Sunday, October 31, 2010

aktiviti students

lama dah nak buat posting nie, tapi terbengkalai sebab busy ....since report aku abis petang tadi, maka malam nie and esok aku akan joli2 ..relax2 sket ...and biler belek2 folder gambar ternampak these photos ...taken masa hari students buat stalls jual barang2 utk kursus pembudayaan keusahawanan dorang ...aku pi ngan haslina and bemen ..to  giver our support :-)

macam2 diorang jual ...accessories like gelang, rantai etc pun ada ..aku beli 2 bangles - yang mutiara sabah tu ...but the rest yang aku beli adalah makanan ...LOL apa lagi kan ....


jual mekap pun ada :-)


nampak camera ajer, terus tersusun hehehe ...muka tetap ceria walaupun panas terik kat luar tu

diorang nie jual cendol kalau tak silap aku ...


diorang dok promote cupcakes ...cantekkk cupcakes tu ... nie dia close up nyer


gambar aku takde ..sebab mala nak ambik ..panas giler masa tu ....so aku ambik gambar org lain jer LOL ...

Bemen and Haslina ...masa nie stall nie dah tutup ..semua barang diorang dah abis dijual ...


yang bab2 jual menjual nie is part of their assignment ..kan nama pun kursus keusahawanan ..one of the kursus yang semua IPTA kat Malaysia ada ...so, markah tu bergantung ngan marketing style, profit etc etc lah ...nampak cam fun ...tapi panas tak tau nak kata  ...

Saturday, October 30, 2010

Harapan berkecai ...bagai letusan Gunung Merapi

aku lama tak update sebab aku sungguh moody 2-3 ari nie ...kecewa sebab holiday plan was ruined. my dad ada gak menaruh harapan akan dapat jugak pi, until this morning when ada 2nd letusan from the Mount of Fire ..then by noon plak Tourism Indonesia kuarkan notice about the closure of Borabudur Temple for at least one week ...and then pelajar malaysia kat area Yogya pun dah disuruh ready to be moved ...so, it really sink in ...punah harapan nak ke Yogya this coming friday ...

latest news yang aku baca...gunung tu baru start mengeluarkan lava (according to org hotel yang emel aku tu, night view lava tu sangat cantik ...can be see from laman kat hotel which is 30km south of Merapi)...and diorang pun tak pasti akan meletup lagi ke idak .... and according to jakartaglobe.com, diorang isytiharkan darurat kat situ dah ...yang aku heran, apasal lah MAS tak cancel2 lagi flight ke sana ...kalau tak cancel, burn lah duit aku huhuhuhu


(source: http://bigthink.com/ideas/24732)

Since dah sebulat suara kata we cannot go now, we all rescheduled jer to next year ...my dad kata no point pi sana now since takleh nak pi tengok Borabudur and the fact that we all pi untuk bersuka ria padahal org di tempat tu masih berduka ...before buat posting nie tadi, aku baru jer antar emel to hotel to cancel my room reservations. Hotel tu bagus, keep updating me with all news from sana ...and if i cancel now, i dont loose any money ...

tapi, aku mmg sedih ..tak terkata kesedihan ini ...tambah plak fendi jadi batu api dok cerita dia punya holiday plan ...aku terpaksa redha, nak buat camne ...bukan rezeki aku ....tapi apa sangatlah kesedihan aku jika dibandingkan dengan nasib org2 yang affected by this natural disaster kan ...apalah sangat kesedihan aku nie

(source: thejakartaglobe.com, 29th Oct 2010)

so, kalau aku meratap, meraung, kecewa tahap dewa pun tak akan mengubah anything,  but whatever pun, i tetap akan on leave as planned ..cuma destinasi jer tukar ...kalau aku hari2 pi mengadap ISetan pun takpe ...akak redha (or i will be nanti2 lah...) ...tapi tadi aku kata kat my dad, we should turn this holiday into culinary tour ...macam jalan2 cari makan ajer! sure dapat cover kesedihan ....bak kata fendi, makan kena mantap!

Friday, October 29, 2010

My Best Buddy

Hari ni I was busy tolong Fid jaga PA system. Buat rehearsal bagai. It was so Fun. The kids were just so adorables. Seronok tengok diorang bersemangat buat persembahan. Bile kena puji je...masing masing lagi bersungguh menari. Tengahari I took a break sebab nak kena fetch Ej from school. I reached the school early.



