Since Jumaat hari tu cuti umum for Selangor sempena Nuzul Quran...kiranya it was a long weekend for us. On friday petang tu...sempat ke Sogo untuk bershopping baju raya for EJ. Pi Jalan TAR cari baju kurung warna putih untuk Majlis berkhatam Quran Ej selepas raya nanti. Orang punya la ramai kat kids department kar Sogo tu...mostly dok kendong bakul penuh dengan baju baju. Oleh kerana ekonomi meleset...kami bershopping secara berhemah saje...kalau ikut nafsu...mahu kami kendong bakul sorang satu penuh dengan pakaian. Apakah?. Memang seronok betul bershopping kat Sogo ni..banyak pilihan yang memberangsangkan.
Masa ni baru sampai. Gear 1.
Ej sibuk nak baju remaja. Nampak pulak gambar teenagers pakai vest...gigih dia pun mencari vest.
Di paksa berposing...tu yang muka camtu tu. Dia ni kekadang songel tau...daddy dia dah la blogger tegar...kena la dia jadi model kan,untuk tepek photo kat blog ni. Grrr.
Lepas dah dapat sumer yang berkenan di hati...terus bayar cepat cepat untuk cabut keluar dari KL sebelum jalan jammed. Sampai rumah sempat lelapkan mata kejap...penat ya amat. Rehat sebab ada plan berbuka dengan Geng Ronggeng.
Tak semua dapat join...Ms president dan CT K tak dapat join. Kami berbuka kat restoran Hj Sharin Chinese Muslim food kat Bukit Antarabangsa tu. Gambar food takde...tunggu Lin load dulu...hausssss. Lariiiiiiiiiiiii.
Makanan semua mantap mantap...dapat manisan dan buah buahan percuma. Kesedapan makanan kat sini membuat kan Geng Ronggeng berkobar kobar nak repeat makan kat sini. Masing masing ada fav dish memasing. Tapi paling meletops malam tu....roti pusing yang dapat free untuk makan dengan kuah Ketam masak sos cili pedas tu. Kami siap mintak extra roti tu...pastu dapat pulak yang panas panas...sedap giles.
Hari sabtu lepas habis tuition...terus balik ke PD...nak kejarkan class mengaji Ej dengan Uztazah yang akan lead majlis berkhatam quran nanti. Majlis berkhatam tu akan di buat sehari sebelum Majlis kahwin anak saudara aku kat PD nanti. Korang kalau free...jemput la datang ke Majlis Kahwin tu...18hb Sept kat Taman Dato Hj Abdul Samad, Bagan Pinang.
Lepas dah dropkan Ej kat umah abang aku...aku dengan Fid balik ke rumah mak aku...kakak dengan adik aku tengah bz buat kueh raya....tahun ni baru mula nak berjinak jinak dalam bisnes cookies raya ni.
Tart nenas.
Petangnya kami beramai ramai ke Taman Dato' untuk berbuka beramai ramai kat rumah abang aku. Sebelum berbuka kami buat discussion jap pasal Majlis wedding untuk bincang pasal tugas tugas masa majlis tu. Aku chief bahagian hidang dan makanan...kena make sure makanan kat buffet trays semua sentiasa di refill etc etc.
Berbuka puasa ramai ramai memang seronok bangat...macam kenduri...I think more than 40 of us masa ni. Itu pun ramai anak anak sedara tak join.
Abang aku ke laut sehari dua sebelumnya...dapat ikan besar besar...buat masak kari. Memang Satanem. Kari kat restoran mamak nasi kandar pun kalah...sebab ikan sumer fresh fresh. Licin seperiuk besar kari tu...takde lebih pun untuk di tapau. Yang syok tu...memasing sibuk berebutkan kepala ikan. Aku je yang tak reti makan kepala ikan...aku pilih isi je la.
Hari Ahad lepak lepak umah mak aku je...kakak dengan adik aku sibuk buat kueh raya...and memasing pun kepenatan...plan masak mi hailam je....ringkas. Since tak banyak kerja aku sempat tidur lagi petang tu...siap mimpi aku tengah drive kat Highway...pastu ada sorang mamat dok bawak motor besar bergesel dengan kereta kat depan aku...aku pun dok nak mengelak sambil tengok kereta kat belakang takut bergesel dengan kereta aku pulak. Tiba tiba...dengar jeritan DARAH...DARAH...dengan bunyi menangis sumer siap...aku terus terjaga dari tidur pi tengok apa yang kecoh kecoh tu. Rupanya Anak sedara aku Shafique terlanggar dinding...kepala berdarah...aku tengok muka dia penuh dengan darah sampai ke tangan tangan dia pun ada banyak darah.
