Gambar takde kena mengena. Gambar malam tadi. Ni selepas dinner kat Tony Romas pi ronda ronda kat Parkson sebelum show starts.
Luaskan fitting roomnya. Very comfortable.
After her class today, as expected dia terus mintak fruit tart. Selagi dia tak muak asal nampak je Ampang Point aku memang dah expected dia akan mintak fruit tart tu. Ikut perangai sape la ni...lariiiiiii. Tapi aku kata makan lunch dulu. Baru pergi beli. Siap suruh aku promise lagi.
Kami pun ke Hainan Station. Belakang Da vinci je. Row kedai ni ada banyak tempat makan. Kira macam macam ada la. Tak pernah makan kat sini tu yang aku saje je nak try. Aku siap kena ambik drink EJ ni letak sebelah seat aku. Sebab dia dok minum je nanti makanan dia tak habis.
Hainan Chicken rice (rm9.50) and Cendol special (rm3.80)
Close up. Bikin aku teringat cendol nyonya kat melaka tu je...kat jonkers street.
Mulanya she wanted nasi lemak pastu I suggested kat dia hokkien kueh teow ni (rm9.50) sebab ingatkan rasanya sama cam beef noodle kat souled out tu. Macam langit dengan bumi rupanya rasa dua benda tu.
Lepas separuh aku makan nasi ayam tu. EJ dah start baring baring. Tak luak langsung. Dia kata not nice. Aku terus swap dengan dia. Pun jenuh dia nak habiskan nasi ayam tu. Tak kena dengan selera dia la tu. Aku ugut kata tak habis. No fruit tart. Dia kata aku dah promise.
Akhirnya aku pun tak dapat nak habiskan.
Walaupun selepas di paksa...aku jugak yang kena habiskan chicken rice ni. Lepas ni kalau datang kat sini...kalau la kan...tersesat ke...tak akan aku order dua dua ni. Sebab tak kena dengan selera aku. Kalau nak hookien kueh teow yang sedap kena pi Cozy's Corder kat Great Easten Mall. Meletops. Harga pun lebih kurang sama je.
Talking about chicken rice kan...Kak long punya chicken rice sedap. Aku tak sure la Ejin dengan Eat pernah rasa ke tak chicken rice kak long...tapi korang kalau pi Kuantan jangan lupa demand kat kak long OK. Afi dgn Aimran...any comment?
Lepas tu terus pi Ampang Point belikan budak ni fruit tart. Tak puas puas. sume dia sorang je makan. Kalau aku cukai satu pastu dia tak puas nanti jam jam tu mintak lagi. RM9.30 for 6 ketul lepas campur tax.
Yang kelakar tu...nata de coco pun ada. Actually kalau boleh Ej nak choose blue berry je. Tapi diorang dah pre pack campur campur. Bile makan dia still choose blue berry jugak dulu dia nak ngap. Cuba kalau aku ngap dulu blue berry tu...sure banjir ribut taufan sume.
6 comments:
cun lah drawings misha tu. kagum aku!!
eh!! fruit tarts tu bukan yg aku makan kat rumah kau time raya dulu ke?
bukan le...yang nko makan tu cheesetart. btw...welcome back eat. Terkezut aku.
aku terus baca blog biler fend kata shah alam ribut taufan ...sebab eat bagi komen katanya ...hehehe ...
ye lah....guruh berdentum lagi...by the way...baju kau try tu lawa fend....and about misha punya drawing tu semua , tak lama kau boleh frame them...buat satu sudut wall solely utk art dia...kau screen thru and choose...colours tu menarik..
ayat kak long tu salah...meh aku betulkan. by the way..."kau kalau try apa baju tu tetap lawa fend"...kah kah kah
pasal drawings tu takde sudut nak frame la...semak nanti. umah kecik. tak cukup ruang.
hahahah statement ngada dan perasan kuar daaaahhhhh ....
Fend & Misha, nanti bagi kat aku 2-3 painting misha boleh ..nak tampal kat dinding opis lah ...boleh????
Post a Comment