Friday, August 14, 2009

Dinner at Victoria Station

Mengenangkan H1n1 yang semakin teruk ni terencat la segala ronggeng aktiviti. Nak pi tengok Midnite pun cam malas. Tapi boring lak kalau asyik duduk kat umah je kan. So masa on the way balik from office aku dah roger roger dengan Fid kata dinner kat luar hari ni. Fid dengan Ej tak tahu mana aku nak bawa pi dinner...senyap senyap je aku planning sendirian berhad. Ej dok ingat aku nak pi Pavilion chocolate sekali kat jalan ampang aku terus cilok masuk VS. Dia dah mula nyanyi apsal aku masuk situ la bla bla bla. Tapi aku dgn fid buat dek aje. Last last dia diam sendiri.
Pastu masa nak ke parking area Ej dok sibuk cakap nak makan dalam train sebab dia kata ada nampak train dalam restaurant ni. Aku pun tak tahu kat dalam tu diorang design gerabak train. Ada 3 ke 4 gerabak aku tak pasti. Dapat jugak seat dalam gerabak train tu. Senyap la EJ dari dok nyanyi tadi.

Ini la suasana dalam train tu. Very Cosy. Pastu memasing mentelaah menu. Sib baik takde speggetti. Kah kah kah. Aku suruh EJ ambik prawn and fish fillet tapi dia berkeras nak fish and chips aje. Tu pun dia dok mintak butter rice tapi takde. Fries jugak ada.
Bila tanya fid pulak dia kata nak order Maryland Chicken. Ada ke aku susah susah bawa dia datang sini nak suruh makan steak dia nak order chicken. Katanya takut steak liat lagi. Kan dah beberapa kali dia order steak kat beberapa tempat kami pi before this pastu dapat yang liat baling kat batu pun batu boleh pecah. Aku convinced dia kat sini steak tak akan liat macam tu. Dah sah sah VS famous for steak and lobsterkan. Pastu baca pulak blog dok cakap steak kat sini sedap. The last time aku masuk VS more than 10 years ago kat damansara nun. Fid suruh aku yang order dia makan je.

Bun ni cam biasa je. Bun lembut. Aku still prefer bun yang kat Tomy Romas tu.


Garlic bread yang sangat sedap. Ej dok peringat kat kami jangan habiskan tinggalkan untuk dia.


Jus Kiwi. Very thick. Sedap.

Jus mango dengan mushroom soup. Ok la...not bad.


Ni aku punya, black pepper steak. Sangat sangat tender dan satenem.


Ej punya fish and chip. Pada aku kureng tapi fid suka. At last aku dengan Fid yang kena perabihkan sebab Ej biler rasa steak aku sedap terus mintak tukar suka sama suka katanya.


Aku orderkan fid Grilled VS Fillet Steak & Scallops. Aku tanya tender tak? Meletops katanya. Taste better than mine. Finally dapat makan steak yang sangat sedap. Bukan lagi liat cam getah sekerap.

Happy dapat belasah steak daddy dia.

Sampai licin aku dok menyuapkan dia steak tu.


The last bite.

Tak dapat dah nak order dessert sebab memasing perut dah ketat kekenyangan. Muka happy je queen aku ni dok ngendeng biler nak datang sini lagi. Lepas raya la gamaknya. Datang selalu tak dapek den do. Tak mampu.

Mulanya Ej nampak lobster dalam menu dia dok ingat nak order lobster, pastu nampak waiter bawak lobster hidup dok tunjuk kat meja sebelah terus Ej cancel. Sibuk dia suruh aku tanya waiter lobster di hidang hidup hidup ke? Aku pun tak berani nak order lobster. Sebab tak tahu mana satu yang sedap. Nanti kena tanya kawan aku dulu masa satu hidangan lobster yang sedap. Kena try next time. Sape nak ikut?

6 comments:

fido said...

ACIK! ACIK! ACIK NAK IKOT!!!!

EJ said...

sedap makan dekat victoria station!!!

Liz Duan said...

other than The Ship, VS is another best station for steak

zamreen said...

Nak ikut gak, x pernah mkn VS tu, lalu je....

Ejin said...

aku pun nak ikut ...and fend, mungkin after puasa nie aku ada mtg di kl...

fendifid said...

Boleh la...lepas raya kita serbu VS ni ramai ramai. Aku nak try steak with cheese and lobster lak.