Saturday, August 18, 2012

Nak Jugak Menyibuk - Raya Raya Raya

Tumpang lalu...nak tumpang sekaki jugak. Ejin dengan Liz dah buat posting mukadimah raya. Aku nak jugak menyibuk join buat posting pre raya.
Esok dah nak balik ke PD. Pukul berapa? Tak tahu lagi...tengok la memasing bangun kol bape esok. Tapi kereta dah siap ni...dah ready. Jom Balik Kampung jom.
Tak suka keta tadi...kita naik keta ni untuk balik Kampung. Sah sah jalan jammed...kena la power untuk cilok sana sini supaya cepat sampai.
Sesapa yang tak nak join naik kereta kerana jammed...aku saran kan naik kuda. Settle masalah jammed.
Hopefully perjalanan ke kampung esok jalan clear macam ni...heavan. Nak drive pun boleh dengan tenang...tak perlu berebut rebut.
Tadi sempat lagi last minute shopping. Kalau ikut nafsu...hari raya first day pun bersidai kat Mall untuk bershopping.  Aku cam tak berapa trill la bershopping untuk raya kali ni...sebab tak sempat nak shopping kat Harrods London.
Since korang sumer dah masuk golongan veteran...so no duit raya. Jadinya aku hadiahkan korang bunga cun melecun ni.
Alhamdulillah...semoga kami berempat dapat beraya bersama untuk kali ke 2 ni dengan ceria...tenang...gumbira. Seronok raya ni untuk budak budak sebab kita ada banyak lagi nak difikirkan dan diuruskan. Jadi jom tumpang keghairahan Hari Raya bersama budak budak.
Akhir kata...dari kembar iras kepada Aaron Aziz ni...Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin. Selamat bergumbira dan makan tu jangan over. Biar bersederhana kan kan kan. Model hensem la...macam remaja. lariiiiiii.

9 comments:

Liz Duan said...

Ko mmg kelessss...nak sopping herot petot bagai...haron ajis ler pulek...malessss...gambar last ala panca sitara tu tak kuaseeeeee

Liz Duan said...

Fendi salam aidil fitri ya...maaf zahir batin..for u, fid, ejin n ita...

Ejin said...

Kemabr iran aaron aziz aku malas tuuuuu ...puittttt tak sama langsung!

Salam aidilfitri untuk semua ...

Eat said...

Canggih sungguh posting nih.. dengan caption yg sungguh out of place.. esp bab aaron aziz tu.. kan ejin?

fendifid said...

Yeah...ita komen posting aku. Ejin, liz...nko ader? @Facepalm.

Ejin said...

Ita ita ...awat lah ...facepalm sungguh

@xiM said...

suka ngan ayat perenggan terakhir. hehehee

@xiM said...

samat ari raya.:)

fendifid said...

Selamat Hari Raya Axim.