Lama sungguh tak makan Ikan Masin Terubuk yang very famous kat Sarawak tu. Dok tunggu Ejin bawak...biler nak nko nak mai KL ni? Tapi apa apa pun...sila baca info menarik yang aku nak share ni. Last Sunday kat Berita Minggu ada artikel pasal Terubuk ni.
Aku baru tahu yang terubuk di jual kat Satok tu...mostly imported from India and Myanmar. Kisahnya semakin susah nak mendapat stok tempatan kerana kerajaan mengawal penangkapan ikan terubuk ni yang semakin pupus. Pastu yang paling bengang tu...banyaknya peraih memborong Terubuk tempatan untuk di eksport ke Singapore. Kita import and eat yang murah murah and yang bagus kualiti di Eksport ke Singapore. Nak carut ke tak? Lepas buka puasa ok.
Ni gambar yang ada di paparkan kat artikel tu. Aku cedok and listkan bandingan antara ikan terubuk tempatan dan import. Yang kat gambaar tu...atas import, bawah tempatan
1) Terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek. Yang import berkepala bulat dan panjang
2) Muncung terubuk tempatan lebih besar.
3) Tengok sisik. Sisik terubuk tempatan walaupun sudah di proces menjadi ikan masin sisiknya boleh di buka. Kalau yang import..sisik mati dan keras.
4) Terubuk tempatan harga lebih mahal. Telurnya boleh menjangkau Rm300 sekg. Yang import Rm100-Rm200. Harga ikan pun yang tempatan lagi mahal.
Sah sah la kan yang tempatan lagi sedap dan berlemak. Walaupun aku bukan la die hard fan ikan terubuk ni berbanding dengan kawan kawan aku...tapi saje je nak share info ni dengan korang...esp Ejin...biler nak beli untuk aku nanti...nak yang tempatan ok...demand lebih je Abang Ngah...GGG. Layannn.
4 comments:
sebab tu kami selalu makan ikan terubuk fresh ...and dibakar ...sebab ianya terubok tempatan ...mmg yang dijual tu mostly imported ..nanti kalau aku jumpa terubok Sebuyau (nama tempat yang byk terubok) aku cuba dapatkan untuk ngko ...kat sri aman banyak yang terubok local ...my dad mmg tak berapa berkenan terubok satok tu ...sebab kami org sri aman maaa ...prefer yang asli
dalam article tu memang ada sebut kat sri aman banyak terubok.
i also like terubuk but tak larat with the tulangs.... hehe
baru makan treubuk bakar last sunday...my fave
Post a Comment