Sunday, November 30, 2014

Mengimbau kenangan di Cameron Highlands

Untuk kali ke 4 dalam masa 3 bulan kami naik me Cameron Highlands. Plan asal nak ke Cameron dengan kakak kakak fid x dapat kami teruskan bila Zahra warded hari tu. So aku plan trip lain dengab kengkawan Fid. Pergi 1 kereta je. Seaudah subuh kami bertolak ke Cameron. Singgah di Tapah for breakfast sebelum meneruskan perjalanan naik kenCameron. Jalan sangat la clear. Sebab baru baru ni kan banjir kat Ringlet. Orang takut nak naik ke Cameron.

Sampai aje kat atas kami terua ke Blue Valley masuk ladang grape dan tomato. Grape ranum ranum dan besar. Tomato takde sebab bukan musim
Excited semua berposing dengan grape. Sayang sekali tak boleh nak petik. Kalau beli yang dah siap petik buah kecik kecik. Rm30 sekilo. Semua teruja tengok pokok anggur berbuah ranum besar besar pulak tu. Masa ke perth dulu pokok anggur cde buah langsung.
Dari ladang anggur kami singgah beli sayur sikit dan terus ke ladang cendawan. Dapat posing kat luar aje sebab cendawan tak banyak. Tak dapat la nak petik sendiri.
Ada berjenis jenis cendawan. Ada yg boleh di makan sebagai sayur ada yang khas untuk di jadikan ubat.
Lepas tu kami ke Mardi. Sungguh happy datang masa ni sebab jalan tak jammed langsung.tak ramai orang kereta pun tak banyak. Free flow aje perjalanan kami.
Kat mardi hujan so kami banyak posing posing dalam kawasan taman bunga sebab ada shade. X kena hujan.
Kat area ni je berpuluh keping gambar kami snap.
EJ sorang berselfie sana sini. Enjoying herself berselfie kejap kejap buat short video. Lepas dah kepenatan kami ke Strawberry Park Resort untuk check in.
Cantik apartment kat sini. Selesa sangat stay kat sini. Kami check in dan tak keluar dari resort ni sampai ke esokannya . Dah alang bayar mahal mahal kita stay in sampai puas. Kejap kejap makan. Lepas tu makan lagi. Perut tak rest langsung. Yang best kat resort ni ada heated pool. Dapat la bawak EJ dan Zahra mandi pool petang dan keesokan pagi. Kami conquer the pool.
Pagi selepas sarapan aku bawak Zahra jalan jalan posing. Dia suka sebab dapat petik bunga. Pastu dia kata bunga tu untuk mommy.
Walaupun berpuluh kali posing kat sini. Layannnn.
Beranda apartment yang kami duduk. Happy sangat rasa sebab dapat mengimbau kenangan masa kecik dulu datang duduk kat resort ni dengan family. 
Yang bestnya hujan dan kabus. Sejuk la jugak dan sama suasana macam dulu dulu. Rasa syukur dapat repeat the history. Photo ni sebelum check out.
Singgah kat Heritage tanah rata. Posing aje. 
Bila tengok jalan tak jam, terus drive sampai teh Bharat kat bawah lepas Tanah Rata.
Cantik tempat ni and well maintain.
Sempat buat canopy walk. Bila hujan renyai renyai cepat cepat patah balik.
Aku, Ej dan Zahra je yang turun ke ladang teh poaing posing.
Singgah minum tea dan makan scone yang kami seludup. Tempat ni no outside food katanya. Best sangat lepak kat sini. Kalau sejuk lagi la best.
Budak kecik ni yang happy dapat jalan dan ke taman mainan. Tengok la dia senyum simpul tu. Aku pun happy sebab banyaknya kenangan manis kat Cameron ni. Kalau dapat ku putarkan waktu pasti aku nak balik ke zaman bercuti di cameron Highlands ni. He he he. Heaven.


2 comments:

Liz Duan said...

Bestnya...ko doa kan aku sampai eh :)

Ejin said...

Best nya ...tu aku kata ..mamat nie hevat bila part jalan ...i always lovr Cameron Highland ..byk benda to see and visit there ..and cuaca ala kampung halaman esp bila part berkabus :-)