Friday, November 20, 2009

Lemak untuk dijual?

Hahaha aku tergelak bila baca one of the news in today's Berita Harian . Mana tak nyer, there are hopes for org2 yang banyak lemak ..and one of them is me! Imagine kan lemak2 yang org dok complain about, yang kiter dok sibuk nak buang tu sebenarnyer berharga sesangat kat pasaran ...hehehe if only it is that easy to sell my lemak ...sure senang2 ajer aku boleh dapat income utk pi holiday ke Monte Carlo tu ...kan kan kan ...

Nie dia the news article yang aku baca tadi (Berita Harian Online, 20 Nov 2009)

Geng Peru bunuh untuk lemak mangsa

LIMA, Peru: Satu kumpulan di hutan di pedalaman Peru membunuh mangsa untuk mendapatkan lemak mayat bagi dijual di pasaran gelap untuk kegunaan industri kosmetik, kata polis.

Namun, pakar perubatan menyatakan keraguan terhadap kemungkinan wujudnya pasaran besar untuk lemak manusia.

Tiga suspek sudah mengaku membunuh lima orang untuk mendapatkan lemak mereka, kata Kol Jorge Mejia, ketua polis anticulik Peru.
 
Beliau berkata, dua daripada suspek itu yang ditahan membawa botol mengandungi lemak cair itu memberitahu polis ia bernilai AS$15,000 seliter.

Mejia berkata, suspek memberitahu polis lemak berkenaan dijual kepada orang tengah di Lima tetapi tidak dapat mengesahkan ia untuk syarikat kosmetik di Eropah.

Pada sidang media itu, polis menunjukkan dua botol lemak yang dirampas daripada suspek dan gambar kepala mangsa berusia 27 tahun yang mereput. Suspek Elmer Segundo Castillejos, 29, membawa polis kepada penemuan kepala itu di sebuah lembah dalam hutan bulan lalu. - AP

5 comments:

fendifid said...

nak sangat cantik....rupanya pakai kosmetik ada lemak manusia. naya je.

Ejin said...

tu lah pasal ...geli kan dengar! tapi cantik punya pasal, i am sure org sanggup Fend ...

Liz Duan said...

gross!

fido said...

spare me but.... pleaseeeee, i beg u, take my lemak!!!! ahaks!!!!

fido said...

spare me but.... pleaseeeee, i beg u, take my lemak!!!! ahaks!!!!