Wednesday, January 15, 2014

Taman Tasik Perdana dan Planetarium

Tersebutlah kisah, punya lah merancang nak beriadah pagi pagi di Taman Tasik Perdana dengan Nuarlin. Siap kata kol bape nak jumpa kat mana semua. Nuarlin pagi lagi dah get ready anak beranak nak keluar tapi sms dengan call aku tak berjawab. Kisahnya phone aku on silent mode. Lin dok ibgat kami main main aje nak berjogging la sangat. Nuar pun decided hantar kereta dia g service. By the time misha perasan ada miss call dr abah Nuar dia, bila aku call Nuar dia dah otw ke tempat service keta. Perancangan x menjadi lah nampaknya.
Nuarlin suruh kami je proceed pergi sarapan. Kalau sempat lepas service kereta dia ajak pergi lepak minum kat mana mana. Kami set aje. Aku ajak fid layan nasi lemak tang lin kat sebelah Tasik Perdana. Kedai mi yang famous tu tutup la pulak. Terpaksa lah semua layan masi lemak aje. Lepas dah kenyang semua cam tak nak balik. Cuaca pun redup aje kami terus ke Taman permainan. Layan Zahra main kat taman permainan.
Lepas dah puas main kat taman jalan jalan kat kawasan sekitar untuk posing posing.
Zahra ok dah sekarang bab bab posing ni. Dia ikut je kalau mood dia baik. Kalau tak tu dia buat dek aje kat aku.
Ej lepas geram main buaian kat sini. X kena halau sebab kat sini xde guard jaga pengunjung taman.
Fid pun tumpang sekaki posing kat buaian.
Jalan jalan untuk berposing kat kawasan sekitar.
Budak ni la yang paling lama main buaian. Masa ronda ronda sambil berposing, nuarlin text ajak pergi Planetariun Negara. Jumpa aje terus kat sana. 
Diorang busy berposing masa mi aku balik rumah kejap ada hal. Yang lain lain posing time. 
Kan main suka lagi the kids dapat try semua benda kat pameran ni. Free je. Kalau nak masuk show baru kena bayar. Show setiap jam. Ada show yang lain lain semua pasal sains. Rm6 for adult and rm4 for kids. Show dalam setengah jam durationnya.

Macam x selesa je kan. Very tough kalau nak jadi angkasawan ni. 
Bilik anti graviti. Aku masuk kejap je tak de rasa apa apa. Tapi the kids suka main dalam ni.
Bakal bakal angkasawan?
Lepas dah puas tengok pameran dan show kami naik ke view deck. Sampai je kat view deck...aiyo bau "curry". Kah kah kah. Nuar paling terasa disturb by the smell. Aku dok bau perfurm kat baju je la.  Takde ventilation yg bagus kat view deck tu. Sebab tu bau kurang menyenangkan.
Ok la boleh tengok view kl. Ada teropong free aje. Certain places kena masuk coin kalau nak guna teropong tu.
Zahra pun sama naik layan teropong tapi dia tak sampai. Orang tengok dia puj nak tengok tapi dia dapat tengok siling je.
Lepas tu kami ke Bellamy belakang istana lama untuk lunch. Nuar kata dah lama teringin nak data g sini sebab selalu dengar cerita kawan aje yang ikan bakar kat sini sedap. Aku dah beberapa kali datang sini. Aku so so je bab bab ikan bakar ni. Boleh la nak layan sekali sekala. 

Lepas makan Nuarlin kena rushing balik sebab Nuar kerja. Pastu Zahra buat drama nangis meraung nak ikut Nuarlin. Dia nak g jalan lagi tak nak balik. Siap hentak hentak kaki nak naik keta Nuarlin. Kelakar betul. Ngades terlebih. Nanti nak plan pergi taman burung pulak. Tahun melawat Malaysia la katakan. Lol.

6 comments:

Ejin said...

Gambar last tu lawak ..muka Tasha muka tak puas ati hehehehe ...bagus lah korang buat jalan2 macam nie ...KL banyak gak tempat for kids etc kannn

hazeluv hazelin said...

saya sokong thn melawat M'sia...hhehe

fendifid said...

Dulu kalau g kl dok bersidai kat shopping malls aje. Habis habis pun g movies and makan. Tapi Nuar suka activities beriadah. Asal ada selingan makan makan boleh la kami join. Ha ha ha. Kalau masuk hutan ke apa ke yang xde makanan, kami wakilkan Nuarlin aje utk snap snap photo. Ha ha ha. Part mcm tu kami ikut concept lizduan. Lol

Liz Duan said...

Tetiba penghujung komen nak kutuk aku ehh...seronok lah jalan jalan cari pasal kat kl ni...yg first section tu ko jogging ke hapa...aku baca each line tapu can tak berapa nak pahang

Ejin said...

hahaha posting carca merba ehh? dia comment camtu nak check ngko baca ke idak ..tu yang kaitkan ngan ngko tu Liz :-)

fendifid said...

Tak jogging pun. Terus g makan nasi lemak pastu g jalan jalan kat taman.