Sunday, November 8, 2009

Dinner at Sime Darby Convention Centre

Ni satu lagi posting pasal makanan cari aku. Bukan aku cari makan. Sebenarnya aku dengan Ej tak termasuk dalam list untuk attend dinner ni. Aku punya plan asal ialah hantar Fid and frens ke Sime Darby Convention Centre(SDCC) ni pastu aku bawa la Ej pi ikea ke, 1U ke. Tapi oleh kerana 2 of fid's fren could not make it. Tiket pulak dah ada. RM100 per ticket. TERPAKSA la aku dgn Ej menjadi pengganti. Saje je aku bold kan terpaksa so takde la yang nak complaint aku asyik pi makan je kan. he he he.

First time ni Ej nak attend formal dinner macam ni. Dia excited tapi mummy dgn daddy gerun je. Takut dia tak behave. Themenya warna black, silver and gold.

Sampai je kat SDCC diorang posing dulu. Ej snap photo mummy and frens elok je cantik. mummy snap photo EJ blur sesadong.
Dinner kat hall atas. Fid dengan baju baru kain from Bandung. Dah nak dekat setahun baru siap jahit.

Posing lagi. Sementara tunggu majlis start. Masa ni Ej dah sibuk nyanyi bila dinner nak start. Dia dah nyanyi lapar. Masa kat umah sibuk tengok TV. Tak makan.
Sib baik aku ada baju black. Belasah je. Ada orang tu kalau takde baju baru dia tak attend kot dinner ni. Sape ekk? lariiii.


Theme dinner - The galaxy of Stars. Memang kami sume rasa macam stars. Apakah?

Kan formal dinner ada speach bagai. Ada MCs. Lepas show pembukaan Ej tanya lagi biler nak start makan. Pastu bile MCs panggil Vip bgi speach Ej complaint. Ha...Speach lagi! Lapar la katanya. Masa tu tangan dia dah macam sotong usik itu ini. Aku dah setengah mendidih dah. Lepas Vip habis ucapan. Ej ckp - ok...can start eating now? Dengan kuatnya ok. Sabar je la pak cik.
Pastu kalau ikut iternary memang dinner will be served tapi ada acara adhoc lak...nyanyi sambil pegang lilin ni bagai. Betul betul menguji keimanan EJ masa ni. Keimanan aku memang dah teruji dah. Sib baik EJ enjoy part singing and candle ni.


Perut dah lapar tapi boleh senyum lagi. Lepas dah habis je lagu ni baru la start dinner. Fuh lega. Pastu ujian keimanan lagi. Waiter yang patut serve table kami entah kemana menghilang. Table lain dah dapat food table kami, piring sudu, water sume tak dapat lagi. Sekali dapat the first dish. Hot and Cold dish. Yang fishball macam macam jenis tu. Memasing dah macam piranna sampai aku lupa nak snap photo...ha ha ha. Dah habis baru teringat. Nah tgk bekas kosong.
Mula mula EJ ambik prawn ball yang goreng..Sedap je dia makan. Dah retard dah dia dok cakap sedap. Pastu dia mintak yang rebus punya. Masuk je mulut dia dah sibuk nak muntah. Tisu takde...fid paksa dia telan air...aku dah kelam kabut nak bawa dia pi toilet. Tapi Ej boleh control keadaan. Terus suruh dia makan yang goreng punya je.

Licin.
Corn and Crab meat soup. Aku suruh Ej rasa sikit je dulu. Kalau boleh Go baru continue. Kalau tak tunggu next dish. Dia ok...so so je.

Frield boneless chicken with thai sauce. Ni la penyelamat keadaan. Bagi Ej makan banyak banyak sampai kenyang. Lepas tu dia duduk tengok kami je makan.

Sea Bass kukus. Aku bab bab fish ni...so so je.

Mixed vege. Penuh dengan macam macam jenis mushroom.

Fried rice and chicken slice. Ej makan yang ni jugak.

Lotus pancake. Sedap. Aku kan pencinta dessert. Ej tak nak...aku belasah dia punya. Actually food kureng...aturcara pun boring. Tapi yang penting tujuan ke dinner ni ialah untuk Fid naik stage ambik award. Nanti fid buat posting lain pasal award dia tu.

Sebelum balik. Ambik gambar depan main door.

Masa drive balik. Lepas je kuar dari guard house EJ tanya aku. Dengan suara panic dia. Daddy...daddy belum bayar lagi la dinner tadi tu. Kita keluar macam tu je tadi.
Sabar je la. Buat aku panic je...ingat dia tertinggal barang ke apa ke. Lain kali kalau nak attend dinner kena bawa sandwich untuk alas perut. Penganjur selalu over run. Sebab most of the time ada jakun biler dapat Microphone...dia jadi kunja. Macam la kita nak dengar sangat dia merepek.
And most of the time VIP memang akan ikut time yang allocation diorang untuk berucap. Jarang la ambik lebih masa. Tapi ada set set orang dalam team penganjur yang selalu over acting biler dapat MIC. Tak layannnnn...bosan.
Tapi Ej mesti happy sebab dapat experienced attend formal dinner macam ni.

5 comments:

Liz Duan said...

abang ngah, abang ngah...abnag ngah hemcem cangat lah pakai baju belang tu....and i like fid's punya lace...and misha sgt adorable...ade kelas...satu family meletop...
by teh way what is teh award all about ni??? anak beranak dok dapat award....congrats to both the gals...ayahando award mende dapat...
kalau ade the most dashing guy...you should get lah fend...
cepat bersedia belanja aku bila aku turun KL ok!

fendifid said...

this is so unusual la...selalu asyik kena kutuk je...bila kena puji tak tahu nak respond camne. apakah??? ha ha ha

kopitiam dok tunggu ni untuk belanja kak long...bila bila aje bisa.

Ejin said...

misha - mmg adorable lah! daddy dia - aku nampak buncit ajer hehehehe ...

Fid, baju lawa ...and congrats lah on your platinum awards tu!

fido said...

thanks dears!!! Insha Allah... dream for Diamond award lak next yr!!!

Eat said...

Wahh.. masing2 ber-award2 nih... kelaasss...