Tuesday, July 31, 2012

Sushi for Iftar

OK...next...ghairah dgn food bulan puasa ni gini lah jadi nya..there was this Ustaz cakap, we should call Ramadan as Bulan Beribadah...then tak lah concentrate on puasa saja ..and bila puasa ingat food memanjang....semoga Allah memberi kita hidayah...ngeeeeeeeeeee.
Last weekend kebetulan pergi Carrefour, I bought ebiko roe. Thus, last Sunday we had Sushi for berbuka or iftar.
Recipe dulu dah bagi... here -how to make Sushi
senang sgt lah buat sushi ni...tapi pejam mata tak leh jugak lah...kena buka..eh.



Since kita masak for iftar seawal minute pertama which is at around 12--minggu ni ok sikit...the week before balik pasar terus masak...malas lah nak tunggu petang...kang tengah sedap lepak kena masak pulak...lagi lah akak ni MINAT sangat kan bab masak ni...--since awal sgt i just buat kelonsong kosong with only the rice.

Anyway, I have to admit that I love spending time cooking with Duan in the kitchen. I think it is a good family activity...it creates bonding ...and loves floating in the air...
 Ni our favourite filling...egg mayo, tuna mayo , crab meat mayo and ebiko roe.
 Tu dah siap tinggal kan a few still kosong so that orang boleh letak sendiri what they like...

 It didnt stop there...ada jugak mee goreng mamak...Duan buat siap ada kacang ...tak ke impressive tu...kalau tunggu kita mmg tak de lah gitu gaya...buat mee goreng bodoh aje.
 Kita buat jugak soup daging--makan dgn mee or nasi...sedap sangat..ni  ...jadi kerja lah blogging on food bulan puasa ni...erghhhhhhhhhh
Dessert nya...honey dew sweet ...selalu dok makan kat Swan aje...kebetulan jumpa honey dew then kita try lah...bila buat sendiri tu mula tamak haloba mcm tak cukup cukup...Duan kata buat a quarter aje...ehhh tak de nak half of the melon jugak...penyudah nya...penuh honey dew...yummylicious ni

Sodih ke idak tengok muka Mat Dib tu...awal siang ceria bukan main kan...dah dekat buka...itu jadi nya..kurus dia bulan puasa ni...kepala aje besar...

Monday, July 30, 2012

PAVLOVA

Kadang kadang biler kita mencari sesuatu barang tu...susah sangat nak ketemu benda yang kita dok cari tu. Kadang kadang pulak biler kita tak mencari sangat...senang pulak jumpa and kita jumpa secara tak di sangka sangka.

Macam tadi aku gi cari baju untuk raya. Warna nak sedondon la kononkan. Jumpa la sehelai dua yang berkenan...senang je. Pastu g Toy R us lak cari bag untuk letak barang barang Zara macam botol susu, pampers, baju, air segala barang la. Easily jugak jumpa yang size besar. Dulu jenuh cari tapi takde yang size besar dapat yang kecik je. Kira happy la and fruitful sungguh trip aku ke KLCC. It did not end there...rupanya aku terjumpa benda yang di cari cari selama ini secara tak sengaja. Happyy sokmo.

Lepas tu lalu kat Harrods ada tanda sales. Kawan aku tanya nak masuk ke...aku kata ok jugak...sebab aku nak beli Darjeeling tea. Sales Assistant siap introduce kan the latest premium tea sempena ulang tahun Queen...Darjeling tea 90% rose bud 10%...dia kata the latest premium tea...setin kecik Rm100 plus. Terkedu mendengarnya.  Aku beli Darjeeling tea yang biasa biasa in teabag tu aje. Ni sambil menaip layan tea...sedap bangat.

Pastu aku suruh kawan aku tgk kat dessert bar ada tak red velvet cupcakes...tak ada la pulak. Frust tertonggeng. ha ha ha. Sales Assistant kata tak tetap...kadang ada kadang tak. Ikut suka chef dia la nak masak apa kot. Sekali tanpa di sangka...atas dessert bar tu aku terperasan Meringue. Aku tanya itu perhiasan atau untuk di jual. Sales Assistant kata jual...aku dengan happynya terus beli. Kawan aku pun terkena jugak virus Pavlova...dia pun beli 1. LOL. Puas mencari ready made Meringue ni...now I know rupanya kat Harrods ada jual...legaaaa.