At 12.00 noon masa budak semua dok keluar dari sekolah. I saw ada sorang budak berpakaian pengawas bawa hadiah. Salah satunya patung chicky from KFC. Yang hampernya pulak ada kertas bernombor 1. Tak lama lepas tu sorang lagi budak bawa hadiah hamper with kertas bernombor 2. Masa tu dalam hati dok berkata kata...ohh..misha tak menang la gamaknya. Mesti memek muka frust nanti dia tunjuk kat aku. Dok fikir kena beli ice cream to cheer her up. Usually it works...Ej and Ice cream are close buddy.



5 minutes later, Misha pun turun. Surprisingly tangan dia penuh dengan hadiah. Memek muka dia berseri seri full of satisfaction. She was walking with pride dengan senyum meleret sampai ke telinga. Jalan pun cepat macam ghairah nak tunjuk kat aku dengan Fid her latest achievement. Rupanya the winner yang I saw earlier untuk darjah 5 dan 6. EJ won for darjah 4 punya category. Alhamdulillah...I am proud of her.



Tengok la memek muka dia...tak leh blah kan. Happy sesangat.
It shows clearly in this photo kan.



Actually, I am proud with Fid jugak sebab always support EJ punya interest. Kalau ikut kepala angin aku, tak merasa la EJ nak tunjuk bakat dia masuk contest semua ni. One or two weeks before her exam, EJ balik from school mintak permission nak buat essay tajuk "My Best Buddy" sebab nak masuk contest. Pastu dia dengan excitednya cerita kawan dia menang last year and dapat banyak hadiah. Aku masa tu dengan bengangnya terus cakap. No...jangan nak ngada. Exam lagi seminggu patutnya guna time untuk ulangkaji...bukan 2ndary stuff macam ni sumer. Bla bla bla aku bebel. Masa tu jugak EJ setiap hari dok mention hari bakat, dia nak masuk menari semua. Tu yang aku bengang sebab revision apa pun tak buat sibuk dengan benda sampingan semua ni. Ej was so upset and monyok for few hours.



Being EJ, one of her perangai...she is quite persistant. Few hours lepas tu...she came to me and said. Kalau lepas dia dah siap study semua, boleh tak dia buat essay tu? I straight away cakap Yes. She even question why I said No earlier. Kena la aku explain bagai pasal tugas utama dia as a student kena belajar. bla bla bla. Masa aku dok bebel earlier...memang ada rasa menyesal sebenarnya sebab terus shut down dia punya enthusiasm. Her frustration masa tu memang terserlah. Tapi memang terpaksa. Kalau tak nanti she will carry away dengan perangai dok spend too much time dengan benda benda 2ndary sedang kan homework, revision semua dia dok cincai buat. Tu yang aku nak elakkan sebenarnya. It is so difficult to be a parent in this millenium era kan kan kan. LOL.



The next daynya, after school Fid took EJ to Jusco beli paper yang cantik and few accessories macam labuci, rama-rama, beads, colourful strings dan lain lain. Malam tu jugak lepas siap revision, EJ buat essay pasal "my best buddy" dia...anak kawan aku yang sama sama pergi Bali and Singapore tu. Her name is Sabrina. Ej cerita sikit description about Sabrina, their trip to Bali and Singapore pastu both of them suka makan KFC etc. Lepas dah siap dia tunjuk kat Fid her Idea untuk decorate paper essay dia. Lepas tu dia rewrite balik her essay kat kertas cantik tu and siapkan deco macam yang dia plan. Too bad...we did not snap any photo of the essay.

All her hard word has paid off. Congrats to EJ.

Thursday, October 28, 2010

Ke hulu Ke hilir

Eventhough hari ni tak berlaku seperti di rancang...aku tetap had a good day. Puas ke sana ke mari. Balik "office" kejap kejap check email update apa yang patut...pastu zuss zazz keluar balik. Feeling feeling macam orang buat marketing pulak dok ke hulu ke hilir. Tapi ada jugak satu perkara yang tak best...nanti aku cerita later.

