Thursday, September 16, 2010

Hasil Dari Duit Raya

Dah berbulan bulan lamanya Ej dok nyanyi kat telinga aku ni dia nak beli kasut roda. Selepas dia syok main ice skating...asal ke Jusco ke...carrefour ke...dia dok mention nak cari. Tapi takde yang size dia. Yang ada semua kecik kecik. Sampai kekadang tu aku naik bosan nak melayan EJ...aku ckp kat dia...ikalau jumpa kiter beli on the spot...tapi nak ke hulu ke hilir mencari...no no no.

Semalam masa kat Carrefour Wangsa Maju...again she mention nak mencari kasut roda...aku siap kata...bukan musim orang main kasut roda...sebab tu susah sangat nak cari. Ej cam pelik je biler aku cakap orang Malaysia ni suka bermusim. Kalau musim main layang layang...semua orang dok sibuk beli layang layang. Kalau musim skate board...sana sini boleh tengok teenagers main skate board...panjang lebar aku dok explain kat EJ...lagi dia confuse ada la...kah kah kah.

Nak jadi cerita...masa nak bayar kat counter...ada sorang brader ni datang jaga counter pakai roller blade. Ej dok push aku and Fid tanya kat brader tu...tapi kami suruh dia pi tanya sendiri. Sebab nak sangat kasut roda...EJ pi tanya sendiri kat brader tu kat mana dia beli roller blade tu. Lepas tahu roller blade ada dijual kat Mid Valley...masa tu jugak EJ ajak ke Mid Valley...masalahnya kena masak dulu sebab malamnya ada tetamu nak beraya kat umah. Lepas selesai masak, terus kami ke Mid Valley.
Kasut roda takde...roller blade pun jadi la. Masa sampai kat kedai ni...orang yang jaga section roller blade ni takde...time dia rehat...puas Ej dengan aku dok try yang adult punya..sebab yang kids punya size kecik kecik je yang di display. Yang adult punya mahal mahal...almost RM400. Fengsan biler aku fikir kena beli 2 pasang...sebab size kaki Ej dengan Fid lain lain.tak sama!!! Tetiba je Fid masuk dalam ini cerita....he he he.

Biler brader yang jaga section ni balik dari rehat...dia tanya aku kenapa tak beli yang kids punya? Aku cakap semua kecik kecik tak muat kat kaki Ej...pastu dia explain...diorang display yang kecik kecik...tapi ada berbagai size and kids punya boleh expandable...sampai size 8. Yang paling menggembirakan...harga less than Rm250. Terus suruh dia ambik yang size 6-8. Yang Ej try kat gambar atas tu la. Ada 10% discount.

Petang tadi...while Fid and I dok berperang kat dapur..EJ main roller blade dalam umah. Aku tak bagi dia main kat luar sebab takde orang nak monitor dia.

Gaya je boleh harap...GGG.

Lepas dah selesai memasak...aku pulak tunjuk power...main dalam kawasan rumah je...tak pandai sangat nak main kat luar tu...kah kah kah.

Malamnya pulak...masa geng ronggeng beraya kat umah aku...Zam pun try jugak roller blade ni. Alif dengan Adam takut nak cuba.

Gaya mesti macam pro...

Asal boleh ke gerak sikit sikit...kira ok la...good exercise ooo..berpeluh peluh main roller blade ni. I felt 15 years younger. GGG.

Layannn. Biler Nuarlin nak join main roller blade ni???

5 comments:

Liz Duan said...

jadi kerja dia pun nak main jugak....but in the spirit utk berexercise okaylah approved he..he..he.

fendifid said...

sekarang ni EJ belum pro lagi...boleh take turn...nanti biler dia dah pro...sah sah kena beli lain kalau aku nak main roller blade ni.

hazel said...

nuarlin...seram nak main..takut gegar2 rumah daddy fend..hahahha

NurAfizahMazlan said...

salam. nak tnya. outlet mana yg jual rollerblade tu? saye dok pusing2 midvalley, setakat ni jumpa kat studio r, tapi takde choice.. time kasih.

fendifid said...

Kami beli kat studio R juga. Situ aje yang ada.