Terus roger roger Fid kata aku beli meringue...dia kata dia akan belikan the fruits and whipped cream.

Buah buahan segar hasil tangkapan Fid kat jusco.
Gini la ngopenya Meringue...the inside is very soft macam kapas. This is rose flavour...lagi sedap dari yang beli kat Tesco London.
pecah pecahkan Meringue tu dan gaul dengan buah buahan segar. All sort of berries. Kalau takde berries...guna peach dalam tin aje...tos kan airnya.
Letak whipped cream...Da bomb...masalahnya suasana gelap...gambar sumer suram aje.
Sampai cair whipped cream sebab dok sibuk cari spot nak snap photo.
Taraaaaa...makan sikit sikit...enjoy every bite. Meriguenya memang terbaek la. Highly recommended. Layannnn.

Pot Luck in Pekan

Am taking a break from work for about 30 minutes ya..today is the 10th day of ramadan..20 hari lagi  raya...walaweeiii kejap aje ekk...This is my first food entry for this Ramadan..ada 3 occassions nak update ni ha..ha..kemaruk sgt lah kan?
Ok last saturday we went back to Pekan for pot luck..My SIL called and said this year pot luck lah tak payah pergi hotel...kita setuju aje..dgn budak kecik2 mmg convenient at home. Each family is required to bring one dessert and one main course...there are 8 families all together adik beradik plus makcik so you can imagine how melimpah ruah the food was...

From us Fettucini and Pasta with Cabonara and Seafood Napolitana (aku rasa lah--it is tomato and campur seligai benda)-- mmg awesome ---tak de lah masuk Pergo cabonara atau yg sewaktu dgn nya...semua asli.
Next masterchef Duan kena masuk lah aku rasa...tapi assistant chef tak leh ikut camno tu??? he..he..
 Then nasi goreng ...tak tahu Cina ke Melayu....ada carrots and all should be cina kot..
 Next mee bandung...ehh...mee bandung ada tahu ke?...kita tak berapa nak minat mee bandung so tak erti jugak....yg atas kuah nya the bottom bahan 2 nya

Pas tu ada jugak mee soup daging...dan bahan bahan nya...tolak lah agar agar tu..
 Next ...Laksa Pahang --- fendi jangan tanya bila nak bagi engkau makan ni...
 Last sekali macaroni bakar --- banyak noh masa;lah technical macaroni ni avon meletop lah tapi rasanya sedap....
Now masuk bab dessert pulak...
Yang belah kiri tu bukan dessert lah...those are ayam percik and murtabak..gambar satay hilang--it is to teh right of the ayam percik....murtabak tu yg the ever femes murtabak in Pekan...mmg sedap cangat.
We also had wantan...caramel pudding...pudding pisang

Ada jugak tepung gomak....kita tak rasa pun sebab kenyang sgt...tengok ni menyesal dah...MIL buat mmg sedap ...MIl actually buat a few dessert lah...rajin sungguh ....bukan order ok..
Agar agar santan....then dalam bekas dadih tu was the Talam Ubi ...yg aku dah war war kan lebih sepurnaa ha..ha......akak makan setengah bekas aje...then terlupa nak tapau....haiyoooo....geram betul...

 Lagi sekali pudding pisang diraja...yg tadi presentation kureng sikit kan yg ni nampak lah ke-raja-an nya...
aku tak reti2 buat ni ...nanti lah kita belajar buat kali ke 44...
 then...popia....then dalam bekas depan my talam ubi tu...pudding lychee...dan tembikai lah...

Last but not least...kita memanjat kan kesyukuran kepada Allah SWT....for all the daily good food on our table ...untuk segala limpah dan kurnia Nya...pertalian persaudaraan yg terjalin...dan segala gala...nya...there is ayat Quran yg menyebut...Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Sunday, July 29, 2012

Mi Tarik

Hello hello...puasa baru 10 hari...semangat blogger sumer dah menurun balik ke? Ha ha ha. Dah haus blog ni takde posting baru. Aku takde benda nak buat so aku buat la posting ni kejap. Cerita aktiviti Fenfid seharian today.

