Friday, December 20, 2013

Ronggeng sehari di Pullman Putrajaya

Lepas balik dari Gold Coast kisahnya memasing panas vontot sibuk nak berjalan lagi. Semua dok kata tak puas berjalan. Lagipun cuti sekolah panjang lagi. Tu la...lesson learnt...next trip kena ambik middle of the school holiday. Ni nak tiket murah AA kan...sanggup ambik tarikh yang belum cuti sekolah. Ha ha ha. Pastu dah bercuti 6 hari memasing dok nyanyi nak gi jalan lagi sana sini. Lepas macam macam tempat yang di proposed...akhirnya yang menjadi kenyataan ialah Pullman Putrajaya. Aku Ok je hotel ni sebab memang dah tahu...hotelnya cun. Masa sampai aje semua puas hati.
Kami sampai awal...sempat la posing posing dulu pastu whatsapp kat geng ronggeng yang tak sampai lagi dan yang tak akan sampai...sebab tak semua join outing ni. Saje kasi menanah mata memasing.
Lepas tu masuk bilik posing posing lagi...Zahra pun sama naik...semua posing dia nak menyelitkan diri. Layann. Jom tengok gambar bilik hotel ni yang cun. Bilik yang kami duduk King Size bed...pastu cam gelap aje...aku masuk bilik Nuarlin...snap gambar elok lak terang benderang. Masa ni diorang tak sampai lagi sebab stucked in the jammed. Kat mines masa tu ada BBW festival buku tu.
Diorang dapat double bed.

Bila dah petang sikit aku dengan EJ je turun untuk look see look see sekitar hotel ni sambil posing posing. Sah sah la aku terpaksa jadi model paksaan. LOL.
Elok je lepas posing ronda ronda sekitar hotel, Zamreen whatsapp kata dia sekeluarga turun ke Pool. Masa tu hujan renyai renyai.
Elok je hujan berhenti, Nuarlin pun sampai. Terus tukar baju mandi terjun masuk kolam. Walaupun sebelumnya hujan. Tapi air pool suam suam kuku. Elok bebeno la kan. Dapat la Zahra pun join mandi lama sikit. Kalau sejuk dia kena buat syarat je la...rendam kejap aje.
Happy je memasing dapat mandi manda...rasa macam kami je conquer pool tu. Sebab sebelum tu hujan orang tak ramai turun ke pool.
Malamnya kami keluar dinner kat Umai Cafe kat tepi tasik Putrajaya. Not bad la food kat situ. Sedap dan harga berpatutan.
Lepak lepak kat tepi tasik tu ada orang buat preparation untuk festival memancing dan memasak esoknya kat venue yang sama.
Pemandangan Putrajaya dari Marina Putrajaya...betul betul sebelah Pullman Hotel ni. Ok jugak kalau jalan jalan tepi tasik petang petang kat sini. Kalau siang...lupakan saja sebab panas sangat.

The next day sebelum breakfast. Breakfast kat sini so so je. tak sedap sangat. Esp food tempatan...macam nasi lemak dia...sambal dan kari kambing kureng. Tapi yang lain lain western ke...dimsum ke...aku belasah ok je...sedap ha ha ha.
Lepas dah check out simpan bag dalam kereta pastu ronda hotel untuk posing posing pulak sebelum balik. Masa ni pulak panas sangat.

Pasangan remaja. LOL.




Photo ni semua taken from the village. Ada restoran atas tasik attached to this hotel. Tapi sebab panas kami posing dari tepi tepi aje...tak naik pun kat area restoran village atas tasik tu. View sangat la menakjubkan. Ada beberapa couple pengantin sibuk berposing kat area sini jugak.

Kat area Marina Putrajaya. Masa ni memasing malas nak menapak sampai sini sebab panas. Aku dgn Zahra aje yang jalan ke sini. So berposing berdua je la. Tengok Zahra yang berpeluh tu sebab kepanasan.

Wajib la tepek gambar makan...baru berseri posting. Lepas check out kami ke Cyber jaya layan nasi arab restoran SABA. Tapi malangnya ayam grill semua habis. Ramai orang kat restoran ni...weekend kot. Berselera memasing makan. Lepas dah kenyang...bersurai. Sekian la saje percutian sehari lepak hotel. Yang penting ada pool.

3 comments:

Ejin said...

Aku aritu ada dapat free one night kat Pullman Putrajaya ..aku lupa guna hahahaha ...so dah burn :-) but yang paling manarik perhatian aku adalah gambar nasi arab tu ....terus lapar jadi nya

hazeluv hazelin said...

cam best jer ..cam best jer

Liz Duan said...

nice hotel ya Fend...