Tuesday, September 21, 2010

Majlis Khatam EJ & cousins

EJ yang dah bersedia untuk Khatam Quran
Mommy yang bersedia untuk support anaknya.

Tadi tak sempat nak load semua gambar...tapi aku buat je la posting ni guna apa yang ada...kan kan kan.

Last weekend, Majlis perkahwinan my niece Effi and pasangannya Ghani kat PD. Sehari sebelum majlis bersanding, di adakan majlis khatam Quran. Including EJ ada 4 orang semuanya berkhatam Quran malam tu. EJ was the youngest. Ej dok complaint kata berdebar debar biler tengok orang ramai. Masa dah bersiap pakai baju kurung serba putih dan tudung dia...kan main tak sabar masa tu...especially biler di panggil untuk di make up. Biler nampak orang ramai baru dia jadi seram.
Muka budak gubra...he he he.

Majlis habis dalam kol 10 malam camtu. Lepas tu sessi bergambar pulak. Yang kesian nya...lepas majlis khatam terus bersambung dengan majlis berzanji. Ej dah bagi signal kat mummy dia kata lapar lapar. Sebelum majlis aku suruh makan tak nak. Lepas dah di make up lagi la dia tak nak makan. Takut make up rosak. Apakah?

By the time habis je majlis aku dah readykan nasi dengan lauk untuk Ej. Dia baru nak makan je...dah kena panggil untuk photo session. Layannn.

Asal ada je family members kat situ...ramai ramai pakat menyelit.



Pelamin putih...baju pun putih...kurang la keserlahannya. Kena tunggu gambar dari camera professional baru cun kot. Kalau ada nanti aku tepek kat sini...of course kat posting lain.



Baju yang shafique pakai tu aku beli masa trip pi bandung dulu...terbeli besar...sekarang baru dia dapat pakai...tu pun kena lipat sana sini.



Bangga mummy dengan daddy...sebab Ej berjaya khatam Quran masa umur 10 tahun. Nanti by end of the year akan di adakan majlis khatam Quran kat sekolah Agama Ej pulak.

4 comments:

Ejin said...

well done EJ ...mama ejin is very proud of you..and dressing serba putih tu nampak very cantik!

Ejin said...

and dalam gambar second tu, terpancar kegembiraan mummy nyer ...

zamreen said...

Alhamdulillah, dah khatam quran dah my dear misha nih.
Cantik pelamin tu, girls yg berbaju putih pun nampak cantik sgt.

Liz Duan said...

nampak misha dah besar...congratulations gal! and to mummy and daddy jugak..