Pagi tadi kami ke Gulatis kat Ampang Point...beli kain...pastu terus ke Nilai hantar kain dan barang barang kakak aku. Hari tu kami guna masa kenduri. Lepas lepak borak borak kami ke Alamanda. Ramainya orang tengah seronok bershopping. Susah nak tolak stroller sebab asyik berlaga dengan orang ramai. Yang kat area toys pulak bising dengan budak budak menjerit..ada yang menangis. Parents sibuk nak shopping baju..anak anak nak toys.

Sampai sakit sakit kaki jugak la  berjalan kat situ. Dapat jugak la barang barang yang di cari...especially baju dan kasut untuk EJ. Seronok la dia dapat baju dengan kasut baru. Bersemangat nak beraya.

Biler dah petang takut jalan jammed kami bertolak untuk balik ke Keramat. Singgah kat sungai besi untuk tapau Mi Tarik Warisan Asli. Ada member kat office recommend suruh try. Sempat jugak la aku call dia tadi mintak direction. Tapi dia tak boleh nak advice Masakan mi yang mana paling sedap sebab dia tak ingat since nama kat menu sumer in chinese. Restoran ni ownernya Chinese Muslim. Aku tanya kat waiter je which menu yang popular. Jom layan.
Mi goreng. Kuahnya dah tersejat.
Mi sup yang tak pedas
Mi sup pedas
Toothpicks lamb.

Dalam banyak banyak tu...yang toothpicks lamb je aku boleh recommend. Yang lain so so aje. Tapi mi tarik ni kenyal dan sedap...takde rasa kapur sangat. Cuma kuah kuah or cara masakan tu kena la try ikut tekak masing masing sebab ada banyak menu...tak tahu nak pilih yang mana satu. Bosannya esok dah kena kerja. GGG.

Friday, July 27, 2012

KETAM

Peribahasa mengatakan jangan menjadi seperti ketam...cuba mengajar anaknya berjalan lurus sedang kan dia sendiri berjalan senget. Maknanya...lebih elok makan ketam tu dari nko tengok dia berjalan senget senget. Ape ke he kan menengok ketam berjalan. Lebih baik order ketam masak Lok Chi pastu makan dengan roti pusing tu kan. Satanemmmm.
Hari ni chef pencen jap sebab malam ni ada plan nak bersahur kat luar...so tak payah la masak masak. Nanti tak termakan. Ej kata nak makan ketam...layan...aku drive naik bukit Antarabangsa semata mata untuk tapau ketam Lok Chi yang sedap menyengat ni aje. Jalan jammed sikit...takpe...redah jee. Hari tu masa bawak barbarian makan...aku batuk...masuk makanan aje batuk...hari ni aku lepas geram...roti tu aku sorang je makan. La la la.
Aku beli sate jugak sebab FIL and Fid suka makan sate. Ej makan nasi impit dengan kuah kacang aje. Aku makan 3 cucuk aje...pastu tak leh masuk dah. Sebab tu aku makan ketam dan roti pusing tu aje. Buat alas perut. Nasi pun tak makan. Nanti masa sahur baru makan nasi. Kita sahur dengan nasi kandaq hari ni.

Orang dulu dulu kata kalau pakai susuk tak boleh makan sate...nanti tertanggal susuk terus muka tak cantik dah. Agaknya sebab tu aku tak leh makan sate sangat kot takut susuk asli tertanggal...nanti kureng hensem kot. Apakah? Logic ke tak makan sate sebab takut tak hensem? kah kah kah.

Petang tadi ada a good fren of mine hantar whatapp kata "at this hour last year I was crying silently at 1 corner at the ER while waiting for my wife fighting for her life to deliver our premature twins. Today our twins is 1 year old". Sedih kan...pastu gembira...sebab they had gone through the bad times and Alhamdulillah twins to sihat sekarang.

Pastu sampai je kat umah ada taxi masuk...sekali neighbour aku terus meluru ke taxi tu...keluar this one girl and they hug sambil nangis nangis. Kisahnya that girl tu aku dengan fid memang kenal sangat. She was sent to her kampung kat Indon sebab dah nak masuk sekolah...and after 2 years and a half dia datang KL for cuti and sambut raya kat sini. Dah besar dah budak tu. Sedih tengok live drama tu. Aku tak jumpa anak anak seminggu dah sewel...they have not seen each other for 2 years. Perjalanan hidup kita berbeza kan. Ada suka ada duka. Ada yang dapat makan ketam ada yang tengok je la gambar kat FB biler aku tag dia. LOL.
OK lah...aku nak bersiap nak keluar sahur nanti. Layannn.

