Tuesday, June 4, 2013

Bercuti ke Gambang dan Cherating - Holiday Villa

Sempena cuti sekolah, fenfid, zamreen dan nuarlin sibuk planning for a short trip. Macam macam usul dan survey yang dilakukan...akhirnya kami memilih untuk bercuti ke Gambang dan Cherating. Kalau ikutkan nak duduk kat Cherating aje 2 malam tapi takde hotel yang available for 2 days. Semua fully booked sebab cuti sekolahkan. On Friday sempena cuti wesak, Zamreen balik kampung ke Jengka. Nuarlin balik ke Kampung kuin. On Saturday kami bertolak dari destinasi memasing dan bertemu di Gambang.
Apartment ysang kami duduk tu namanya Carebean Bay. Kalau yang baru tu namanya Arabian Bay. Poolnya not bad tapi ramai sangat orang.
Malam pulak the kids had fun kat mini fun fair. Beli tag RM20 sorang main la sampai muntah. Semua rides pusing pusing boleh pening di buatnya. Diorang main sampai tengah malam.
Ada Safari Night kalau sesapa yang berminat nak tengok binatang tapi belum siap sepenuhnya.
Zahra had a good time naik rides sampai dia tertidur kat carousel tu. Lepas dia tidur kami naik ke apartment tapi the EJ and frens continue main lagi.
The next day lepas checked out singgah kat SGG jumpa LizDuan.
Semua kekenyangan kononnya tapi lepas rasa burger sedap order sorang satu.
Kenyang makan nasi lemak tapi sebab burger sedap...layannnn.
Teringat ingat kesedapan burger ni dan air teh yang marvellous tu. Ita dengan Ejin biler nak merasa burger bakar sedap ni?
Tu dia...bersemangat.
Drinks macam macam ada...jangan lupa try segala yang berkenan di hati. Lepak almost 3 hours kat cafe Slake & Bite ni...pastu kami bergerak ke Cherating. Masa kat SGG ni aku dah call Holiday Villa inform kami check in lewat sikit.
Holiday Villa di tepian pantai.
Cun kan.
Sempat berendam dalam air laut kejap. Zahra suka bangat dapat lepak dalam air laut.
Sambung berendam dalam pool pulak. Pool kat sini jauh lagi best banding dengan Gambang Resort. Bersih and puas mandi manda.
Fenfid dapat room betul betul tepi kolam ni.
Selepas checked out, Nuarlin dan Zamreen berphoto session. Testing toy baru Nuarlin. Gambar untuk posting ni semua cilok dari toy Nuarlin.Rasa tak puas pulak bercuti 2 hari aje. Penat sangat rasanya. Kalau boleh rasa macam nak bercuti 4 hari ke...seminggu ke...baru puas kot. Yang penting everyone had a great time.

4 comments:

Ejin said...

Nice ...suka tempat tepi pantai cam tu ...ntah biler lah aku nak jengk Kuantan lagi ..the last Kuantan trip sangat memorable sebab berjaya bagi surprise pada Liz :-)

fendifid said...

Aku pun suka gak cuma x koser masa drive balik turun bukit kat terowong tu aiyoooo seram.

Liz Duan said...

cantik...gambar kat kedai aku cantik jugek...esp owner nya ...gitu....fendi main pool mcm nak gi scuba diving gayanya...ha..ha..ha...mmg aku approve 14 kali ha..ha..ha..I got to bring the boys to gambang lah one of tehse days...memacam dah ada ek...

jamilah said...

cantik n best je tgok. huhuu.. nk tnye la. dri gambang ke cherating bape jam ye?