Started my day dengan teman kan Fid pi buat facial. I sent her to the centre then I went to Melawati. Before that, singgah dulu pekena nasi lemak ayam kampung goreng. Sambalnya a bit masam...terlebih asam jawa la tu. Aku memang kureng sikit kalau terlebih asam ni...tapi the chicken A+. Tempat ni kat Wangsa Maju. Tempat aku sesat dulu masa nak hantar Ejin balik. LOL.

Sempat tu ambik sotong sepotong. Sambal sotong taste better so aku layan sambal sotong tu je. Lepas tu pi Melawati bereskan segala mala urusan. Lepas Fid siap facial dia kami bergegas ke hotel De Palma. Attend kursus kahwin.
Bakal Pengantin.
Pasangan bakal pengantin. Kopi kat hotel sedap kan.
Apa kerja pulak ekk pi kursus kahwin? GGG. Saja lawak basi. Fid ada urusan kat situ...aku tukang sibuk je. Mencelah sana sini. Tapi omputih kata...moral support. Masa tengah sibuk berdiscusi tu Ej called twice bagi tahu dia dah habis sekolah. Bergegas la kami ke sekolah untuk fetch dia terus aku hantar Fid and EJ pi lunch. Aku kenyang lagi makan nasi lemak. Aku balik office jap check email Kak Long...dapat je contact number Pak Ismet aku call dia buat arrangement apa yang patut.
Lepas hantar Ej ke Sekolah Agama, Check movie schedule...takde yang sesuai...Fid decided nakke Ukay Perdana...urusan kerja dia lagi. Aku driver yang setia je menemani dia. Ayat tak leh bla kan kan kan. LOL.
Siap pesan kat Fid suruh cepat cepat sikit sebab aku nak singgah pekena Laksa Sarawak kat cafe own by Deja Moss.
Nama Cafe tu Hadeeja. Simple je menu..ada beberapa item je. Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa, Nasi dengan daging/ayam masak hitam, rojak buah, umai dan satu lagi dish yang aku tak tahu apa entah namanya. Makanan Sarawak la tapi.

Very simple arrangement and deco. Tapi selesa.

Actually main business dia jual cake lapis ni. Corak warna warni belang sana belang sini. Sebenarnyakan aku tak pernah rasa cake lapis yang corak menarik menarik tu. Pi Kuching twice aku beli cake lapis yang simple jual kat tepi kedai tu..yang ada asam masin bulat bulat tu je. Yang looks like cake betawi.

Fid ordered rojak buah.

Mine...Laksa Sarawak. Sedapppp...boleh di repeat. Kuahnya pekat. Cuma aku tak nampak hirisan ayam dalam laksa ni. Yang ada udang 2 ekor, togey dan telur dadar di hiris.

Pelik tak rojak ni? Yang hitam hitam tu ialah red bean. Fid tak suka. Tak pasti pulak memang style orang Sarawak letak red bean dalam rojak buah ke? Ejin tolong jawab.
Yang letihnya cafe ni very the slow ok untuk dapatkan makanan tu. Aku tak kisah menunggu sebab ada banyak bahan bacaan kat situ...masalahnya nak kena fetch EJ dari Sekolah Agama pulak. Makan laju laju....rasa pun mantap tak jadi nak marah...what sengepon betul.
Sampai kat Sekolah Ej memang ngam ngam budak baru keluar. Balik umah...lepak lebih kurang...dah kena keluar balik untuk ke Wangsa Walk...tengok movie cerita You Again. Seronok bangat cerita ni...gelak tak hingat punya. Lawak habis. Memang a good therapy la kalau tengah tension. Untuk aku yang busy sokmo ni memang ngam la layan movie macam ni.
Malamnya pulak ingat nak Dinner kat Italian Cone Pizza. Nak layan baked pasta la konon. Gigih drive pi Sri Rampai...sekali sampai sana tengok building je...Kedai tu dah tutup. Takde sambutan la tu. Pelik kan...food sedap sedap tapi tak dapat nak maintain business. Maybe location tak memberangsangkan la. Ni la cerita yang tak best tu...ICP tinggal kenangan.
Both of them ni frust tak dapat makan cone Pizza...Ej terus tidur...Fid layan nasi Lemak. Kah kah kah.

Aku layan mi goreng. Tak tahu la ICP kat Selayang Mall tu still beroperasi atau tak...tapi tempat tu memang way out dari coordinate JJCM aku.