Thursday, July 26, 2012

Resepi Sotong goreng Oat

Ok...Untuk resepi seterusnya...Sotong Goreng OAT. Permintaan Barbarian Kuching jugak...kiter tengok biler dia nak masak juadah ni. LOL.
Dalam kehidupan ni kita kena ada angan angan. Biler kita berangan angan tu...kita kena sematkan keazaman dan berusaha bersungguh sungguh demi merealisasikan angan angan kita tu kan. Yang paling mustahak kita kena mengamalkan sikap bersederhana. Walaupun setakat angan angan...kita jangan keterlaluan. Sebab kalau over angan angan...akhirnya kita jadi Mat Jenin. Apa yang kita angan angan kan tu...kita tak dapat capai. Aku masih berangan angan untuk berposing kat sini bersama Fid, Ej and Zara. Aku pasti...perasaan itu tak tersurat dengan kata kata. Tapi akan melahirkan satu kepuasan yang abadi yang lebih bernilai dari harta benda.

Mukadimah tak leh blah...padahal aku nak cerita camne nak buat Sotong goreng Oat. Layannn.
Sangat rangup...sangat sedap...superb.

Yang bestkan resepi ni takde sukatan. Ikut suka nko la nak masak sotong berapa kilo kan. Potong sotong tu bulat bulat. Untuk menggoreng sotong tu supaya rangup...campurkan tepung beras dengan tepung gandung sama banyak. ie satu sudu tepung beras campur satu sudu tepung gandum. Celup sotong tu dalam telur yang sudah di tambah garam dan golekkan kat tepung campuran tu dan goreng garing. Toskan minyak.

pastu panaskan butter...banyak mana butter nak pakai bergantung banyak mana sotong tu la. Kalau kering...tambah je butter lagi. Lepas butter dah cair masukkan cili api dan daun kari ikut suka berapa banyak nak. Masukkan oat. Kalau sotong banyak...oat pun banyak la....bila dah garing campurkan sotong yang dah di goreng tu. Kalau kering masuk kan butter sikit lagi...kacau sampai sebati. Siap.

Actually masak macam ni tak payah nak sukat sukat sangat..Macam butter tu startkan dengan satu sudu dulu...tak cukup tambah lagi sikit sikit. Same goes with tepung tu. Campurkan dulu satu atau dua sudu tepung. Tak cukup tambah lagi satu sudu each tepung.
If you compare both picture kat Tower Bridge ni...you will agree why people say...Langit tak selalu cerah...sebab kehidupan kiter ada ups and downs. Janganlah kita cepat mengalah biler apa yang kita angankan tu macam susah nak tergapai...kita kena terus cekal dan tawakal. Kalau kita ada frens and family yang support kita bersyukurlah....sebab support tu is very important  to keep us stand strong and walk through masa masa susah. In reality...many frens masa kita senang aje. Tapi yang nak menemani kita di kala kita susah...boleh bilang dengan jari. Renung renung kan...dan selamat beramal...Apakah?

Resepi Puding Jagung

Di atas permintaan ramai especially Barbarian Kuching...makanya Masterchef Fen dengan berbesar hari buat posting ni. Jangan tak cuba sudah. Penat je aku menaip resepi Puding Jagung kat sini.
Sebenarnya biler cuaca panas di musim bunga ni...memang menyegarkan kalau kita bercanda kat taman taman. Selain menyegarkan fikiran...happy je layan bunga bunga tulip yang ceria ceria ni. Apakah? Ceria kan hati kita di taman yang indah indah ni.
Walaupun berpuasa, kita kenalah beriadah jugak kan. At least brisk walking bagi badan segar sikit. Puasa puasa ni mana boleh malas malas. Ok tak mukadimah aku sebelum bagi resepi puding kat korang ni? Layannnn.
Kalau sesapa tak tahu camne rupa puding jagung...tak dapek la den nak kato. Yang pasti dulu aku tak suka puding jagung sebab sokmo keras. Tapi biler Fid buat ikut resepi arwah MIL...lembut dan sedap. Terus suka...tapi suka yang Fid buat je la. Orang lain buat aku tak suka. Sebab tak jumpa lagi yang sesedap yang Fid buat *** kena puji sikit sebab nak mintak dia belikan Samsing S3 or Iphone 4s ***

Kalau tak caya...cuba buat guna resepi ni. Mesti meletops...unless tangan tak berbedung...tak dapek den nak tolong. kah kah kah.

