Sunday, December 21, 2014

Finding "food" di key ell

Tajuk copy cat posting Ejin. Dia nak finding herself dah 2 tahun kat welly... Aku 2 hari dok finding food merata kat KL ni.

Aku cuti last friday. Lepas rasa rasa jalan tak jammed kami keluar tumah ke kampung pandan layan makanan pantai timur yang sedap mantap.

Nasi berlauk daging kicap dan ikan sarsing goreng garing. Memang mantap habis.
Fid layan laksam dan EJ layan nasi dagang.  Ej memang fav dia nasi dagang. Sedap je dia telan tak pelawa langaung kat mommy daddy dia. Lol. 
Zahra kena paksa makan. Dok ugut ugut kalau tak makan balik rumah tak jadi jalan jalan. Dia makan beberapa suap aje. Srlalunya kalau ke sini Zahra suka nasi berlauk ayam. 

Lepas dah kenyang kami ke Shah Alam uruskan hal hal kerja Fid. Lepas dah settle bila aku tanya nak kemana. Ej came with an idea nak ke Salon du Chocolate sebab dia selalu nampak kengkawan dia post gambar dessert sesedap. Gigih la aku dengan fid google kat mana rupanya kat Publika. Aku pulak dok terbayang Solaris. Masa drive ke Solaris masa kat Mont Kiara aku termasuk silap simpang. Ikut waze bila type Publika baru aku perasan aku terimagine salah. Bagus jugak tersalah simpang ni... Takde la aku confident je menonong drive ke Solaris. Ha ha ha.
hensem and 25 years old katanya. 
Zahra dok sibuk tunjuk tunjuk gambar waffle. EJ kata too common. Kena cari yang tak biasa jumpa. Tapi zahra insisted. Layannn. Aku prefer black chocolate. Sedap sangat.
EJ ordered choc wrapped. It is crepe yang dalam ada strawberry and crispy rice. Siap ada rose petal bertaburan. Sungguh heaven rasanya. Sedap meletop letop.
Licin...zahra makan sebelah.
Lepas dah puas hati layan choc kami posing posing kat tingkat bawah. Ada banyak arca and arts.
Layannnn...suka sangat berselfie.
Mommy pun x nak kalah posing posing. First time masuk publika ... Kami pusing pusing window shopping. Bila dah lapar kami cari Boat Noodle. Aku dah beberapa kali nampak orang post gambar Boat Noddle tapi tak tahu kat mana. Last week Darling Ngasri poat kat instagram dia dgn kengkawan layan boat noodle kat Publika. Tu yang aku cari sampai dapat. 
Kedai sempoi je macam kopitiam.
Order semua 4 jenis yang ada. Setiap satu untuk aku, fid dan ej. So 12 bowl kesemuanya.
Aku prefer yang masam. Ej prefer yang kicap.
Licin...satu bowl rm1.90 ada la dalam 2 sudu size food dia. Sebab tu kena order banyak. 
Pagi tadi pulak layan lempeng kelapa dengan sambal tumis. Terbaek la sebab lempeng lembut dan sambal aedap.
Tadi kami ke Shah Alam attended wedding anak to my ex colleague. Seronok jugak buat wedding kat Hotel De Palma. Romantis dan simple. Food sedap sedap.
Lepas dari wedding kami ke Ampang Puteri visit kawan Fid baru bersalin. Lepas tu terjah Bangsar Shopping Centre sebab nak makan makanan thai.
Deco superb. Fine dining sempena esok Birthday EJ.
The best pandan chicken aku pernah layan. Zahra sorang habis seketul.
Tapioca beraira santan pekat. Sedap jugak.
Tom yam meletup...kuey teow lembut sangat.
Recommended! Red ruby, isi nangka dan isi kelapa dalam santan dan ice. Menu wajib nk.
Pineapple fried rice...so so je.
Beaday Gugurl. Happy to see her enjoying the food. Sekian pencarian food aku. 2 hari je. Ejin 2 tahun pencarian dia. Lol.

5 comments:

Ejin said...

Gelang gulimg guling aku baca ...ngko tu kalau food punya pasal memang sampai ceruk mana pun, ngko akan carik hahahaha..but so yumm ...aku nak try yang noodle boat tu ok ...ingat tu, for my next trip back home ....

Ejin said...

Happy birthday to Misha ..may you enjoy the very best life has to offer ..and ingat, you are still young (tak mcm daddy yang stuck at 25)..grab all the opportunities that come your way and live life to the fullest ...xoxo from mama ejin

fendifid said...

Berehhh... Boat noodle tu mcm tomyam rasanya

Liz Duan said...

sedap semua food and cantik semua tempat nya...kecuali ...ada jugak tu...ha..ha..ha...the first few pics tu kan?

suka tgk zara akak tasha buat mulut toncong...nbelajar dr akak lah ni ...zara super cute! Daddy nya..emmm 25yrs ..pelezzzzzzz....hingusan lah umur tu

to Misha dearie...happy birthday...makin cun melecun..top meletop..berpeluh daddy nak jaga :)

fendifid said...

First few tu sarap kat gerai. Tapi foodnya meletop kesedapan. Suka nasi berlauk dan laksam.