Pastu we went to Mydin Subang. Fid ada macam macam list of stuff kena beli for school. Tapi sampai je kat sana terus tuju ke tempat makan la...apa lagi kan. Fid dah lama dok nyanyi nak mai sini pekena Nasi kandar yang satanem ni. Sebelum ni dia rasa apa yang aku tapau je. Hari ni baru dapat pi kedai tu.
Yang lawaknya...EJ sampai je situ tak nak duduk terus baca script yang biasa kedengaran " tak nak makan kat sini". Tapi kuasa veto di gunakan. Apa kes nak pi tempat lainkan. Dah siangnya dah makan speg kat secret recipe. Kena la makan nasi pulak. Dia terus diam je order roti canai. Tu pun tak habis. Yang pasti daddy and mummy makan dengan sedapnya.
Telur sotong.
Telur ikan
Sotong.
Ikan dan ayam
Macam macam ada.
Telur ikan dan sotong. Kuah campur. Meletops.
Berselera makan. Lepas tu terus masuk Mydin shopping spree. Malas aku nak ambik gambar barang2 sebab shopping stationaries je. Beli yang EJ punya juga. Sekali harung. Senang. Ada ke EJ nak beli eraser sekotak yang ada 50 biji tu. Aku belikan yang sebungkus ada 3...beli dua bungkus. Tak tahu la berapa minggu boleh tahan. Asyik hilang je. Pembaris pun beli beberapa. Pensel 2 kotak. Colour pencil je belum beli lagi. Nak cari yang ada casing tin tu.
Macam tak cukup masa nak pilih barang dah ada announcement nak tutup in 30 minutes. Kalau ada barang yang tertinggal kena beli...aku beli kat Mydin Putrajaya je la. Pelik tapi benar...itu lah Malam Raya kami di Kuala Lumpur.
5 comments:
aiyo aiyooo nie nak bagi aku terliur ke apa nie ...lama aku tak merasa nasi kandar!!!
tapi kan, awat le gambar2 blur?
tak guna digicam...guna phone je...dengan malapnya...pastu curi curi je snap...sebab tu la gambar blur sesado
awat curi2 plak ...tangkap selamba ajer lah ...aku dah selambaer2 je tangkap gambar sekarang hehehehe dulu sembnyi2 sebab malu org tengok!
korang mmg blogger tegar...tak tergapai akal ku nak tangkap gambar gitu he..he..he...
cam sedap pulak nasi kandar yer..
nko tak tengok kalau fid yang ambik gambar...lagi pro.
Post a Comment