Tepung kastard kan ada yang jual dalam tin. So tin tu la yang di jadikan sebagai acuan untuk sukatan santan dan gula. Kalau korang takde tin tu...pastu nak guna mangkuk ke cawan ke...aku tak jamin la jadi ke tak. Aku tak pandai masak benda ni. Aku makan je. LOL.

Bahan Bahan
1 tin tepung kastard
4 tin santan pekat. Lagi pekat lagi bagus
1 tin gula
1 tin jagung
2 helai daun pandan.

Cara Memasak
Semua benda tu di campur dan di gaul sebati sampai takde ketul ketul. Panaskan di atas api dan sentiasa kacau. Api sederhana besar. Bila dah pekat...kecilkan api dan terus kacau sampai jadi kental/sticky. Tutup api dan masukkan ke dalam loyang. Potong biler sejuk.

Kan senang je...kalau malas..beli je kat kopitiam. Ada jual kot.

Tips :- 1) Santan kena pekat...tak boleh cair..nanti tak sedap dan tak jadi
           2) Kalau jagung tu tak berapa manis..boleh tambahkan quantity gula tu.
           3) Jangan malas kacau masa masak.

Kalau ikut tips ni...mesti sedap meletops.

Pastu kalau puding jagung korang tak sama warna macam bunga tulips ni...aku cuma boleh tumpang simpati aje la. Susah susah...nko call la Fid mintak dia buatkan. Lariiiii.

Life of Compromise

I think it is not basi yet for me to post here the wedding of Duan's PA, Qay Qay or Hidayah...I am wishing both the newly wed...Selamat Pengantin BAru...still very much baru berdenting honeymooning at about 2 months of marriage...kalau fendifid dah berkurun dah...tak kuase nak pandang pasangan remaja lah sangat  tu ha..ha..ha..

I think the dress of the bride is quite simple but gorgeous. Some may have the opinion that these days our pengantin hardly wear our traditional costume like songket which tags along our identity ...but this is 21st century people...tolong lah ha..ha..ha..yg penting gambar cantik..tak berpeluh ketiak ha..ha..ha.

See...my family ikut theme....the clothing of my baju kurung was boughtin Bandung...again...he..he an dthe tudung was from the KLCC boutique..it like tudung SITI serkup....the bag...cer teka..ha..ha..ha..tak kuase kan?

The hall was all wrapped in red and white...
Know what this girl actually sang for his groom..I think that was so cool and romantic right?...
during my time, i was speechless being asked "how do u feel?"..and Duan did all the talking..punya lah!

Once again I put my wedding pic...songket tu...and the kasut also the very the traditionalist kan? Pakai sekali tu aje.

Ahh...last weekend Duan told me that my name LIZ means compromise...or cooperative...he said that is not good coz i may end up Give in too much in dealing with people...being bullied in other words---...his concern is well noted...
I dont know where he got it from...when i googled for Liz ..i found God's promise-Oath of God- God's vow--it is hebrew .....ya kot..oath of god must be compromising and very much cooperative etc..
To relate with Life of Copromise aka Marriage ---- isnt that character is top of the pop for life of compromise? he..he..he..so i cpould be very successful in marriage huh ..insyallah..I do think we need to compromise a lot in marriage -- it is no more about you but it is all about US...got to move as a team.  Before marriage , there was only LOVE...but after marriage there are THOUSANDS of other things...at top of the list i think in today's world is MONEY...

There are people I know that forever complaining about money..u pay what i pay what..this is mine and that is also mine..endless...that is scary...and yet you live under one roof. Also if you keep thinking that the other party should start first in the dealings then I think you bound to have problems -both parties cant be pulling the rope or the rope will putus.So compromise is the answer and of course doa..
Perhaps it is easier for me to say, because of the life that i have... which does not match the kind of turmoil that those people is experiencing--Thus I also believe compromise to an extend...who is going to help us if not our own self --we cant be choosing to be a victim all the time...so compromise and being bullied is 2 different things...be careful!

