanya sedap kah..kah..kah...or people were just being nice kah..kah..kah..

fendifid said...

Aku tak reti nak masak rendang sebab try dulu habis hancur ayam tu jadi serunding...kah kah kah.

fendifid said...

Apa khabar orang Melaka? cuba explain sikit pasal rendang kat Melaka lak.

Liz Duan said...

by the way yg kau asyik pejam celik pejam celik ni apsal ..he..he.hee...

Ejin said...

kah kah kah ,.,,,dia cut & Paste yang Chapter 1 and Chapter 2 kot ....