Cam gempak je tajuk...tak habis lagi rupanya posting Perth. Almaklum...gambar taken semua nearly 900 keping. Kalau pergi 2 minggu kena bawa extra memory kad.
Gambar menanah mata la katakan..tapi lepas aku print...terus menanah hati sebab nak murah punya pasal pegi kedai yang dakwat printer dia China mari...baju yang merah menyala merah cili terus jadi maroon. Sakit jiwa aku tengok gambar gambar tu sumer. wtf.
Moral of the story...not everything kita nak tu...kena cari yang murah aje. Kekadang quality comes with an expensive prize. Kena ask around la kat mana nak print gambar yang harga berpatutan tapi hasilnya memuaskan hati.
Luar tajuk pulak aku ni. Kata nak cerita sambungan percutian ke Perth kan kan kan. Layannn.
Kami kan touch down tengah hari camtu. Pastu had a quick lunch kat lcct tu terus ambik taxi balik ke rumah. Tak sempat rehat kena kemas barang...pastu Fid lak basuh baju sikit...kena packing untuk balik Kampung pulak for Raya Korban. Perancangan awal ialah ke Puchong rumah Kakak Fid bermalam kat sana. Kakak dia siap buat bbq malam tu.
Sementara tunggu bbq di masak..lepak lepak dulu.
Kak ngah Fid dah siapkan rendang kerang, tempoyak dan macam macam lagi makanan. Kalau ikut tekak memang nak melantak tak hingat punya tapi badan tak larat...kepenatan yang amat.
Zara pulak mengamuk...dok nak kena dukung aje sebab dia pun kepenatan. Moral of the story 2...kalau lepas balik dari travel...jangan ghairah sangat nak buat plan apa apa...rehat sehari dua recharge battery.
Masa ni Zara on off on off merengek.
Tu dia...anak buah Fid menyiapkan bbq.
Abang Ngah jadi masterchef.
Tu diaaa...meletops.
Aku lepas makan je terus flat. Tidur dengan perut kekenyangan. Food semua superb...makan macam dah beberapa hari tak jumpa nasi. Kah kah kah.
Ini keesokan paginya...pagi raya...Ej and Mira menyiapkan hidangan. Potong lemang dan nasi impit.
Bangun pagi je...Zara dah ok...dah boleh senyum ketawa semua...badan dia dah tak letih dia ok la. Bermanja dengan Baba la konon nya tu.
Zara bercerita kat Atuk dia pasal Kangaroo dengan Wombat. Koala dia tak cerita sebab masa kat tempat Koala, Zara sibuk tidur.
Ok Ok...berita fahammm...tak payah cakap...dah tahu dah....yang baju kuning telur tu cam Mat Salleh dari Australia. Apakah? lariiiiiiiiiiiiiiiii
Malas nak karang ayat masuk lif sendiri tekan naik...kang muntah belahak Ejin dengan Liz. kah kah kah.
Kesian Raya Korban kan...selalu takde consept warna sedondon. Kenapa ek??
Yang ni selepas balik dari solat sunat Raya Korban...posing time...pastu makan makan dan makan lagi.
Guys only dengan Zaral. Atuk dah pegang Zara tak nak lepas dah.
Fid and her Kak Ngah.
Ej said dia tak suka pakai baju ultroman dia ni sebab tak dapat pegang Zara...batu sana sini...rimas Zara nak berpaut kalau Ej dukung dia. Lepas tengah hari...balik ke PD. Mulanya ingat nak bertolak awal singgah umah Nuarlin makan nasi dagang...sms kat Nuarlin takde reply...memasing sibuk melapah lembu korban...so kami pun terus aje ke PD. Sampai dah petang.
Esoknya lunch time gi umah abang aku...anak anak buah aku buat surprise makan makan untuk celebrate Birthday Abang aku dan Kakak Ipar aku...together sekali dengan anniversary. All fall in November.
Potong cake anniversary merangkap birthday cake. Makan makan dan makan...anak buah aku order nasi tomato. Masa lepak lepak tu lupa lak yang kena drive balik KL sebab esoknya dah kerja. Masa tu mood melancong tak switch lagi. Berangan kat London kot. Kah kah kah. Berapa gelen la agaknya Liz dengan Ejin dok muntah ni.