As a muslim I also think we should fall back to guidance given in the Quran and Sunah...I have been reading a lot on Rasulullah SWT and learn a lot from it...also from the marriage that Rasullullah SWT had with Khadijah. that is the kind love story we should memorise. It has everything from love, money, trust , responsibility etc..The main thing in marriage , I think is being responsible..i.e undersatnding our responsibility..then others would fill in its place nicely.

Also another thing woman should undersatnd their rights...as an example,  Nusyuz....it is always being associated to woman keluar rumah and all that ...but in actual fact suami can be claimed Nusyuz as well. I know this recently from my reading. Selalu dengar org cakap aje...so dengar can , but do dig for more information...i.e. reads!

Actually what Duan told me lingers in my mind for a few days...thinking how bad is it my name can bring to my wellbeing...and at the end I conclude that it bring more good in my life this far...be it in my family life, my working and my dealings with people.So please call me LIZ still, people!

Wednesday, July 25, 2012

Bazar Ramadan

Bertuah sesapa yang tinggal di area Keramat sebab ada banyak Bazar Ramadan. Pilih je la yang mana satu nak di tuju. Since Fid masak kat rumah aku cuma perlu mencari kueh mueh. Semalam dah ke Param Dato Keramat. Kueh mueh sedap sedap. So hari ni decided ke Param AU2 Keramat. Hasilnya sungguh mengecewakan sebab banyak jual lauk pauk aje. Kueh mueh tak banyak pilihan.
Cuaca pulak panas sekarang ni. Masa kat Param dengan cahaya matahari memancar terus ke lauk pauk...takut cepat basi je makanan semua. Penat penat kita menjamu mata dengan panorama indah sementara menapak ke Param. Nko Ader?
Kadang kadang kalau banyak sangat pilihan pun susah jugak sebab rambang mata di buatnya. Hari ni kueh mueh yang aku beli sedih sedih...tak sedap. Esok kena ke Param  yang lain pulak untuk mencari kueh mueh. Penat penat kita lepak kat kerusi dulu. Kalau kat Param Dato Keramat...sana sini orang jual roti bom, murtabak dan roti john. Kat Param AU2 Keramat banyak lauk pauk kampung.
Fid sangat rajin biler bulan puasa ni. Hari ni macam macam dia masak. Kenyang makan. Tapi takde la sampai tahap membazir. Yang ni telur bungkus. Fid siapkan filling dia...pastu masterchef Fen mencemar duli masuk dapur masak telur untuk bungkus inti tu. Cun melecun je rupa telur bungkus ni. Memang terror chef Fen.

Fid punya signature dessert. Pudding jagung yang superb. Terkenal kat lorong rumah ni. LOL. Makcik yang used to duduk sebelah rumah ni dulu peminat no 1 puding jagung yang Fid buat ni. Selalu dia puji sedap dan lembut. Korang pernah rasa tak? Tak pernah kalu...rugi rugi. Resepi turun temurun arwah MIL.

Yang ni pulak namanya Rendang Tok. Aku beli kat Param Jalan TAR. Tujuan utamanya ialah untuk makan masa bersahur. Masa sahur mana lalu nak makan masak lemak ke kari ke kan. Kena kering kering macam rendang dan sambal ikan bilis...baru boleh layan. Teringin nak makan rendang Rembau. Susah nak cari. Rendang tok senang ...merata rata ada jual.
Tom Yam campur. Fid dah jumpa tom yam pes yang sedap bangat. Warna tom yam ni menarik sebenarnya tapi sebab ambik gambar guna BB. faham faham je lah hasilnya. Sedap hirup hirup sup tom yam ni masa panas panas.
Lemon Chicken. Sedap macam makan kat kedai.  Resepi google je kat internet. First time fid try terus jadi. Senang jugak nak buat katanya.  Meriah dengan makanan. Kueh mueh je sedey.

Tak tahu la lepas puasa nanti turun berat ke tambah berat. Tapi sebab cuaca panas...asyik dahaga je kan. Kena banyak minum air. Biler dah baik batuk ni...asyik minum ais je la aku. LOL.