Tapi Bali yang nak di cerita ni bukan pulau heaven Bali tu...tapi pasal makan. Sebab it is a restaurant yang namanya JOMBALI. Ha ha ha...suspense je... Located kat Careffour Wangsa Maju. Hari Isnin kami pi sana beli groceries dan nak cari buku cerita kanak kanak. Terus lepak makan kat Jombali. Malam tadi pi lagi. Mulanya nak cari kain terus tukar plan cari alas meja siap terus. Tak payah nak jahit jahit. Pastu singgah lagi makan kat Jombali ni.
Kenapa sampai 2 kali pi makan kat Jombali ni? sebab sebabnya
1) Jeles sebab tak dapat pi Bali
2) Sebab nak makanan pedas pedas....tak banyak option tempat makan kat sini...tambahan pulak kat sini banyak fast food je. Nak ke food court takut makanan dah habis.
3) Hari Isnin hari tu sebab nak try tempat ni. Malam tadi repeat sebab puas hati rasa food dia OK hari isnin tu. Tu yang repeat balik makan kat sini.
Ok lah food kat sini. Harga food pun Ok. Walau pun kesedapannya tak boleh challenge Cozy corner kat Great Easten Mall tu. Tapi worth for the price la. Cuma kopinya sangat mahal. Rm2.90 secawan white coffee...kalau pi kopitiam Pak Lang kat PD...boleh dapat 3 cawan sebab kat PD Rm1.00 je secawan.
Assam Laksa dengan Ribena longan. Fid order Isnin lepas. Laksa tu banyak bahan bahan cuma kurang masam. Ribena longan tu saje je pilih size giant sebab fid share dgn EJ.
Aku order nasi goreng belacan. Ok la ...not bad. Mintak pedas...kan main banyak lagi cili api potong diorang masukkan.
Mulanya EJ kata tak nak makan. Pastu rasa nak makan lak. Dia order Nasi Lemak Kampung tapi tak nak ayam...macam mana tu? Nasi Lemak Kampung tu maknanya ada ayam kampung goreng seketul. Pening waiter tu. Last last aku tunjuk je kat mamat tu gambar nasi lemak biasa dengan telur goreng.
Fid order set. So dapat tauhu bakar ni free.
Biler dia rasa rasa cam tak boleh habis nasi lemak dia, berlakon buat buat ngantuk.
Untuk yang malam tadi kami order ala carte. Menunya terhad. Tak banyak pilihan. Sekali 2 ok la...pi kali ke 3 mesti cam pening tak tau nak order apa.
8 comments:
aku dah agak dah! beli alas meja is batu loncatan utk korang makan kat tempat yang best2!
nama tokey tu hambali kot..so JOM g kedai makan hamBALI..KEKEKEKEKE.
hahaha cik mis, make sense gak tu, next time korang jmp kedai mkn nama JOMFEND... ekekeke
betul betul muka mengantuk si misha..he..he..he...melayan mak ayah ....he..he..he..
nama fend dah tak boleh guna for kedai makan...sebab butique FENDI dah ambik cap mohor.
ooo kira ngku ada butik, plak ada home deco punya outlet ...liz and eat ada kedai apa yea??? hahahah suke sebab ada kedai ambik nama aku!
liz kan dah ada...liz klebong...cuma eat je lah belum kejumpaan lagi. Kena pi ceruk ceruk kot baru jumpa, almaklum...nama kureng glamer sikit...lariiiii.
Nama aku tu sangat2 glamer.. tu pasallah nobody dares to guna.. Hak Hak!!
Post a Comment