Tahun lepas sebelum berangkat ke Perth aku ada baca beberapa blog and ramai yang bercerita pasal Apple Strudel. Beberapa tahun yang lampau masa aku kerja kat tempat lama, ada staff yang balik dari Perth bawa balik Apple struddle tu and that was the first time aku makan strudle. Sungguh la sedap rasanya. So masa trip tahun lepas tu, antara impian aku ialah nak makan Apple strudel tu. Masalahnya kedai tu quite far from hotel yang kami tinggal and masa trip ke wildlife park kami lalu depan kedai ni. Akhirnya impian tak kesampaian. Dapat tengok kedai aje. Apakan daya..kita hanya merancang. Chewahhh.
Tahun lepas juga member aku pergi ke Perth...aku cakap pasal Apple Strudle ni...Dia pun beli beberapa ketul...tapi rupanya salah. Yang dia beli tu Apple pie. LOL. Dia pun tak puas hati biler aku cakap salah...sebab dia tanya kat bakery tu...orang tu cakap itu la apple strudel. Tipah tertipu.
Last week member ni ke Perth lagi. Sebelum dia pergi dia mintak aku gambar Apple strudel yang sebenar. Aku siap googlekan address kedai ni and phone number sekali. Dia janji akan belikan untuk aku. Tadi dia bawak strudel ni ke Office...berbunga bungalah hati hamba. Apo nak di kato...impian tergapai.
Masa balik dok carry kotak ni kan...ada few people asked me apa tu..I said food. Baunya kan sedap menyucuk ke tangkai hidung. Apakan daya...pak ngah kedekut hari ni...takde pun pak ngah offer kat sesapa. Tak buka and tunjuk pun takut diorang terliur. Pak Ngah siap letak bawah meja takut ada member nampak mintak nak rasa. Ohhh...kedekut sungguh pak ngah hari ni. Apakah?
Sampai je kat umah...posing posing dulu...Zara volunteer jadi modelnya. Nampak tak nama kedai tu...CORICA...yes...sesapa yang ke Perth...sila cari CORICA ni. Berbaloi baloi.
Tu dia 1 foot long katanya. terliur tak? terliur tak?
potong dan posing lagi...kasi adik beradik sumer menjeles.
Zara melayan daddynya yang sewel. LOL.
Apa apa pun...jasamu ku kenang...terima kasih tak terhingga kat member yang baik hati belikan aku strudel yang Maha sedap melampau ni. Fid and EJ melantak 2 servings sorang...sedap bangat katanya. Creamy and crunchy...terasa seperti di Perth pulak. Teringat ingat keindahan Perth dan betapa coolnya bandar itu. Jom gi Perth jom. Flight tengah murah tu. Apakah?
Ok...tarik nafas dalam dalam...pak ngah dah bangun dari mimpi. Yang penting...tergapai impianku. Cuma nak tanya aje...NKO ADER? lariiiiii.
5 comments:
Suka tengok gambar Tasha layan daddy dia fu! Sure dia berkata2 dalam ati "daddy daddy ...awat le niat jahat sangat nak jeleskan aunty2 Tasha..."
Even Al tanya aku, what uncle fendi doing mama ...hehehehe ...nampak sedap strudel tu ....
Sedap giles. Rasa sewel x hilang abis. Ha ha ha.
Adoiiii impian impian ko ni...semua tak de di persekitaran Keramat...
Aku suka noh gambar Tasha tu..."Haiyo my Daddy"
Apa beza apple struddle and apple pie ni? Akuapple pie tak suka...actually apple agak kureng sikit sebab masam lah..aku tengok aje dah kuar air liur rasa masam..ha..ha..ha..
tapi dulu kita rajin buat Apple flan tu...uli uli tepung then susun susun apple then gula then bakar...hebat sgt dah rasa aku buat mende tu...
Pastry lain for both. Strudel ada cream mcm pavlova and strudel manis.
Post a Comment