Friday, January 2, 2015

Samb New Year 2015 celebration

Lepas dah kenyang layan pulut rendang kami berkonvoi 2 kereta ke publika. Tujuan utama sebab geng ronggeng nak merasa dessert sedap kat Salon du Chocolate. Sampai je kat Publika terus tuju ke salon cafe ni. Full house kena tunggu meja kosong.
Tabah je memasing tunggu. Tersilap cakap 10 orang padahal kami 12 orang. Kalau semua geng ronggeng ada sekali sah sah kena book the whole cafe. 
Selfie dgn chocolate fountain.
Nuarlin sampai tapi still kena tunggu jugak. Dalam 30 minutes baru dapat meja. 
Sambil sambil tunggu order siap siap.
Ni la salon wrap yang semua mengidam. Dalam ada strawberry dan crispy rice. Rasanya kalau datang lagi next time mesti order ni jugak.
Birthday girl wajib posing dengan salon wrap bagi menjeleskan sesiapa yang tak dapat join kami hari tu. Ha ha ha.
Happy sokmo memasing. Get together and borak borak memang seronok. Choc tu semua penambah seri je sebenarnya.
Fettucine choc. Crepe di potong mcm fetrucine pastu tabur dengan 3 jenia chocholate. Letak pulak ice cream. Meletops sangat.

Cinnimon wrap. Dalamnya cream dan banana. Tabur choc cair atasnya. Marvellous.
Takut tak puas order ni sebagai tambahan. Waffer dgn 3 choc jugak.
The kids mulanya duduk meja lain sebab meja ni ada pompuan dok layan wafle choc sesorang.
Dah puas layan choc selfie pulak kat arca kat ground floor publika tu
Aku halau diorang keluar dr net ni 3 kali. Sibuk nak masuk dalam tu.

Dah macam adik beradik pulak. Selfie sakan diorang berdua ni. 

Sempat posing gaya sawan phone ni. Masa ni aku sibuk layan zahra main buaian dan gelongsor. Saja lepak lepak sementara tunggu nak dinner kat boat noodles. 
Sampai je kat boat noodle penuh and kena tunggu sejam lebih sebab kami ramai. Semua buat keputusan tak nak tunggu. Decided ke Mont Kiara layan tandoori kitchen yang sedap bangat dan cheese naan.

Posing baik punya sebab dah setahun teringin layan tandoori tapi x menjadi je plannya. Bila dah dapat merasa terus nak repeat lagi. 
Geng ronggeng tang tak dapat join tu layan gambar je la ye. Sehingga menjilat tulang kesedapan tandoori kat sini.

2 comments:

suzanna yusof said...

He he he he tandoori mengancam

Ejin said...

lama nya aku tak makan tandoori ...last tu dua tahun lepas rasa nya huhuhu ...