Sunday, February 23, 2014

Makan makan geng ronggeng

Semalam geng ronggeng bersidang sempena tahun 2014 ni kat Sentul. Biasa la kalau geng ronggeng bersidang mesti ada acara makan makan dan makan. Persidangan kol 3pm. Lepas Fid habis kerja...kami semua bersiap cepat cepat dan terus ke Sentul. Nak buat makan makan masa January, semua kesibukan. Tak berkesempatan. Tu yang tertunda sampai ke February. Sampai aje kat Sentul, Zana dan Asmahan je yang dah sampai. AKu terus capai pinggan dan makan rasmikan dulu hidangan yang dah ready atas meja tu. Ada Satay, Nasi goreng, sardin, mi kari dan lain lain. 
Masa ni sessi menapau makanan yang tak habis. Mi kari tu terbaik.
Nuarlin paling last sekali sampai. Kery sampai awal jugak. Aku dari mula sampai akhir memang duduk kat kerusi meja makan tak gerak gerak. Kat situ spot paling best sebab bawah kipas dan depan makanan. LOL.
Menu utama...satay. 
Miss President temeng kueh talam tokyo dan puding jagung hasil tangan dia sendiri. Jenuh dia nak convince kan geng ronggeng yang dia buat sendiri kueh kueh tu. Semua ingat dia order dari orang. Talam tokyo tu terbaekkk...sedap sangat.
Gambar ni masa kami belum rasmikan makanan. Warna warni di atas meja sebab mangkuk mangkuk jenama tupperware tuan rumah berseri seri. Al maklum...tuan rumah dealer product tupperware. Ramai pulak yang berkenan dengan product tupperware ni. Berbaloi dia jadi dealer tupperware ni.
Sempat jugak buat acara potong cake. Three birthday boys yang lahir bulan february. Cheesecake oreo tu hasil tangan Reen. Terbaekkk. Semua suka dengan cheesecake tu. 
Hensem boy yang dah slim berposing dengan cake lagi. Jangan jeles tengok aku dah slim ni. LOL.
Lepak lepak makan makan borak borak sampai petang sebelum semua mintak diri untuk bersurai. Terima Kasih kepada tuan rumah yang menyediakan makanan yang sedap sedap.

4 comments:

Liz Duan said...

Sedap sedapnya..terkezut aku ingat aku miss ur bday heeee peace yow!!

hazeluv hazelin said...

ye la...pic last tu daddy fend nmpak kurus :)

Ejin said...

Makanan penuh meja tu ..teringin satay

fendifid said...

Kalau dah memang semulajadi slim posing mcm mana pun tetap nampak alim. Teringat ingat mi kari sedap itu.