Thursday, August 12, 2010

Tunai Janji

Tadi afterwork sempat aku ke 2 bazar ramadan...tapi yang small ones. Both pun yang dekat dekat dengan rumah je. Mulanya aku singgah kat bazar ramadan depan umah sebab nak beli kueh keria. Tapi sayang sekali kueh keria yang sedap tu takde. Tak pasti sama ada dah habis or memang mak cik tu tak buat. Tapi aku beli kat gerai sebelah...tapi frust je...tak sedap. Keras. Tak rasa langsung keledeknya.
Kueh keria yang keras.

Lepas tu pi pulak Bazar Ramadan yang depan Jusco Au2 tu. Tapi tak beli apa apa pun sebab benda yang di cari takde. Banyak makanan di jual kat situ tapi aku tak tergoda pun nak beli. Apakah???

Lepas tu masa on the way balik nampak gerai buah...singgah beli manggis dan dokong. Murah je. Manggis 1.5 kg for RM5. Dokong 2 kg for RM5. Both pun sedap dan manis kata Ej dan Fid. Aku tak makan pun.

Actually takde la berbuka dengan fancy fancy food. Sume menu biasa biasa je...tapi sebab nak tunai janji aku tepek gak la gambar food kat sini. Lagi pun semuanya Fid masak sendiri....sedap sedap...logic la nak credit kat chef Fid untuk juadah berbuka kami hari ni. Tocei love.

Untuk janji pertama...Sardine rolls ni khas untuk tatapan Lin. Sebab fav dia katanya...dapat tengok gambar dalam blog pun boleh buat dia kenyang. Layannn.

Aku dah janji jugak nak tepek gambar makanan untk Ejin...sebab semalam kan berbuka umah orang...not nice la aku ambik ghairah snap photo makanankan. Nanti apa pulak fikir tuan rumah. So aku snap gambar makanan hari ni sebagai ganti.


Fid tanya aku, nak makan apa dia nak masakkan...aku cakap aku nak sardine masak dengan cili api. Walaupun cili api ni tak pedas punya type tapi sedap je aku layan. Dah memang sejak azali aku suka makan sardine. Untung tak chef...husband dia tak demanding...mintak menu simple je. Kedap je sap sap sui untuk di masak.

Ikan bilis goreng...Fid masak untuk EJ. Sebab bila sahur...Ej lalu makan ikan bilis je.

Stew/Sup ayam...first time fid masak ni...sedap...bertambah EJ makan. Dia suka hirup kuah tu.

Lepas fetch Ej from sekolah agama, dua beranak ni buat operasi bake cookies. Simple but nice butter cookies. Resepi pun Fid ikut yang kat kotak tepung tu je. Memang mantap. Sesuai makan sambil layan tv.

Tak sempat susun dalam botol aku dah snap photo. Tahun ni Fid and Ej dah plan nak bake cookies untuk raya. Kita tunggu je la hasilnya. Ok...tu je nak cerita.

5 comments:

hazel said...

fuh tocei gak la daddy fend snap pic sardine roll tu...kenyang rasanye..mahu tahan smpai esok..hehhehe

Ejin said...

rajin nyer Fid and Misha ...siap bake cookis tu!!!

fendifid said...

cookies tu sedap...sambil tgk tv tak sedar dah suku balang gone.

Ejin said...

mak aiiii laju nyer cookies tu abis hehehe fid kena buat lagi le gamaknyer

Liz Duan said...

meriah lah makan ajer