Sunday, November 4, 2012

MeLADA aka MenJELESkan

Hari Sabtu ialah hari untuk malas malas kan diri. Kat FB awal pagi Ejin dah nyanyi kat wall kata nak antisocial sambil lepak alone kat umah. Aku pun memalaskan diri sampai kol 11am baru bersiap untuk ke Ampang Puteri. Zara ada follow up checkup sebab selesema dan batuk dia masih belum baik 100%.
Doktor nak reducekan her medicine and kami berharap sangat la Zara baik from batuk dan selesema dia secepat yang boleh. Kesian dia dok makan ubat setiap hari.

Maybe sebab last week Hari Raya Haji...ramai orang tunda check up ke this week. Parking penuh. Aku dok pusing pusing kat area parking tu mencari tempat kosong. At last park kat tepi tunggu orang lain keluar baru dapat park keta. Kalau kaya...dah lama aku guna jockey service tapi tak kaya lagi...kena la sedar diri. LOL. Besday girl...tolongggggg...cepat bantu aku untuk kayaaaaaa (Ejin...kena jerit lagi berapa kali ni utk lengkapkan 44 kali??)

Sebab malas malas kan diri...kol 11 pun tak sarapan lagi...perut berkeroncong. Tanya kat Fid mana nak lunch...dia jerit Chillies. Masa dapat nombor giliran untuk ambik ubat...ada 30 lagi number before our turn. Terus terjah cafe layan nescafe dan kueh mueh...Ej siap tanya nak lunch kat mana...biler aku kata Chillies...dia terus kata...tak nak makan nak minum aje...nak save kan ruang kosong kat perut untuk food kat Chillies. Sah ni dia dapat perangai mak angkat dia kat Kuching tu. LOL.

Lepas dah ambik ubat...terus ke KLCC...Kena tunggu 20 minutes aje. Cayookk.
Budak kenit yang batuk...bercardigan dia and long pants..takut sejuk. Aku beli cardigan untuk Zara ni konon nak g Genting ke...Cameron ke...tapi pakainya kat spital, Klcc or malls. Apo nak di kato...dugaan Zara tak tahan sejuk.
Trying so hard to get her attention to look at the camera. Tak berjaya. Susah tul la Zara ni.
Dok bagi handphone aku lak...tapi daddy lak terpandang ke tempat lain.
Itu je yang kami order. Caya tak? Tu pun terkial kial nak habis kan. Memasing pakat tak nak makan yang berat berat...diet la konon kan. Caesar salad tu...still Ben's or Delicious punya yang sedap. Ej ada kids meal...tak snap photo. Tak ingat apa namanya tapi cam lempeng cheese la benda tu. Pastu yang mash potato tu Ej punya jugak. Fid yang nak Tripple play tu...tapi kat menu tulis tripple dipper. Nama je tukar...benda tetap sama. Fav Reen jugak ni...Zamreen tak dapat join sebab short notice...so tak dapat la aku order lamb shoulder...tu yang terpaksa order salad aje.
Zara konon posing la tu...tapi tak pandang camera.
Dah berbulan bulan Fid ngidam nak makan ni...tapi asal nak order...perut dah ketat...since hari ni tak order food yang berat berat sangat...dapat la order dessert. Fav semua orang. Sape kata tak suka molten choc ni...mesti dia pentipu...or lidah dia something is wrong la. Ayat keras sikit hari ni.
Lepas dah makan...bum to Auntie Bibah, baby dan chumat kat luar Chillies tu. Auntie Bibah kata leceh Chillies ni kena beratur bagai...orang ramai kat KLCC ni. Auntie bibah ajak datang umah 11 nov ni ...dia buat Open House.

Pastu...bagi Zara jalan jalan jap...dia suka je jalan lari sana sini...tapi biler sejuk sangat dia start batuk. Jumpa mainan macam ni...Zara akan tunjuk pastu kata Nak Nak Nak...bilere dah duduk tu dia tak nak bangun dah. Dukung bawak ke tempat lain dia lari nak pergi kat mainan ni balik. Aku rasa cam too early untuk Zara dera Daddy and Mommy dengan peel nangis ronta ronta nak naik mainan ni. Aiyooo...redha je la Zara jerit beberapa kali nangis tak nak tinggalkan mainan ni. Masalahnya ada budak lain dok tunggu nak naik jugak and we were out of coins. Kalau Zara sihat nanti...aku nak bawak dia dia gi genting since dia dah pandai nak main mainan macam ni. Kat Jusco pun ada tapi tak nak ajar dia...nanti asal aku gi jusco nak beli groceries dia jerit nangis nak main mainan. Stress nanti.

Tak shopping hari ni...terus balik umah...singgah dobi hantar kain...ambik kain...dah 3 round hantar dobi sebab mesin basuh buat perangai. Sabar je la...sumer pun nak rosak benda electric kat umah aku ni. Malamnya pulak ke Ampang fetch Ayah Fid...there goes our Saturday. Hari malas malas katanya.


8 comments:

Ejin said...

Senang nyer idup kat KL ...semua ada ...nak makan apa, semua ada ...cuma perlu duit ajer (hint: aku pun nak kayaaaaaaaa)

Ejin said...

Al dah tau aritu. Tiap kali gi jusco or festival city, dia terus ajak ke tempat game ...memang addicted budak tu ...tapi kat sini dia tak pulak gian ...

Liz Duan said...

ha..ha..aku tertawan ayat akhir tu " semua benda electric nak rosak.."..ha..ha..mmg selalu gitu bila time satu benda kena keluar duit meleret leret lah benda lain nak join sekali...it happens everytime..i tell u!

Best nya dapat "meLADA" kan? weekend ni turun kejap...tapi Afi tak de cam tak shiok lah pulek nak meLADA...choc mount tu mmg terbaik but it is actually too sweet for me..kena selow selow makan...aku benda manis sgt mmg rasa ranap gigi aku

Liz Duan said...

Tasha macam Aimran..tak tahan sejuk...Aimran mmg selalu jalan dgn berjacket bagai...air sejuk ice semua jgn bagi..

fendifid said...

Ye la...sekarang g jalan jalan kena make sure ada baju sweater and seluar panjang. So far tasha tak reti minum ais lagi.

Mesin basuh dah ok...piring yang pusing pusing dalam washing machine tu dah haus.

Nko, Liz mai KL kan banyak makanan sebab ada Open House...tak kan nak g MeLADA lagi...tapi for dessert takat nak makan molten choc tu sambil posing posing kasi member kat Kuching tu menJELES...silakan aje. Wajib tu. Actually memang sangat manis...aku tak ambik the choc cair tu...too sweet.

Ejin said...

i hate you guys ....

fendi, ari nie dah ke jerit wish kiter tu? tinggal 38 kali lagi rasa nyer :-)

Blogger said...

You need to remember that the ultimate Bitcoin exchange company is YoBit.

Blogger said...

Did you ever try to automate your free satoshi collections by utilizing a BITCOIN FAUCET ROTATOR?