Monday, November 23, 2009

Jalan-jalan cari makan - Asam Pedas Melaka

Agenda utama kalau ronggeng dengan Zamreen dan Nuarlin mestilah cari makan kan kan kan. Kalau datang ke Melaka ni seboleh bolehnya aku akan pastikan dapat makan Asam Pedas yang maha sedap ni dan jugak cendol (in next posting). Now dah tambah satu lagi, ketam masak cili kat Muara Sungai Duyung (in next postng jugak)

Kalau nak ke kedai Asam pedas ni...kena cari jalan ke Jonker Street melalui bangunan rumah kedai merah menghala ke kota A Famosa dan Muzium Bahtera. Selepas deretan rumah kedai sebelum roundabout kecil depan Menara, terus masuk ke kanan menghala jambatan yang nak ke Jonker Street. Terus ke kiri depan Jonker street (jalan sehala yang tak boleh ke kanan) dan dalam 5 meter terus ke kiri lalu lorong kecil. Nampak sungai sebelah kiri terus ke kanan jumpa jalan utama dan ke kiri semula. Kedai Asam Pedas ni ni belah kanan 10 meter dari situ. Kalau nak exercise, jalan kaki je dari area A famosa/Muzium Bahtera tu.

Asam Pedas kepala ikan jenahak. Abah Nuar punya. Sampai hari ni Abah Nuar tidur mengigaukan Asam Pedas ni. Hajat hati nak repeat tapi kedai ni tak buka hari Ahad. Tu yang tak dapat nak repeat. Abah Nuar bagi 2 thumbs up katanya. Script Abah Nuar dan ramai lagi yang lain. "Kat KL tak jumpa asam pedas macam ni".


Satey di sini pun sedap gak. Selain ikan jenahak ada ikan kembung, pari, merah, parang dan lain lain.

Sedap bangat.

EJ makan sate je. Tak tahan pedas.

Hafiy dan Adam pun makan sate aje. Mama reen bukan peminat Asam Pedas. Rasa buat syarat je la.

Nasi Lemaknya sangat sangat pedas.

Mama lin tak makan ke?

Semua orang dah berhenti. Abah Nuar dengan Ayah Zam je tak berhenti lagi.


Biler Ejin nak mai ke Semenanjung ni? Boleh kita plan ke Melaka jalan jalan cari makan.

4 comments:

zamreen said...

nak asam pedas style melaka, kat semenyih indah pun ade.. (kan ibuku 5 thn bermastautin di melaka tu)

fendifid said...

bila la nak dapat rasa tu.

Mard said...

tak cuba 'grang asam' ke?

fendifid said...

amenda tu mard???