Friday, September 3, 2010

Berbuka di Jusco AU Keramat

Biler rasa cam bosan dengan food Bazar Ramadan, we decided to iftar kat Jusco belakang umah tu. Awal awal lagi aku dah roger roger Fid cakap jangan beli food. Balik je dari office terus pi buat booking. Ej pun cam pelik kenapa takde food kat umah masa dia balik from Sekolah Agama. Biler petang je aku terus suruh dia bersiap untuk berbuka puasa kat luar. Kan main excited lagi dia, padahal nak pi jusco belakang umah je.

Sampai je kat Jusco Ej dok ajak pi ronda ronda dulu tapi aku dengan Fid both kepenatan...rasa haus sangat hari ni. Malas nak berjalan. Terus lepak lepak kat restoran je. Sib baik aku sempat booking tempat beraircond.
Untuk menghilangkan boring, Ej layan lagu dulu. Full house restoran ni. Ada customer yang nak masuk tapi tak dapat sebab tak buat booking.
Foodnya combination western and asean. Ni yang western...mixed cocktail, lamb and chicken grill.

Fid layan asean dulu.

Ni my second serving...from asean section... Udang Kam Heong tu...rasanya sebijik macam yang Fid makan kat Abdullah Chan. Yang paling mengejutkan...ada Som Tam yang sangat sangat sedap. In fact semua food termasuk sayur, daging lada hitam, bihun dan chicken lemon rasa sedap. Meletops.

Ej pulak dok layan gravy mushroom tu untuk chicken/lamb grill. Dia cakap sedap makan macam tu je. Tapi aku tak bagi dia makan banyak sangat gravy tu takut sakit perut.
Lepas dah kenyang...memang puas hati dengan food yang sedap sedap walaupun takde la banyak sangat choices...berphoto session jap. Ej kan...pakai baju yang beli untuk raya. Kasut raya sekali...tak sempat raya dia dah rasmi. Pastu sibuk nak beli kasut lain. Both Fid and I buat tak layan je. Dia kena pakai kasut tu sampai lunyai baru beli kasut lain. Malas aku nak bazir bazir.

Lepas tu layan Ej pi main game. Dia siap tukar token RM10. Lama tu nak tunggu...terus aku suruh Fid pun join dia main game...cepat sikit habis token tu. Lepas tu beli baju tidur unuk EJ...terus balik umah.

Sila la layan video ej main games.





4 comments:

Ejin said...

meriah nyer anak beranak nie main game ...

fendifid said...

Ej tu kalau di layan...sehari suntuk kat situ pun dia boleh tahan. Kita je yang penat nak menunggu.

Liz Duan said...

aku setahun payah sekali masuk arcade games

fendifid said...

Arcade macam ni banyak kat jusco...nko kan alergic dengan jusco...sebab tu susah nak masuk games arcade ni. Macam kami ni...dah jadi duta takde gaji...GGG