Dari segi layout and physical design rumah panjang terbahagi kepada 2 bahagian ...ruang yang dikongsi bersama, and ruang persendirian. Ruang persendirian tu merangkumi rumah individu (dipanggil bilik) or private quarters ...size bergantung kepada individu tertentu ....ada yang kecik (1 bahagian), ada yang besar (2 bahagian)....ours, sebab dikongsi bersama oleh my dad and my uncle, adalah bersaiz dua bahagian .....
our living room ...we all tak naik tingkat atas pun sepanjang kat sana ...just lepak kat depan nie ajer ...(notice the size: the tiang tengah itu membahagikan 2 bahagian ...indicating the size of the bilik)
ini plak gambar ruang tamu kat one of the longhouse yang aku ngan my group visited for our fieldwork ...bilik ketua kampung diorang ...kalau adat rumah panjang, tetamu khas selalu dijemput masuk ke ruang peribadi nie as sign of respect ....kalau datang jumpa org ramai, then diserve kat ruai ....
dalam private quarters tu plak terbahagi kepada a few section ...(i) ruang tamu/ bilik besar ....(ii) ruang tengah (ni khas for family ajer), (iii) ruang dapur (yang ni kalau tak faham saja lah!) (iv) ruang belakang ...nie tempat sidai baju ke, tempat jemur padi ke, jemur lada ke ...or masa dulu2 ada sesetengah rituals akan dibuat di sini .....and (v) ruang di antara ruang tengah and ruang dapur ....kalau old longhouse tempat nie ketara dibezakan but bagi aku yang "buta adat" this space susah nak distinguish ....
and yang unique about a longhouse ialah adanya common area ...selain daripada rumah yang memanjang gitu ...common area nie dipanggil ruai ...and it is outside of the private quarters ......so, kalau ada perayaan ke...ada majlis2 ke, ada mesyuarat ke ...semua diadakan di ruai ajer ....example: masa Gawai eve ...masing2 duduk di ruai masing2 menunggu detik 12 malam and minum ai pengayu (drinks to signify long live and to celebrate the start of Gawai) ...
bersama2 duduk kat ruai untuk majlis keramaian .....malam Gawai tu ada pertandingan ngajat ...so, we all gi sama2 duduk kat ruai tengok ...mak aku ambik kesempatan buat jejak kasih LOL
yang nie ruai kat salah satu rumah panjang di kawasan Bintulu (masa aku buat fieldwork) ...semua interview kitorang ngan penduduk kampung was conducted kat ruai ...yang nie merupakan rumah panjang yang masih mengekalkan elemen rumah kayu
and sebab rumah panjang kampung aku dah modern (semua serba serbi batu le maksud nya), maka takde "varandah" or tanju di luar nya ...unlike rumah panjang dulu2 ....so, instead ..ada this jalan and tempat we all park kereta ajer .....dulu2, rumah panjang dibuat daripada kayu ...now serba batu! Amat jarang sekali ada rumah panjang lama cam dulu2 ...this longhouse of ours dibina when I was in the UK ....before this mmg diperbuat daripada batu dan bertiang seribu (i mean, bergantung lah, not like this) ...by the way, cara pembinaan rumah panjang juga berbeza ...biasanya tuai rumah (or ketua kampung akan bina rumah dia dulu ...then org kiri kanan akan menyambung ...so, essentially org yang kat kanan rumah ketua kampung hanya akan membina dinding belah kanan dia ajer coz dinding kiri dan dicover oleh ketua kampung ....same thing for org yang tinggal kat belah kiri ketua kampung ...akan buat dinding belah kiri ajer coz ketua kampung dah buatkan dinding yang memisahkan ruangan diorang on the right side ....unique kan?
jalan depan rumah ...masa nie nak gi mandi sungai
features lain yang sinonim ngan Iban longhouse ialah tajau ...aku tak tau dalam BM panggil apa ..macam tempayan tapi besar ....ada gak bersi kecik ....org dulu2, kalau banyak tajau signify kekayaan ...they measure material wealth dengan, amongst other thing, tajau nie ./..lagi besau tajau tu, lagi mahal .....and each one design lain2 .....
my dad kata my late grandfather inherited tajau (ceramic vase) yang paling besar tu (separuh jer kuar kat gambar di atas) from his side of the family ....and because of that berlaku pertelingkahan antara dia ngan adik pompuan dia ....it is the symbol of family and wealth ....since aku cucu sulung perempuan, aku juga telah dihadiahkan oleh my grandparents ngan tajau ...i got two in fact ...satu dari belah my grandfather and satu dari belah my grandmother ...dua2 ada kat rumah aku di Kuching la ni .....kalau dulu2 punya cara, kira akak kaya jugak le yea lol ...
so, sedikit sebanyak about longhouse ....aku pun bukan tahu sangat ...but, i think because of all these modernization, the design yang tradisi sedikit sebanyak akan pupus ....Fend - kalau ngko nak tengok rumah panjang asli (yang kayu punya) aku akan bawak ngko ke Kampung Budaya jer nanti k ...
7 comments:
Apa isi dalan tajau tu Ejin?
kosong jer yang kitorang punya tu ...but org dulu2 also use it as storage space ...tempat simpan beras etc ...nenek aku dulu gunakan utk simpan stock makanan dia (gula, biskut etc yang belum dibuka) LOL
lagi satu, org buat tuak (rice wine) dalah tajau jugak ...hehehe tapi tajau yang kecik sket le ...so far takde le plak aku tengok org buat or simpan fermented tapai dalam oversize tajau
aku pi kuching twice tapi tak berkesempatan melawat rumah panjang...next time nanti.
nice ...fendi tu gi kuching cari food...tak yah lah hantar di ke rumah panjg ke hapa ni...
nice jugak rumah gitu kan...sedara mara semua sekali ..
nanti aku gi bawak aku yee ejin...miss u :)
Pls name the tajau in the picture above. Which one is ningka, menaga, rusa, etc?
Post a Comment