Tuesday, October 30, 2012

Misi tercapai dengan jayanya.

Masa Raya Aidiladha baru ni biler rasa rasa boring takde benda nak buat...gatal je aku nak ke Melaka. Macam la Melaka tu 15 minit sampai. Pedulik...asalkan ada misi...jom g Melaka. Ej tak ikut sebab dia sibuk nak fesbuking and lepak lepak dengan cousins dia. Malas aku nak layan...or bising bisiing...aku biarkan aje dia tinggal. Kami ber5 ke Melaka...dengan Ain dan kak lang aku.
Panorama dah biasa..takde yang baru pun...tak kisah la kan...sebab ada misi yang mustahak biler ke Melaka ni. LOL.
Kami jalan jalan petang ambik angin. Zara yang suka sangat berjalan ni.Kami stop aje dia bising sebab nak kena gerak sentiasa stroller tu.
Tempat wajib berposing.
Jalan jalan kat waterfront ni...mana lagi nak pergi ye tak. Ej kirim dodol..so kena la ke waterfront ni sebab kat sini ada jual dodol sedap.
Cunnya hotel ni...aku rasa cam nak check in aje lepak lepak kat hotel ni. Fid pun teruja nak lepak kat sini.
Di ambang...ha ha ha. Asal nampak je jalan nak masuk jonker street ni...rasa excited terlebih. LOL.
Taraaaa...misi mencari cendol durian. Sedap teramat. Kan Ejin kan kan kan. Misi menjeleskan Ejin. ha ha ha. Tak ramai orang beratur...cepat dah dapat cendol ni. Stress masa nak makan sebab sibuk ambik gambar dan whatapp bagai. Menjeleskan orang tu wajib. Ha ha ha.
Lepas dah puas layan cendol...singgah jap kat kedai Hard Rock...beli baju untuk Zara. Bulan January nanti restoran Hard Rock akan di buka kat sini.
Malas nak jalan kaki ke tempat parking...kami ambik beca...posing posing dulu sebelum naik. Zara yang paling excited bertepuk tangan naik beca ni...sebab brader ti pasang lagu Anak Kampung. Seronok tengok Zara happy.
Ej biler tahu kami naik beca..baru nak jeles. LOL. Apo nak di kato. Lepas ambik kereta...kami g layan asam pedas kat restoran Hajah Mona...sedapnya. Aku siap tapau...untuk repeat esoknya. Misi tercapai...lega dan happy. cayookkk.

4 comments:

Liz Duan said...

Kelas misi Fendi...in life we have to choose to be happy...kalau makan cendol durian blh happy cari lah cendol durian ...jgn miserable tak tentu pasal ...

Tak sabar nak tengok baju hard rock Zara...he..he..bagus bagus matching gitus!

Ejin said...

misi menjeleskan aku mamang berjaya ..and bukan setakat aku, mak aku pun terliur hahahaha

Melaka is my 2nd fav place for food - after Penang .....ntah biler lah nak gi lagi ....that cendol durian tu memang wajip kalau gi sana

Ejin said...

hotel lawa tu masa aku gi dulu baru siap ....cantik kan? saw it masa gi river cruise ....perhaps next time stay kat situ

fendifid said...

Aku rasa end of the year ni school holiday nak g lepak kat situ.