Wednesday, December 11, 2013

Hatiku belum terbuka. Apo nak di kato?

Gambar yang aku guna untuk posting ni semua aku ambik from Anak Sedara aku punya FB sebab dia sekarang ni kat Korea. Aku siap PM dia soh tepek beberapa gambar permandangan kat Korea tu. Korang layan la gambar Korea ye. Aku tak pasti la sekarang ni korea musim apa. Lepas tengok gambar gambar ni korang ada rasa macam nak pergi tak Korea ni?
Suasana malam di Korea...very quiet kan...tak macam Hong Kong yang hiruk piruk dengan masusia sana sini...sibuk dengan pasar malam bagai. Kat Korea ni calm aje suasananya. 

Nampak macam kat kawasan tinggi dan ada saki baki snow.
Tak sure pulak sungai ke longkang ni.
Anak buah aku bujang...so activiti dia mencabar la sikit. Naik tempat tinggi untuk main ski...ke belajar ski ke...tak kisah la kan...pengalaman. Dah lama tak main salji. Rindu rasanya. 
Macam seram je nak naik buaian tu. Kaki tergantung macam tu. Tapi kalau tak naik buaian ni camne lak nak naik sampai ke atas kan.
Pemandangan dari tempat tinggi. Takde pulak semua tempat diliputi salji. Maybe bukan musim sejuk la kot.

Kalau tengok gambar ni...rasa macam musim luruh kot kat sana. Pokok semua cam botak aje. Yang kurus tu la anak sedara aku.
Ok...yang ni gambar taman kat kampung kita...London. Saje nak refreshkan minda untuk buat perbandingan...mana lebih berkenan di hati anda? he he he.

Sebenarnya geng ronggeng ada berbincang bincang...kemana arah tujuan melancong tahun depan atau tahun 2015. Makanya keluar la nama nama tempat macam Istanbul, Osaka, NZ dan Korea. Kiranya nanti tengok la promotion flight macam mana and yang mana dapat grab yang murah itu lah nanti destinasi pelancongannya.

Tapi somehow somewhere aku belum lagi terbuka hati nak ke tempat tempat yang di sebutkan tu kecuali NZ...Cuma NZ ni sah sah belanjanya besar...pastu kalau nak cheap flight takut transit sana sini begitu begini macam yang Ejin had masa balik Malaysia dulu tu...aiyo...pengsan and macam tak sesuai for Zahra.

Makanya...masih berkira kira dan survey survey lagi tempat untuk melancong. Fid was saying kalau boleh tak nak repeat tempat yang sama tapi sebab budget pun ciput...apo nak di kato. Kalau Ita sponsor trip kita...lain cerita la kan...mana pun sanggup. Ha ha ha.

Doa doa la murah rezeki boleh melancong ke Europe ke USA ke. Tempat nak yang jauh aje...ha ha ha. Angan angan itu salam menggapai impian. Layannn.

4 comments:

Ejin said...

Korea should be sama season as our kampung halaman lah ..dah sama2 kar northern hemisphere ...aku yg kat nz ni yg opposite ..kami sedang summer ... no air asia flight to nz ...kalau nak air asia kl to any aussie city ..then connecting flight to either welly, christchurch or auckland...or gi singapore ..take jetstar to nz ...

Liz Duan said...

aku dok kuantan aje :(

fendifid said...

Fail la geografi aku. Aku dok ingat oz and nz opposite season sebab timur barat.

hazeluv hazelin said...

Liz... kuantan tu kg kita :)hehhe