Wednesday, September 22, 2010

Baked Potato & Sahur

Masa on the way back from office, Fid roger roger aku nak inform dia plan nak buat baked potato. Barang barang dia dah siap beli kelmarin. Rupanya Fid memang dah lama teringin nak buat baked potato tapi oven lama tu tak boleh di harap. So dia pendamkan aje cita cita tu. Biler dah ada oven baru ni...terus teruja nak buat baked potato. Ej pulak sampai 2 kali tanya soalan sama. Mula mula dia tanya kat Fid...pastu malamnya dia tanya kat aku pulak.

Ej - Sekarang ni...dinner kiter semua pakai oven je ke? tak makan nasi dah ke?

Padahal dia la paling liat nak makan nasi. Sampai kena paksa paksa. Dia tanya soalan ni sebab semalam makan Rosemary Lemon chicken lagi. Sebelum tekak ni muak dengan rosemary chicken....masa kat office...gigih aku google resepi roasted chicken version lain lain...untuk Fid try.

Biler aku sampai umah...Fid dah siap siap bakar potato tu...tinggal nak letak cheese aje.
Dah siap...ringkas dan sedap...dan pantas...preparation pun sekejap je. Budak banyak soalan tu makan 2 biji. Apakah? Aku dengan Fid satu setengah sorang. Potato ni yang jenis kulit warna merah tu...sedap.
Malamnya selepas hantar ayah Fid balik Ampang...singgah bersahur...makan tosey. Fid nak buat puasa 6.

Aku supper garlic naan and tandoori chicken. Ej tak makan sebab dia dah tidur...dia tak nak makan. Waiter kat kedai mamak ni pun dah kenal muka kitorang..sebab semalam pun layan tosey dengan Nuarlin...borak sampai mid nite. Ok...nak inform...pengembaraan pemburuan makanan sudah bermula untuk Fenfid...lepas ni banyak la posting pasal makan makan dan food. Layannn.

4 comments:

Ejin said...

oooo very nice!!!! i love baked potatoes ...makanan ruji aku zaman uni dulu :-)

Liz Duan said...

yelah ...miss UK punya baked potato

Ejin said...

with tuna and sweetcorn topping ...my fav ....

fendifid said...

lain ke baked potato UK? Kalau Kak Long tak buat kat Cardiff..tak ku tahu apa baked potato tu.