Wednesday, December 11, 2013

Berkurun lama tak outing kat KLCC dan Pavilion

Last weekend abang aku and family datang from JB. On Saturday night kami keluar dinner kat AU5 makan Satay Melaka dan mi celup. Masa tu takde ambik gambar. Aku pulak from office terus ke AU5. Tak sangka dah kol 9.30 macam tu pun tempat penuh sesak dengan orang nak dinner.

Esoknya masa breakfast aku tapaukan aje food. Aku beli nasi lemak dan 3 serangkai ni.  Uni kayu, keledek dan pisang tanduk. Nasi lemak beli kat gerai depan blok polis AU3. Yang 3 serangkai ni beli kat restoran Diva Bukit Setiawangsa.

Sekali sekala layan traditional food macam ni memang terangkat. Boleh makan dengan sambal or kelapa parut. Ikan masin takde.
Beli jugak roti canai, sambal sardin dan sambal sotong. Semua meletops sedap sedap. Keramat ni memang mewah dengan makanan sedap sedap. Kalau tak sedap aku tak geng. LOL. Tekak aku kan manja. Lepas sarapan semua bersiap untuk ke KLCC dan aquaria. Kami pun ikut sekali join ke KLCC. Tapi masa abang aku and family masuk aquaria, EJ and Zahra je yang join masuk. Aku dengan Fid lepak kat kopitiam.
Zahra keluar je dari aquaria cari botol susu dulu. Posing lebih kurang kat sini terus ke KLCC pulak. Abang aku and family nak masuk petrosains pulak.
On the way jalan ikut terowong tu ada penguin ni. Teringat ingat penguin kat Seaworld. Great memories.
Posing dengan cousin, Farah. Sebulan dua lagi Farah ni nak jadi kakak. Tak sabar dia nak dapat adik katanya. So dia dok tolak stroller Zahra untuk practise tolak stroller adik dia nanti.
Deko kat KLCC...dok memanggil manggil lizduan and family. Dah lama dah liz tak jejak kat sini. Mari mari...shopping shopping. Petrosains pulak ramai sangat orang. Masa tu kol 12.30 masa kami sampai kat sana tapi orang dok beratur beli ticket untuk masuk yang pukul 3petang. So Abang aku tak jadi masuk Petrosains. Kami g makan lepas tu abang aku bertolak ke Melaka.

Kami pulak yang dah berkurun tak ke Pavilion saje je cari pasal redah jammed pastu susah nak dapat parking masa ke Pavilion tu. Nak tengok deco X'mas sambil window shopping. Dah lama sangat kami tak ke Pavilion.
Posing posing kat sekitar Pavilion. Cun kan baju Zahra ni. Beli kat Harbour Town. Masa tu kedai dah nak tutup. Orang tu pulak cam tak nak layan kami yang ghairah dok nak shopping baju Zahra...ni je sehelai yang aku dapat grabbed masa kat sana untuk Zahra. Tak perasan Harbour Town tutup kol 5.30 and banyak wasted time masa tu. Rasa cam nak g lagi shopping kat situ. Tak puas.
Orang ramai berposing kat Pavilion ni so belasah je la snap sana sini.
Tengok tu...ada je orang kan. Bayangkan masa ni 12 ribu parking penuh. So crowded.
Deco kat sini memang terbaek.
Feeling feeling kat over the sea.
Padahal kalau kita ke over the sea takde pulak diorang beria ia deco macam kat KL ni. Confusekan. Lepas dah habis posing...kami g makan. Konon nak minum aje sambil layan dessert sebab memasing masih kekenyangan makan kat KLCC.
Order mi kolok je...licin...sedap pulak. Kata kenyangkan...tapi licin makan mi ni.
3 layered brownies. Sedap sebab tak keras sangat tak lembut sangat. Sedap sedap aje.
Blueberry cheesecake ni sangat smooth and creamy. Not too sweet and well blended dengan blueberries yang masam masam manis tu. Sedap terlampau.
Banana pie ni pun sedap. Memang terbaek la dessert kat sini. Semua sedap sedap tiada yang tak sedap belaka. Ada gateau, tiramisu, cakes dan macam macam lagi. Next time la kami try yang lain pulak.
Ingatkan nak makan tenpanyaki tapi semua kekenyangan. Tu yang layan dessert aje kat sini. Gambar ni sama je kat tempat deco tu. Ada carrousel kena bayar RM5...dapat la Zahra main seround.
Macam kat over the sea tak?
Tak puas jalan kat Pavilion sebab tak shopping. Ongkos dah takde nak shopping...next round la kita datang shopping kat sini. Tengah sales tu. Kedai baju superman tu dok panggil anak anak bujang liz tu.

Ok...gambar kat bawah ni takde kena mengena dengan Pavilion or KLCC...saje je nak tepek gambar makanan. Macam takde seri la posting kalau takde gambar food. Betul tak Ejin? Jom layan.
Ni namanya Naan double cheese. Jangan ingat ada double cheeseburger aje. Naan pun ada. Kat restoran Alif Bistro Balakong. Memang terbaek naan kat sini.
Fid dengan aku makan mi mamak sambal sotong. Terbaekkkkk. Sedap sangat. Melampau lampau kesedapannya.
Ni pulak sarapan semalam layan nasi dagang. Kuah dia cam cair sikit kan. Harga RM5 sepinggan. Nasi dagang yang sedap kat AU5 tu RM10. So next round patut makan yang murah tapi kuah tak berapa nak pekat ke atau redha je makan kat tempat sedap pastu nangis masa nak bayar? confuse di buatnya. Ke goda goda Nuarlin soh mama dia masak nasi dagang pastu belasah cukup cukup 2 pinggan? lin cer jawab soalan cepu mas ni.
Cam best je kan...makan jalan...makan jalan. Tak macam adik kita kat Welly...ofis kerja ofis sv phd...aiyo...so headache lah. Apakah?

6 comments:

cak ayang said...

Soalan cepumas ye...ibulin ons aje..ckp aje bila mau...esok sure terhidang or tgu org nz balik..lin open table..heheh

cak ayang said...

Soalan cepumas ye...ibulin ons aje..ckp aje bila mau...esok sure terhidang or tgu org nz balik..lin open table..heheh

Ejin said...

Uwaaaaa ..nangis meraung aku oiiiii ...

Liz Duan said...

cak ayang..cak cak...anak jugek ha...ha..ha..

i miss klcc and pavillion...fun lah kl ni

hazeluv hazelin said...

hehehe... cpt ejin balik m'sia ibulin open table..liz bila nk mai kl ? heheh

fendifid said...

Kalau ikut nafsu nak g pavi setiap minggu tapi akal masih mengatasi nafsu sekarang ni. Dessert sedap memanggil manggil la pulak. Hu hu hu.

Cepat ejin balik mesia. Dapat aku tumpang makan nasi dagang ma lin masak. Terbaek ooo.