Thursday, September 30, 2010

Tanjung Sedili Johor

Lihat la pemandangan pantai yang cun ni...nama pantai ni Pantai Mutiara terletak di Sedili Johor. My family beramai ramai berkonvoi ke Tanjung Sedili Johor untuk memeriahkan Majlis Menyambut Menantu anak Sedara aku Effi and her husband Ghani. Nanti dah ada gambar aku buat posting pasal wedding.

Untuk konvoi ni kami pecah pepada 2 groups...Fid, Ej and myself join the first group kami bertolak pagi kol 10.30 from PD. Pastu jumpa my yonger brother and his family kat R&R Machap - Banyak lalat kat R&R ni sebab katanya ada reban ayam dekat dekat kawasan tu.

Sampai kat Kulaijaya jumpa my brother and family pulak...yang duduk kat JB tu. Berkonvoi 5 kereta ke Sedili. Sampai Petang. Terus ke rumah sedara my SIL untuk rumah singgah dan bermalam. Lepas dah rehat rehat...kami ke pantai untuk mandi manda.

Pantai kat sini landai...air jernih...dan pasir halus. Airnya surut so cetek la tempat kami mandi tu. Cuma facilities tandas Awam dan gerai makan...kureng...maybe sebab tak ramai orang kat pantai ni.

Sebelum ke pantai, Ej layan roller blade dia...semakin mahir...cuma nak brake bila laju tu dia tak mahir sangat. Tapi yang lain lain impress je tengok Ej main benda ni.

Pastu lagi terbeliak biji mata tengok aku lak main roller blade ni. Macam pro habis. Masa tengah main roller blade ni abang dan adik aku nak ke pekan sedili. Terus aku berhenti untuk ikut diorang. So happen hari tu ada pasar malam. Tapi pasar malam kat situ kecil je. Tak banyak gerai pun. Yang pasti kami memang nampak macam pelancong...sebab dari segi pakaian dan gaya je orang yang jual semua tahu kami outsiders...sebab diorang bertanya kami from where. Aku cakap aku from London.


This is Apam Balik...ada 2 version...yang biasa ada kacang and jagung and this one. Yang ni from far nampak hijau aku dah tertarik nak mengetahui dengan lebih lanjut. Terus tanya mak cik yang jual tu...kenapa warna hijau. Rupanya inti pulut hitam, jagung dan kelapa parut. Aku beli 2...masa mak cik tu nak bungkus aku ambik 1 ...ngap kat situ jugak...sedap berlemak dengan panas panasnya. Bagi kat adik dan abang aku rasa...abang aku beli lagi 4 buat tambah...dia kata ramai orang takut tak cukup.

Yang ni pulak...Roti Berlauk...di hantar oleh keluarga pengantin lelaki untuk sarapan. Makan dengan sambal. Roti ni actually roti canai and dalamnya ada inti isi ikan (yang macam untuk nasi kerabu tu). Sedap roti ni tapi aku cepat muak sebab inti ikan tu manis and sambal pun manis.

Tanjung Sedili ni terletak 30 km dari Mersing and pengaruh Trengganu kuat kat sini. So masakan pun ikut style Trengganu...sebab tu manis manis. Yang bestnya Tanjung Sedili ni perkampungan Nelayan. So makanan laut kat sini sangat fresh. Ok...nanti dah ada gambar pengantin baru aku buat posting pasal wedding. Layannn.

7 comments:

Ejin said...

suka gambar pantai tu ....remind me last time aku ke pantai was last april ...kat Penang masa BTN aritu

BTW, ngko dah terrer ke main roller blade tu...aku tanya bukan apa, just nak tau berapa kali nangka busuk jatuh tergolek hehehehe

fendifid said...

lepak pantai sambil makan makan...layan lagu memang best.

aku beberapa kali jugak jatuh...nak naik balik susah kan main...kena mintak tolong orang. kah kah kah

Liz Duan said...

sempatd ia pun sibuk nak berroller blade

fendifid said...

execise la kiranya tu...biler main roller blade tu.

Khanis Desire Collection said...

datang la lagi jika sudi :)

Hamdan Harun & Siti Norsnasiah Abd Wahab said...

"Roti berlauk" ... teringinnya na makan ...

Hamdan Harun & Siti Norsnasiah Abd Wahab said...

Salam. Maaf bertanya ... anda semua keluarga SN Usman Awang ya? Puisi beliau adalah yang terbaik bagi saya ... antaranya berkaitan "guru"