Sunday, October 7, 2012

Sekejap pun jadi...LOL.

Kan dah kata...aku ni jenis tak betah duduk kat umah. Mesti nak keluar kalaupun sekejapan...jadi la...walaupun setakat keluar makan. Asalkan keluar. Sehari lepak kat rumah rasa cam serba tak kena. Zara tak fully baik from batuk...so out door is a big NO. Mulanya ingat aku nak tapau aje food tapi cam tak best pulak kalau tapau...balik umah dah sejuk. Memasing pulak dah bosan lepak...semua nak berjalan jugak...termasuk lah Zara...kejap kejap dia berdiri kat sliding door pandang keluar.

Akhirnya decided keluar dinner kat 1MK...pilih tempat ni sebab tak ramai orang.
Ada kids carnival for Halloween...posing dulu sebelum g makan. Masa ni Zara dah excited nak berlari lari...dia tak nak duduk dalam stroller dia tu. Bosan kot.
Kat 1MK ni...tony romasnya tak sesak dengan orang. Pastu yang bestnya kat sini kids meal free everyday. Kat Pavilion dah la ramai kekadang kena que...kids meal hanya free untuk certain days aje.

Zara tak sporting la...asyik nak berdiri aje...makanya aku kena makan laju laju sementara fid layan dia. Pastu aku lak layan dia sementara fid makan. Ej macam biasa la...sibuk fesbuking.
Kat dalam 1MK ni sangat la sejuk. Feeling feeling kat London or HK. Sejuk sampai berair hidung. Tak tahu la kenapa nak sejuk sangat aircond dalam building ni. Tu yang aku bawak Zara lepak lepak kat luar. Terpaksa sebab kalau sejuk lagi teruk batuk dia.
Kat depan 1MK tu kat kawasan lapang ada 2 mamat arab dok main roller skate. Zara leka menengok diorang. Siap dia nak duduk bersila menonton.
Tercengang cengang.
Pastu dia suka tengok patung angin yang merah tu.
Emtah berapa kali nak panggil dia untuk snap photo...susah sungguh...dia nak toleh sebab dok tengok patung angin tu bergerak gerak.
Oh ya....kids meal walaupun free...comes with dessert ye...either ice cream or choc pudding.
Lepas makan...ronda ronda jap kat carnival tu...aka tempat orang jual macam macam jenis mainan...yang mahal mahal. cupcakes pun ada di jual.
Kalau tak pegang dia...jangan harap dia nak pandang ke camera.
Semua pakat pakai HRC tee sebab Liz dah tegur apsal tak pakai sesama. LOL. aku ada 10 helai...Fid and EJ ada 1 sorang...camne nak sedondon kan...so selalunya aku sauk je mana nak pakai.
Kat 1MK ni ada kedai BAJI...jual manisan Arab yang sedap mantap...aku suka sebab banyak kacang. Ok...tu je nak cerita g makan...LOL.

4 comments:

Liz Duan said...

..ha..ha..ha..bagus sedondon gitu...kena beli baju kecik HRC for Zara.
1MK kedai apa...?
Zara...besar dah nampak

Ejin said...

Tajuk posting mengingatkan aku pada scene Adam dan Hawa kat Perth tu ...sekejap pun jadilah kata Am hahahahaha

Ejin said...

Tasha is so sweet ....comel sangat..

aku tak suka manisan yang banyak kacang tu ...manisan fav aku still pavlova :-) dan bukannya bingka pisang

fendifid said...

Sedap la manisan tu. 1MK ni mall baru kat mont kiara. Ada tony romas, nandos, kopitiam, zeus, harvey norman dll. Not for u to hang out la liz.
Semalam fid baru tanya ada ke hrc tee utk size zara. Lol. Dulu g hrc zara x pandai jalan lagi.