Thursday, January 2, 2014

Selamat Datang 2014

Selamat Tahun Baru semua. Seronok ke tahun baru? Entah lah labu...lain orang lain lah pengalaman dan impian untuk tahun lepas dan tahun mendatang. Aku xde imbasan. Terus buat posting tahun baru aje. Yang bestnya awal awal lagi nuarlin dah jemput ke rumah diorang untuk layan nasi dagang. Tu yang bestnya ada geng yang celebrate besday masa tahun baru yang memang sah sah hari cuti umum. Kita tadah perut kosong aje.
Miss president, miss chipsmore dengan fenfid share belikan cupcake ni nak surprisekan lin. Red velvet cupcakes.
Kami beli cupcakes sebab tahu tuan rumah dah order cake dari hotel. Sekali sama sama red velvet cake jugak.
Both pun sedap. Yang cake ni cream cheese dia memang hebat meletops. Aku habis satu slice ni.
Tuan rumah buat nasi dagang atas prrmintaan ramai. Yang ni versi merah. More pulut. 
Yang ni versi putih less pulut and lebih lembut. Both pun sedap sangat.
Gulai tongkol versi trengganu. Teringat ingat kesedapan kuahnya.
Gulai ayam untuk yang x gemar ikan tongkol. Cili tu rangup kruk krak buat cam ulam. Fuhhhh. 
Kami share belikan bingka ubi. Atas yang putih tu kelapa muda. Delicous tahap makan seketul dua x cukup. Lembut sangat and tak manis sangat. My fav lah kueh yang asas ubi or pisang. Memang lahu je layan.
Hepi bday linn. Huruf atas cupcakes tu. Lepak lepak makan makan borak borak. Sedar sedar mata dah ngantuk padahal tengah hari tu. Lepas tu kami g beli barang barang untuk sekolah fid dan terus ke Pavi layan ronin 47. Syok betul layan citer tu. Part Oishi menuntut bela pastu masa dia dapat tikam penjahat tu. What a satisfaction punya scene. Pastu dia pancung prang jahat tu...that was perfection. Tetiba rasa nak ganas lak aku ni. Ha ha ha. 2014 ni ganas year kot. 
Malamnya layan beef noodle for dinner. Dah lama x makan mi ni. Sekali sekala layan memang syok.
Part cili api tu yg sedap tu. Bila pedas pedas terus hirup sup panas. Marvellous.
Ok. Tepek gambar dgn bunga api kat back ground. Tengok jauh jauh je. Anak lin kata tengok kat tv pun sama je. Apakah?
Sawan kata ejin. Songel kata liz. Ha ha ha. Ada aku kesah? Hanya hati dan fikiran aku je yang memahami. Sekiannnn selamat tahun baru semua.

6 comments:

Ejin said...

Hahahahaha ...memang sawan le tu ...sedap2 makanan ngko ..memang great start to a year

Liz Duan said...

Aku rasa fendi dah dekat dekat mid life crisis ni...ha..ha..ha..Ita mana ni kkmen lah sikit...again you had a good start lah good company..good food mcm ejin jugok..awesome gila d food n rv mantap macam rcw...ha..ha..ha..

Ejin said...

aaa aaa kan Liz ...dah dekat mid-life crisis le tu ....however, we should be more worried kalu tetiba dia tak post about makanan! hahaha so far dia ok lagi nie, coz makanan berlambak ..sedap mantap meletops

Liz Duan said...

oh yes..kalau tetiba dia posting usrah ...ketor kepala kite :)

fendifid said...

Ha ha ha...umur 25 dah kena mid life crisis?

hazeluv hazelin said...

pic last tu ala2 keith foo..apakah ???