Thursday, August 19, 2010

Project Taco

Legakan ada posting selingan from Kak Long pasal HK dan Bandung. Lain la sikit dari topik food yang saban hari Ejin and I dok hidangkan kat blog ni. Nevertheless, aku tak pernah bosan menulis pasal Food. What say you Ejin?

Seperti yang diberitahu earlier today, aku ada project mencari kueh taco kat Bazar Ramadan Melawati. After work terus ke sana. Sampai kat sana I saw many cars were parked at the road side. Sebab malas nak pusing jauh I follow them. Lucky me, sampai je kat Bazar tu ada kereta keluar, so terus aku dapat parking. Cepat cepat aku mulakan operasi mencari gerai Buzen pelakon Geng Bas Sekolah tu. Dah bertahun tahun setiap kali bulan puasa Fid and I mesti beli kueh taco yang mak dia buat. Maha sedap.

Aku terus pi kat area yang selalu jadi spot gerai dia...puas aku jalan tak jumpa gerai dia tu...orang punya la ramai...terus panic...dok kata dalam hati tak kan tahun ni mak dia tak berniagakan. Aku terus jalan setiap lorong sambil tengok barangan jualan kat situ. I tell you, Orang kat Melawati ni suka sangat makan roti boom kot. Ada 6 or 7 gerai jual roti boom. Ada yang 50sen sebiji ada yang 3 for Rm2. Pastu kueh pelita pun ada 4-5 gerai jual. Cuma kueh taco je takde. Sampai la aku jalan kat the last row...masa tu dah frust dah...siap plan nak ke row yang mula aku masuk untuk beli tepung pelita.

Tapi orang kata kalau dah rezeki tak kemanakan...sikit lagi nak khatam tawaf kat last row tu...aku nampak Buzen and his mother. Punya la Happy tengok kueh taco bersusun cantik dalam tray siap ber plastic. Happy macam jumpa Fazura...rasa happy camtu...lariiiiii. Terus dengan tamaknya beli 2 tray. RM2.50 untuk 6 ketul. I bought 12 ketul.

Dengan happynya aku cakap...Puas saya pusing pusing cari...selalunya gerai mak cik kat hujung sanakan...mak buzen tu senyum je. Lepas dah dapat taco tu terus call Fid bagitahu dia aku dah beli kueh taco ni...still nak kueh keria yang dia ordered earlier ke or tak payah...she said tak payah dengan nada happynya. Terus drive balik lepas tu. To Ejin...sila la tengok camne rupa kueh taco ni.

Meletops rasanya. Very sweet and berlemak berkrim.
The diff between kueh taco and tepung pelita ni...taco punya mangkuk guna daun pandan whereas tepung pelita guna daun pisang...so bau aroma daun pandan memang semerbak lah kan. Pastu yang layer bawah yang jernih tu ada hirisan sengkuang cina. Layer atas tu santan pekat masin berlemak. Serius punya sedap. The best taco I have ever tasted. In fact i really don't know where to find kueh taco ni selain daripada kat Bazar Melawati ni. Sometimes ada yang bentuk tiga segi...biasanya itu taco jagung. So yang base tu letak jagung. I don't really like that one.
Fid and I have been complainingkan dah 9 hari puasa biler pi bazar ramadan tak tahu nak beli apa. But Bazar Ramadan Melawati ni has really open my eyes. Sib baik la Fid dah masak kat umah...kalau ikut nafsu mata aku tadi...mahu aku borong macam macam kat situ. I told Fid..sunday nanti nak datang sini untuk beli juadah berbuka. I saw ada kambing panggang, macaroni goreng, nasi briyani johor, ikan bakar, tahu bakar, laksa, bermacam macam jenis kueh mueh, sup ekor, cendol, popia, roti john Unan (similar yang kat Putrajaya tu), berjenis jelly and pudding caramel yang famous ada kat sini...semua nampak so tempting. Sunday nanti kita serbu. OK.

Aku jumpa petai jeruk..terus beli. Very fresh and rangup. Tapi baunya semerbak hidung. Fid and Ej complaint busuk busuk.kah kah kah.
I bought otak otak jugak sebab Ej nak and Ayam goreng kicap sebab Ej ngades tak nak makan beef blackpepper yang mummy dia masak tu. Semua yang di beli hari ni dan yang di masak hari ni...lazat lazat...puas hati sangat sangat. Ok..tu je nak cerita.

10 comments:

Ejin said...

oooo yang nie ke kuih taco ..aku pun suka ...tapi kat sini selalu ada yang jagung tu...aku tak suka sangat ...taco tu ada jugak sekali sekala jumpa ...

petai jeruk???? a definite NO for me!

Liz Duan said...

mak aii..sampai 12 kau beli?..

Liz Duan said...

petai jeruk aku suka jugak beli

Ejin said...

nasib baik takde gambar nasi dagang ..kang meroyan aku!

fendifid said...

Nak buat camne...bulan puasa je jumpa kueh taco ni. Ahad nanti pi beli lagi...yang version jagung aku tak suka.

Sedapkan kak long...petai jeruk...he he he

Nasi Dagang...setiap tahun tunggu pi umah Nuarlin untuk makan. Mak dia masak sedap. OPen house ke..party ke...memang special request menu Nasi Dagang dari Lin. Kalau agak agak sampai lambat kat umah dia...kena call suruh simpan...kalau tak nanti makan nasi dagang dengan kuah je. Betul tak lin?

hazel said...

rupanye nye kueh taco n kueh pelita x sama ye? baru ku tahu..hahah

ejin peminat nasi dagang ke? nak pekena nasi dagang ma lin..meh la trn kl..t calling2 lin sedia kan nasi dagang terbaikk frsh frm ma kitchen heheh...(opss bukan lin sediakan..tp ma lin) lin jd pembantu je...tp happy dpt jamu kawn2...bila nk dtg ni?

Liz Duan said...

nak jugak nasi dagang.....my favourite jugak...aku kan dah lebih dari org timur....
sampai hati jemput ejin jer :(

hazel said...

liz semua pun dijemput mai ye..bila mau datang roger2 la ...ibu mengandung lg kena dulukan..hehehehe

Liz Duan said...

suka akak dengar ha..ha..ha..banyak songgel kan...

Ejin said...

Lin - sungguh terharu tau (hehehe - malu!) I memang suka nasi dagang, tapi dah 10 tahun i tak makan nasi dagang...last sekali makan was in 2000, now dah terliur2 plak! Thanks for the invite, nanti akan garenti (dengan muka tak malu) bagitau kalau i nak turun KL ...lagipun, takkan kiter nak kenal2 from blog ajer kan :-)