Busykan...routine aku. Dulu kerja dalam office je...now kena ke hulu ke hilir. Fun Fun Fun. Takde letih...takde stress....yang rasa cuma Fun aje. Korang tak teringin ke kerja macam aku ni?? Layannnn.

Wednesday, October 27, 2010

At 172 Days = almost 25 weeks

hi guys...i am almost 25 weeks now i.e. 6 months 1 week

Last saturday had another monthly check up...first went to my gynae Dr Khaled ..just a normal check up and the doctor still doesnt want to confirm....then right after we went to the next door clinic, meeting another gynae..another old timer in Kuantan Dr Goh , just to have a go with his 4D ultrasound.
It worth every cents...it was so clear, you are able to see the brain so clearly and blood flows in and out the heart...awesome...the Dr was very thorough and friendly as well. It was so clear that the doctor just confirm there and then , that we are expecting a baby boy.....so a boy it's going to be...confirmed! I am not expecting or wishing for miracle to happen...am just as trilled!!...and i swear...nyanyi sikit....LOL:)

Here are the pictures, folks....nampak macam sapa tu?


The mouth toncong tu looks like Angah....but tengok the whole look more like Mat Dib...


Another breaking news was that my weight gain for the past 4 weeks was 6 kilos..at 58kg now ...i told you i felt fat and that's not in my imagination...it is real...muka dah macam pinggan...pulak spesis kepala besar...adooii...cam malas ajer tengok cermin...people are talking about pregnancy glow and what not...i just wonder if they are actually making up stories ajer...being nice to woman with big tummy wahahahaha....

I am also started to experiencing Braxton Hicks contractions occassionally--tighthening of uterus and abdomen from time to time, preparing your body for the real thing....and now...it's all coming back to me now---nyanyi sikit lagu Celine Dion----

ohh by the way, my sister Darling is now 10 weeks....she said she's having that sensitivity bug hitting her...sikit nak nangis...i laughed outloud...i am so over that phase...and she's another kepala besar punya spesis...cant wait to see how she looks like nanti...the chinese calendar said she's carrying a girl so perhaps she'll have that pregnancy glow kot ... Know what even Dzu, my SIL is carrying a girl...thus my little baby boy gonna be the "thorn among the roses" ...isnt that special.?...he..he..he..

Tuesday, October 26, 2010

Project YX

Petang tadi aku ada project YX pulak. Fid nak beli barang kat Ampang Point. Lepas fetch Ej from Sekolah Agama kami terus ke Ampang Park. Yang best tu...barang yang di cari tu cepat je dapat. Ej pulak dok nyanyi kata lapar...terus singgah kopitiam. We had asam laksa, mi kari and nasi lemak special. Semua sedap sedap belaka. Aku roger ajak Reen join sebab office dia kat situ je tapi dia MC lak hari ni.
Asam laksa nyonya style...yang famous kat Penang tu. Nampak tak isi ikannya? Yang di hiris hiris tu ialah timun tapi nampak macam mangga kan kan kan. Sedap bangat.
Ej actually ordered Nasi lemak special. Ada kari ayam dan sotong tapi sebab lapar sangat dia cukai asam laksa fid dulu.

Mine...nyonya curry laksa. Mantap...sedap bangat. Next time kalau datang sini lagi nak order ni jugak. Kuahnya berlemak dan sedap di hirup.

Sorang happy sebab barang di cari sudah ketemuan. Sorang lagi yang lapar dah dapat makanan yang sedap. EJ kata...bestnya...dah la tempat ni dekat...makanan semua sedap sedap...boleh datang lagi.

Sekarang ni kalau makanan tu sedap dan menepati citarasa EJ...jangan harap la kita nak share dengan dia. Dia habis makan semuanya. Kalau share pun end up kita tak kenyang. Apakah?

EJ ordered nasi lemak special. Patutnya ada curry ayam dan sambal sotong. Orang tu lupa nak letak sambal sotong. Tu yang sambal sotong tu came seperately. Sambal sotong ni ada daun limau purut. Sedap bau sambalnya.

Mewah dengan ikan bilis. Kat sambal tumis tu dah banyak ikan bilis..ada lagi ikan bilis goreng dan kacang. Lepas dah kenyang...masa nak balik jalan jammed. Since nak cari baju untuk Ej pakai masa hari Bakat...decided nak ke KLCC. Nak naik train orang ramai. Nak drive jalan pulak jammed. So end up nya jalan kaki. Macam pelancong lak rasanya masa menapak dari ampang park ke KLCC tu.

