Wednesday, December 10, 2014

Geng Ronggeng ke Melaka



Last weekend, selepas berbulan bulan planning. Akhirnya trip family day Geng Ronggeng ke Melaka menjadi kenyataan. Kami berkonvoi sama sama 5 kereta dari RnR Seremban terus ke Pantai Tanjung Bidara Melaka. Sampai pantai dalam 9.40 macam tu. Nasib baik cuaca pun elok tak hujan dan tak panas sangat.

Sebelum makan makan, kami main games dulu. Meriah giler telematch. Gelak sakan semua orang. Happy je main lari bawak bola pingpong dalam sudu, isi air guna sponge, baling belon yg ada air. Memang meriah padahal kami 24 orang je. Havoc macam 100 orang. Zahra pun ikut join main ganes. Seronok dia. 

Lepas main games kami makan. Masing masing ada tugas bawak makanan apa. Semua sedap sedap belaka. Paling hebat Zam la yg bawak ulam macam utk 100 orang makan. Punya la banyak. Fenfid bawa rendang ayam campur pegaga, khaimal bawa sambal udang petai, nuarlin ayam masak kicap, ct k nasi goreng, zamreen bawa congo bar dan cup cakes, miss president bawa nasi dan zana bawa tempoyak daun. Semua sedap sedap belaka. 

Lepas dah kenyang ada upacara penyampaian hadiah. Lepas tu cepat cepat pack barang untuk gerak ke hotel. 
On the waynya singganh coconut milk shake dan tapau keria bersira gula melaka kat Klebang.

Sampai je kat hotel rehat rehat kejap bebudak semua terjun pool. Sampai ke petang. Pukul 6.30 kami bergerak ke muara sungai duyung untuk dinner. Layan ketam, ikan bakar, sotong goreng tepung, pepahat dan kupang. Puas hati memasing layan seafood. Sedap sedap. Tapi gambar xde sebab aku bz makan. Lol.

Esoknya beriadah kat pool lagi. Kasi can budak budak mandi pool sampai puas. Lepas dah check out kami celebrate Anniversary Zamreen kat tepi pool sambil sessi posing posing.

Tempat ni je posing 50 keping.

happy anniversary Zamreen. #gozamreena

Lepas check out singgah makan lunch pastu berkonvoi balik KL. Singgah minum petang kat rumah kampung ms president.

Dinner pulak ainggah kat Kajang layan maggi ketam dengan celop celop. 



Selamat sampai kl pukul 9 lebih. Penat sangat sebab cuaca panas masa kat Melaka. EJ tah join trip ni sebab dia ikut maksu dia bercuti ke korea. Untung la dia kan dapat g Korea. 

Hopefully dapat buat family day lagi tahun depan yang lebih meriah lagi. 

2 comments:

Ejin said...

best nya ronggeng cam nie ..gelak gelak, makan makan and posing posing! Happy anniversary tu Zamreen!

Liz Duan said...

Tak nampak pun kat fb korang berjalan ni...mmg dbomb n happening kemeriahan nya..happy anniversary zammreen