Tuesday, September 7, 2010

Ronggeng Sahur dan Shopping raya

Hari ni Hujan waktu petang. Kira macam leceh kalau nak ke Bazar Ramadan kalau hujan. Since aku lalu Desa Pandan untuk balik ke rumah...roger roger Fid bagitahu dia aku singgah je kat Restoran Rose untuk beli lauk pauk. Kat restoran ni memang mostly masak lemak. So berpesta lemak cili api la kami waktu berbuka. I bought ketam, udang, rebung dan daging salai. Sume power power and meletops. Cuma pelik sikit tak pedas macam selalu. Hanya rebung yang pedas. Yang lain tak pedas. Tapi rasa tetap terbaik. Masa Fid suruh EJ masukkan lauk puk ni dalam mangkuk...Ej datang kat aku tanya kenapa semua kuning kuning? sampai 4 plastik tapi sama je sume kuning. Nak gelak pun ada...nak buat camne kan...dah memang speciality restoran ni...masak lemak. Layannn.
Malamnya pulak roger roger dengan Nuarlin untuk pi pekena tosey...tapi Ej nak Char Koay Teow...dia kata dah makan tosey hari tu. Janji la dengan Nuarlin untuk jumpa kat Mali's Danau kota. Ramain betul umat manusia kat area danau kota tu...nak dapat parking pun susah. Zamreen tak dapat join sebab Zam ada operasi mengecat dapur rumah. Macam nak buat open house besar besaran je preparation diorang ni.
Macam biasa...order Char koay teow....aku tambah dengan ayam goreng berempah.

Macam biasa...meletops.

Punya la sedap meratah ayam ni...mulanya beli seketul...pastu tambah 3 ketul lagi...sedap meratah sambil cicah sambal. Satanemmm.

Aqif dengan Afiq bukan nak makan sangat...diorang lebih nak melepak main tudung botol dengan EJ.
Masa makan tu..kat meja sebelahnya the kids nampak ada boy ni pakai crocs pastu penuh kasut crocs dia dengan gadget perhiasan untuk crocs tu...selambak je the kids tanya dia beli kat mana. Budak tu kata dia beli kat pasar malam Danau Kota tu. The kids menyanyi ajak parents sumer pi ke downtown tu untuk cari gadget tu (tak ingat apa nama benda ni).

Jumpa songkok...beli songkok untuk Afiq dan Aqif.



Ej pun sibuk nak try songkok tu jugak.

Lepas tu jumpa pulak key chain untuk perhiasan bag. Layannn.


Fenfid dok nak cari butang baju melayu tapi takde yang berkenan. Mahal jugak...Rm20 per set.


Masa dah nak balik...jumpa lagi kedai jual gadget kasut crocs tu..beli lagi pattern upin dan ipin pulak. Beli jugak mainan yang boleh terbang berwarna warni...cun gak. Takde snap pulak photo mainan tu.
Macam tak kerja pulak esok...ronggeng sampai kol 2 pagi. Ngantuk...tapi tahan mata...mood raya punya pasal. Layannn.

7 comments:

Liz Duan said...

sedap nya gambar food...trauma di pagi yg hening!

hazel said...

anak2 tidur sambil senyum2..dpt cari button crocs tu...tp ibu lin tidur yg masam2..ngntukkk nyeeee

fendifid said...

Lin...button crocs tu namanya jibbitz...malas nak edit posting ni balik. Ingat sendiri sudah la ye...JIBBITZ.

Ejin said...

diorang nie mmg happening ..boleh ronggeng sampai pagi ...food mmg best!

hazel said...

aah jibbitz..tahu sebut tp x tahu nk eja..hehehhe malu tul...

ejin...ronggeng ni kalau bab2 berjalan x sedar masa berlalu..smlam kalau x pk kerja esok..mahu join fendfid sinngah butik tudung n baju melayu..hehehe

Liz Duan said...

mmg tabik spring to Ronggeng group bila bab berronggeng ni....dasat!!!!!

fendifid said...

nasib baik tak duduk berjiran. anak anak berkampung tak sedar punya.