Feeling feeling macam pelancong. Kah kah kah. Masa naik jejantas rasa macam kat Hong Kong pulak. Nak bercuti...tak tahu nak kemana...check tiket semua dah mahal. Jalan bercuti kat KL je la...he he he.
Ejin lagi kesian...Jogjakarta dia tak pasti lagi kepergian atau di tunda. Hopefully jadi la trip tu kan.

Lepas dah pusing pusing kat Isetan dan Parkson...naik train balik ke Ampang Park. Roger roger nuarlin ajak mentosey...Nuarlin tak free. Kami singgah coffee bean je beli ice blended. Aku kan nak balas dendam sebab minggu lepas batuk tak dapat layan ice blended.
Malamnya...Nuarlin roger roger jadi pulak mentosey. Ni baru sampai umah terus buat posting.
Penat giler hari ni...sibuk dengan projects dan reports. What Sengepon betul. GGG.

Monday, October 25, 2010

Kecewa ...masihkah aku ada harapan????

Aku frustttttt ....tunggu punya tunggu punya tunggu ...ingatkan dapat ...rupanya ini yang berlaku ....aku dok menghitung hari ...

(photo from Utusan Malaysia, 25 Oct 2010)

Aku baru terbaca pasal Gunung Merapi dah kelihatan mengeluarkan asap tebal ....those yang tak tahu, Gunung Merapi adalah gunung berapi yang masih aktif, terletak di Jawa Tengah ...not far from Yogyakarta ...a place yang aku supposed to visit in 10 days time ...10 days ok!!!! In fact, one of the holiday plan is for us to go to Ketep Pass utk tengok Gunung Merapi ...ayoyoyoyo kalau begini jadi nyer, apalah ending holiday plan aku nie?????

dah le masa nak ke Bangkok aritu pun penuh drama ...what with the darurat etc etc ....now ini pulak ....ayoyoyo  i still cant believe my luck ...nak buat kerja pun dah tak lalu nie hua hua hua ...

Project XY

Happy Monday semua...I was so fresh to start the week. Berkobar kobar semangat. GGG
Macam boring nak makan nasi lemak for breakfast. So I went to Ampang Point area. Nak cari something for EJ tapi takde barang yang di cari tu. Pass by Gulatis...terus feeling feeling Deepavali. Sedar tak sedar I was there sitting in a restaurant with Nasi Banana Leave in front of me. Mantap.

Sungguh la menyelera kan...sehingga menjilat jari. Tapi I could not finished the food. Maybe sebab geng lunch aku takde. Makanan sedap pun rasa kureng. Kesian aku...hu hu hu. Dah la penat dok buat project and reports since morning. Time lunch, kena sorang sebab geng lunch aku takde. GGG.

Mulanya they gave me something yang looks like otak otak...macam dalam first photo tu tapi aku mintak swap dengan ikan goreng. Mantap...good decision. Masa tengah syok makan tu tetiba je ada orang jerit dalam restaurant tu...parking parking. Terkejut beruk di buatnya. Nasib baik aku tak tercekik tulang ikan or tulang ayam. Kisahnya ada auntie vogue sorang ni dok jerit suruh anak dia pi kat keta dia...ada orang nak saman since diorang tak masukkan coin parking. Nampak cam orang kaya tapi parking pun tak bayar. Pastu masa auntie tu nak bayar kan...dia siap tegur cashier tu cakap bakul sampah dia dah penuh. Sib baik auntie ni tak masuk dapur...kalau tak trauma terus owner restaurant ni.

Sekali sekala makan on banana leave ni memang ngam. Kat restaurant tu siap ada notes...no sharing the banana leave. Maybe sebab nasi free flow biasanya. Lepas ni kena sambung buat reports...Oh God...just half a day and I am extremely exhausted. What Sengepon.

Kimchi punya pasal

Aku snap photo ni dari paper hari ni. Mingguan Malaysia kalau tak silap aku. Aku teringat dulu Ejin ada kata dia suka bangat dengan KimChi ni. Kimchi ni di perbuat dari kobis panjang. La ni kat Korea tengah krisis sebab harga melambung from US4 dah jadi US14. Tak ingat harga tu untuk berapa banyak kuantitinya.Tapi kalau dah harga melambung macam tu, orang berpendapatan tinggi je la dapat makan kimchi ni.