Punya la panic...aku dalam mamai mamai tu...terus dukung dia...kelam kabut masa tu. Terus aku pi ambik kunci kereta dan dompet untuk bawak dia ke klinik....kakak aku suruh bawa ke wad kecemasan hospital daerah PD. Aku pun drive ke Hospital. Sampai je kat Hospital...wad kecemasan tengah under renovation...lepas dropkan adik aku, adik ipar aku, Shafique dan Ej kat pintu masuk Hospital tu...aku ke tempat parking...punya la jauh kat belakang..sebab parking area depan wad kecemasan tu di tutup.
Masa park kereta...azan pun kedengaran...aku sempat ke kedai kecik kat hospital tu...beli air je untuk kami semua berbuka. Adik ipar aku buat registration dan nurse tu suruh kami tunggu kat waiting area tu. Ada beberapa orang lain pun dok tengah menunggu untuk mendapatkan rawatan. Tak lama lepas tu...adik aku, ayah Shafique pun sampai...dia ke jeti tolong abang aku bersihkan boat memancing...kami tunggu nak dekat 20 minute....takde pun sesama yang di panggil masuk untuk rawatan...terus kami decide nak ke klinik saje...sebab malas nak tunggu. Tak tahu berapa lama nanti kena tunggu untuk dapatkan rawatan. Malas aku nak ngomel panjang benda lapuk ni kat sini. Korang pun sedia maklum...kat surat khabar pun dah banyak kali tulis pasal kes kes kelembapan tahap cipan kat Hospital Kerajaan ni kan. Nak carut ke? SILAKAN.
Adik aku and my SIL bawa Shafique ke klinik...nak jadi cerita...klinik yang kat dekat dekat area ni doktor melayu...klinik tutup...terpaksa la adik aku ke Pekan PD...pergi klinik 24hours. Alhamdullillah...luka tak dalam...tak perlu di jahit. Doktor cuci luka tu dan tampal plaster. Harap harap tak ketara la nanti scarnya.
Adik aku and my SIL bawa Shafique ke klinik...nak jadi cerita...klinik yang kat dekat dekat area ni doktor melayu...klinik tutup...terpaksa la adik aku ke Pekan PD...pergi klinik 24hours. Alhamdullillah...luka tak dalam...tak perlu di jahit. Doktor cuci luka tu dan tampal plaster. Harap harap tak ketara la nanti scarnya.
Shafique yang bagi hadiah panic kat parents dia on their anniversary day. Sabar je la. Baju dengan kesan darah lagi sebab masa ni dia baru balik dari klinik.
Dalam kol 9 malam kami bertolak balik ke KL. Sampai Kl dalam 10 lebih...biasala kan...kalau balik PD...malas je rasanya nak balik KL...sebab tahu esoknya Kerja...ha ha ha. Tu yang balik malam malam selalunya. Biler Lizdu datang KL nak balik ke kuantan selalu bertolak petang...aku cam compius sikit..awalnya nak balik Kuantan...lupa yang Kuantan tu jauh pastu jalannya pusing pusing.
Sampai je kat Pandan Indah...Fid ajak singgah pekena tosey kat Restoran Rasyid kat Ampang Point...layannnn.
5 comments:
Macam2 ada laa posting fendu ni.. tapi yg penting bab makanan, mesti ada!!
mak aiii ..penuh drama posting ngko kali nie ...ada elemen mimpi, berkejar ke hospital, cerita makan2, buat kuih ...
kesian nyer Shafique tu ...tu yang aku trauma kekadang ..kalau emergency pi klinik terus, takde nak ke wad kecemasan hosp awam - if i can help it lah ...
tart nenas tu comel comel jer ...aku dah order from org kat opis ...2 jenis lagi tu!
ye lah psoting becampur baur...nasib baik shafieque tak apa2
Aku malas la nak buat banyak entries...satu je senang sumbat semua...tu pun terlupa nak tulis...masa ghairah nak makan tosey...siap tergigit jari.
Post a Comment