Tuesday, September 30, 2014

Geng Ronggeng ke Cameron Highlands

Seperti yang aku uar uarkan sebelum ni, geng ronggeng plan bercuti ke Cameron Highlands dalam masa seminggu je. Book apartment dan bincang iternary semuanya berlaku dengan pantas dalam masa seminggu. Excited sangat memasing sebab ada yang dah 9 tahun tak menjejakkan kaki ke CH. Nostalgia sangat mengimbau zaman dulu dulu masa 2002 trip geng ronggeng ke CH bersama anak anak yang kecik kecik masa tu.

Sampai aje kat sana bercanda dulu kat ladang teh. Kami ke Boh plantation sungai palas. Jalan nak ke sana mencabar sebab satu lorong je kebanyakannya. Kena bawak slow dan bila kat depan kosong je pecut laju sikit.
Ala ala drama hindustan. Nuar la yang rajin melayan ambik photo semua ni.

Faris yang pakai cap tu x pernah ke CH. Dulu masa mama dia datang CH tengah pregnantkan dia la. Tapi kesian sebab CH dah tak sesejuk macam dulu.
Lepak pekena teh sambil menikmati pemandangan. Pastu posing posing. Kalau nak borong teh pun boleh banyak pilihan ada kat sini. Aku tak pasti pasal harganya murah ke mahal.
Happy sakan memasing dok posing kat view deck.
Pasangan remaja bercanda di ladang teh.
Lepas dah berpenat penat mendaki bukit turun bukit kami check in kat apartment betul betul tengah pekan Brinchang. Terpaksa check in sebab hujan. Kalau ikut plan asal nak teruskan sessi posing. Selepas hujan reda kami ke Cactus Valley. 
Sessi posing sampai lebam. Dari dulu sampai sekarang takde perubahan langsung Cactus Valley ni. Sama je susunan pasu dan pokok pokok kat sini.
Macam macam aksi. Layannnn
Sebelah Cactus Valley tu ada agro farm tanaman salad dan banyak strawberry. Kalau musim buah banyak kita boleh je masuk dan petik sendiri buah strawberry. Since sekarang buah tak banyak, tak dapek la nak petik.
Posing dengan replica strawberry je la.

Kanak kanak ribena. 

Lepas tu lepak cafe layan waffer dan sundae strawberry. Turun dari Cactus Valley lain lain sambung bershopping sayuran di pasar malam. Aku dgn fid bawak Zahra balik apartment sebab dia dah mengantuk nak tidur.
Keesokannya lepas check out kami ke strawberry resort untuk posing posing lagi. Iternary siaran ulangan macam trip sebelum ni.
Actually belakang tu view cun sangat tapi camera tak canggih x berapa nak nampak.
Memasing ada monopod. Layannnn.
Kat kejauhan tu ada rumah rumah yang cantik sebab design macam rumah kat uk.
Hebat tak Zahra pun boleh naik sampai atas. Kat sini je entah berapa puluh kali snap gambar. Lol.
Geng ronggeng berposing sakan. Memasing memasang impian nak lepak kat resort ni. 
Kami ada singgah kat ladang Stawberry lepas turun dari Strawberry resort tapi tak dibenarkan masuk untuk petik sendiri. Tak dapek la nak posing dengan pokok Strawberry. Kami teruskan perjalanan ke Smoke House untuk layan scone dan sessi posing lagi dan lagi dan lagi.
Kat sini memang meletops cantik. 

Spot samer tapi model je dok tukar tukar. Ha ha ha. 
Berposing di garden pulak.
Cantikkan tempat ni. Keluarje dari smoke house ni kami terpaksa menempuh jammed untuk naik ke Brinchang. Jammed sebab ada pasar pagi dan jammed kat area kedai jual sayur. 
Last pitt stop, lavender garden. Kat sini di benarkan petik buah strawberry. Happy budak budak semua dapat petik Strawberry. Minimum kena petik 200gram aka RM10. 
Kami masuk kemudian sebab aku layan maggi sementara orang lain dah masuk dulu. Kecik je tempat yang diorang buka. Takut pokok rosak kot kalau buka semua ladang terus. 
Zahra la yang excited sekali dengan hasil tangkapan. Semuanya kena RM37. Sekali sekala merasa pengalamankan.  Dari Lavender Garden ni kami terus pulang ke KL. Kereta banyak tapi tak jammed. Seronok trip ni walaupun sehari sebab dapat pergi ke semua tempat yang dalam plan walaupun hujan dan jammed. Tak sabar nak plan trip seterusnya.

6 comments:

Liz Duan said...

nampak kemeriahan nya tu...selonok..once again ..

AKU TAK PERNAH SAMPAI CH

Ejin said...

Hahahaha tu dia ..the famous green armchair dah keluar ..tak sah gi old smokehouse kalau tak posing kat situ!

Ejin said...

Liz ..parents aku yang dok jauh pun dah penah gi cameron oiii ..ngko sekangkang kera kat kuantan tak penah pergi??? Tunggu aku balik kiter gi sana nak????

fendifid said...

Ok jugak tu ejin. Nanti masa tu pun shopping malls dah siap kot.

Ejin said...

Hahaha mall akan menarik liz ke situ ehh???

fendifid said...

Kalau ke Lizduan ke cameron masa takde malls ni, tahun berikutnya arizz dapat baby girl la. Lol.