Semalam kami ramai ramai ke Nilai untuk berbuka puasa kat rumah kakak aku. Sampai sana dalam kol 6petang...masuk je rumah kakak aku bau cookies semerbak harum. Perut yang lapar lagi lapar di buatnya. Ej dah bising tak sabar nak makan cookies...lebih lebih lagi biler dia tengok sana sini kat rumah tu ada balang kueh.
Kakak aku masa tu tengah bertungkus lumus untuk siapkan order ada orang nak datang ambik malam tu. Ni baru separuh dari yang di order.
Ada orang minat bentuk strawberry ni..layan...pada aku sama je...masuk mulut hancur semua. yang penting tepung kena sedap...lembut dan inti kena sedap.
Yang dah siap di masak tunggu untuk sejuk sebelum di masuk kan ke dalam balang. Sebenarnya kakak aku all this while ambik upah jahit baju kurung...entah macam mana neighbour dia yang berniaga kueh raya tak specialise dengan kueh tart. So dia offer kakak aku untuk buat kueh tart untuk di jual ke satu kedai cake kat Nilai. Dia sendiri siapkan cookies lain. Sebelum kedai cake tu setuju untuk ambil kena bagi sample untuk rasa...syukur kueh tart kakak aku menepati piawaian kedai cake tu...so bermula la business kueh tart kakak aku ni. Untuk musim raya ni saja kakak aku kena siap kan 30 carton...and setiap carton ada 24 botol macam gambar tadi.
Biler dah confirm aje kedai cake tu nak banyak stok...kakak aku beli oven besar ni...sekali bakar boleh dapat beberapa balang...so cepat la sikit nak siapkan. Kalau tak 24 jam tunggu oven je nanti...membakar cookies tu. LOL.
Mesin uli tepung ni pun kena beli yang giant size macam ni...tak kan nak uli guna tangan kan...body builder pun boleh surrender kalau kena uli tepung untuk berbalang balang kueh.
Untuk menjaga mutu...kakak aku pakai buttercup...takde campur dengan marjerin jenis lain...esp yang murah murah tu kan. Quality kena mantain.
Dah terlanjur ke Nilai...kakak aku bagi terus kueh tart yang Fid order dari dia. Lepas berbuka tadi...Ej terus buka satu balang...dah selesai satu layer...anggaran 10 ketul...rasanya tak sempat raya habis sebalang Ej sapu. Kueh samperit hari tu dah selesai sebalang. Aku tak tahu pun Ej suka makan cookies raya ni.
Kalau sesapa nak order kueh tart sila contact terus kakak aku ye (kak Ila :- 019 6599243...sebalang ada 50 biji RM25)......jangan lak contact aku sebab aku tak terlibat dengan kueh tart. Aku cuma jual wrislet dan handbag coach saje...of course yang Original all the way from USA. Sesapa nak beli wrislet Coach boleh contact aku ye...He he he. Aku dah dapat agak apa Ejin dengan Kak Long nak comment. Ha ha ha.
2 comments:
sedap nampak tart ni and i love tart....tak tahu mak ana aku ni ada buat tart ke tidak.
sedap nyer ....aku tengah tunggu my order le nie .. every year, without fail, mesti ada tart nenas ...kalau aku dekat sah sah dah serbu kakak ngko LOL
Post a Comment