Friday, October 16, 2009

Puding Kek Gulung.

Masa open house kat Semenyih, tuan rumah buat puding swiss roll. Sedap dan menarik terus fid mintak resepi. Biler dah ada resepi kena la buatkan. Kalau tak kang ada yang kata haus lak. Kalau nak resepi, korang boleh mintak pada Mama Reen. Jangan la mintak kat aku. Malas nak salin tepek kat sini.



Ni photo masa Fid dok first attempt. Aku tolong mana mana yang patut. Ej sibuk tengok TV.



Swiss roll kena susun dalam loyang. Aku tolong belikan swiss roll ni...kat Carrefour...perisa coklat design tiger katanya.


Lepas agar agar dah masak...masukkan dalam loyang tadi. Kena cermat slow and steady. Kalau tak...nanti jadi cam kat bawah ni. Ni masa mission masih on track. Susu dan buah buahan dalam tin tu aku yang belikan jugak ye. Tak aci la nanti korang kata aku tak contributekan tenagakan. Aku tukang pi kedai beli barang...ada contribution di situ.


Masa ni elok lagi. Pastu Fid kata kat aku. "Ok...tuang". Aku pun menurut perintah aje.


Ha nko...ambik... Terus Swiss Roll tu berenang renang macam anak ikan baru menetas. Timbul 3 bijik...SHHHHHH. Korang jangan cakap kat mama reen tau. Senyap senyap udah. Mesti dia gelak nanti.


Biler agar agar dah keras...terus bentuk no 9 la..mata gergasi la...rupa cam steak pun ada gak. Tapi rasa tetap terbaik. Sape nak order?Fid boleh buat bisness kecil kecilan ni. Tukang beli barang mesti dapat share profit gak kan kan kan. Tukang bagi resepi ada share % profit tak agak agaknya? Rasanya lagi sedap dari tuan punya resepi buat hari tu..ye ke?...larikkkkkk...ha ha ha.

Hari ni bukan hari selasa

Mama reen jangan la terasa


Hari ni bukan hari rabu

Kita gurau gurauan je Bu
Yang pakai baju Butterfly tu la tokey resepi puding ni ye...Kain butterfly beli di Bandung ya bu?

Mama reen memang sesuei pakai baju gambar rama rama. (Kena puji balik ...kang ada resepi lain tak nak share kang).

10 comments:

Ejin said...

aku tengok mcm kulit lemon kat lemon chicken pun ada!
hahahaha tak pe, yang penting dah cuba ...hehehehe ...

Reen, bagi lah resipi!!!! aku pun nak try jugak ...

Liz Duan said...

nampak cam sedap

Eat said...

Mcm sup ekor pun ada jgk fendu..

fendifid said...

biar rupa kureng tapi rasa tetap terbaik...he he he

fendifid said...

ko try la dulu puding caramel tu. kalau dah pass baru bikin yang ni.

fido said...

Mmmmm... walaupuna aku gelak sakan baca poating nih... AKU TOTAP TAK NAK KAWAN NGN SI MONCET!!!!

Ejin said...

fid, mcm tak tau laki ngko tu camne..pasal nyakat org and gelak mmg no 1 ..hahahaha kami dari dulu dah asyik kena ngan dia ajer...

zamreen said...

Silalah mencube ye kawan2...

Puding kek gulung
Bahan-Bahan:
30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla
Cara:
Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

fendifid said...

Ni resepi dah tepek kat sini kalau tak cuba...tak tahu la nak kata..Hausssss

Ejin said...

thanks Reen ....nampak cam senang ..yang org tahap aku boleh buat. Presentation tak tau le plak kan ...hehehe