Hari ni sungguh meletihkan sangat sangat. Maybe sebab cuaca yang panas jadi meletihkan bila kita buat activity luar. Selepas lunch kami bersiap siap untuk ke Sepang sebab ada Super GT International Series. Perlumbaan kereta. Sebenarnya bukan nak tengok lumba kereta sangat. Tapi nak merasa jejak kaki masuk ke grandstand Sepang Circuit tu. Belum pernah lagi aku menjejakkan kaki ke sana.
Masa drive sampai ke Dengkil nampak banner cendol bakar. Tak sangka dah ada branch kat dengkil. Cuaca pulak panas. Aku pun masuk ke drive thru...order tunggu dalam keta aje. Sekejap dah dapat cendol...teruskan perjalanan lepas tu ke Sepang.
Kedainya sempoi aje...tapi penuh. Masa drive balik from Sepang...nampak orang tengah beratur nak masuk kedai ni. Kelakar lak bila tengok sebab semalam aku beratur nak masuk dip and dip. Fenomena apa ni sampai nak masuk kedai makan kena beratur? cer citer cer citer?
Tapi kalau tanya aku la kan...sebab nak dapat cencol durian yang sedap meletop macam ni...takat beratur setengah jam tu aku sanggup. Tapi since ada drive thru...baik la aku masuk drive thru aje. LOL.
OK...dah sampai. Kena bayar parking RM20. Patut la banyak keta park kat tepi jalan. Dah la nak masuk parking jammed...kena bayar RM20 lak tu. Tapi kalau nko kaya drive ferrari kan...ada je parking untuk vip. Dunia oh dunia...kekayaan dan wang ringgit memudahkan hidup katanya. Masa kat dalam tu ada satu family tu drive ferrari sampai ke dalam grand stand.
Panorama biasa di yang significant dengan F1, kereta, motor etc etc. Layannn.
Layan la tengok gambar kereta. Tak koser aku nak tepek banyak banyak. LOL.
Tak sesuai bawak budak sebenarnya sebab bising dan panas. Tapi sebab nak kan sangat pengalaman kan. Layannn. Tasha was very good enjoyed herself tak banyak kerenah.
Fid nak snap gambar mascot ni..sekali dia g diri belakang stoller tu and buat isyarat tangan suruh posing dengan dia. Masa tu la pulak handphone nak teroff kan camera tu...mascot tu tunggu je. Berhemah sungguh. Kat area ni la aku nampak satu family drive ferrari. Ada parking khas untuk diorang kat dalam tu.
Dah puas tengok sana sini...kami cepat cepat keluar sebelum orang lain keluar...takut stuck in the jammed biler semua orang pakat keluar lepas acara habis. Singgah kat Cyberjaya sebab nak makan. Kehausan dan kelaparan memasing. Kami ke restoran saba nasi arab.
Sedap dan mengenyangkan. Lepas tu drive balik ke rumah dengan keletihan memasing. Fid la yang paling penat sebab dia kerja semalam dan hari ni. Gagahkan juga untuk outing bersama family.
3 comments:
wah very different activity ya...suka noh fendi cuci mata tu..ha..ha..
by the way system aku hang...interactive excel buat hal...so i am spending this blessing indisguise time reading this awesome blog...of mine ke?
Aku pun sibuk sangat nie....exam esok huhuhu
But yes, fend punya activity kali nie berbeza hehehehe kalau tak mmg makanan ajer hahahaha
beza sikit aje...tapi masuk kat sana pun aku sibuk cari makanan. mahal mahal and tak pasti sedap ke tak. tu yang ke nasi arab kat cyber tu.
Post a Comment