Punya la mahal sampai restoran dah tak bagi free lagi kimchi ni. Dulu masa aku pi makan mi taiwan kat ampang point dapat free je sayur jeruk...adik beradik kimchi la tu.

Masalah kimchi ni lebih kurang sama la macam krisis gula kat negara kita. Stok kurang tapi permintaan tinggi. Malas aku nak ulas pasal ekonomi ni...terbayang bayang nanti betapa loyanya aku masa kat A level the first week time korang start belajar subject ekonomi...masing masing dok sebut makro la...micro la...muntah aku time tu...esp dengar orang berhujah subject ekonomi kat kedai makan bawah blok tu. Tak caya tanya Duan...kah kah kah.

Yang tergerak nak buat posting ni cuma nak pesan...sesapa rasa suka makan kimchi pi la beli kat supermarket buat stok...kot kot yang kat supermarket tu masih harga lama sebab stok lama.

Ini la bahana kalau kiter tak sayang bumi...macam macam bencana berlaku sampai tanaman sumer ranap. Pastu biler tak cukup bahan nak buat gula ke kimchi ke terus jadi masalah negara.
Apa apa pun aku sokong kata kata Reen...hidup biar sedap. Aku tambah...makan biar mantap. Layannn.

Sunday, October 24, 2010

Weekend di Kampung.

On Saturday petang...dalam hujan renyai renyai I drove balik PD. Singgah kat Mydin putrajaya beli barang barang. Sebelumnya dah pergi dah ke MyMydin kat Danau Kota, tapi MyMydin tu lebih kepada minimarket untuk barang barang basah. Stationaries section memang tak leh blah. Eraser pun takde. Terpaksa la singgah ke mydin Putrajaya.

Banyak sangat pilih pilih barang...terasa lapar la pulak. Singgah Old Timer Kopitiam kat Bangi. Fid and EJ teringin nak layan lempeng kelapa. Masa singgah tu pulak hujan renyai...memang ngam la layan kopi o, ubi kayu goreng, lempeng kelapa dan soto time hujan. Satanem.
Suruh Ej senyum...dia buat muka boring lak. Pastu gelak gelak.

Soto yang mantap. Aku siap tapau 3 bungkus bawa balik PD. Sedap soto ni. Memang di syorkan untuk peminat soto. Kat kopitiam ni kan, kalau order Soto dan Mi Sup korang akan dapat rasa perbezaannya yang ketara. Untuk Soto, kuahnya ada special taste yang aku tak tahu rempah apa. Itu yang specialnya Kopitiam ni.


Kebiasaannya kat tempat lain...kalau order je apa apa yang sewaktu dengan sup...habis semua rasa sama je. Diorang masak sup tu pukul rata. Itu la sup tulang, itu la mi sup, itu la soto itu la sup untuk nasi ayam itu la sup untuk bubur...very tak pi sekolah memasak punya cook.


Ubi goreng cicah sambal tumis ikan bilis. Sayang sekali sambal bilis tu manis. Dulu masa makan kat sini sambal tumisnya sangat mantap. Rasa very the klasik. I wish ada kotak untuk customer punya komen...sah sah aku akan komen...pls bring back the tasty sambal. Dulu pernah gak isi borang komen kat Chocolate Lounge...pls bring back the german strudel...tapi sampai la ni tak nampak bayang dah German Strudel tu. Wat sengepon betul.


Fid enjoying the best kopi o in town. Chewahhhh.


Aku share dengan Ej soto tu. Habis bihun dengan ayam EJ belasah. Tinggalkan aku nasi impit dengan begedil je.


Kalau la kat area keramat ni boleh dapat kopi o sedap macam ni...heaven. Lepas dah kenyang terus kan perjalanan ke PD. Banyak la pulak kereta. By the time sampai PD dah lapar balik makan soto yang aku tapau.


On Sunday, takde activiti masak masak. Kami semua pi ronda ronda kat town. Ej sibuk nak main ATV for kids.

Kuat ATV tu...adult pun boleh naik. Kalau kanak kanak tak pandai handle the ATV...bapak dia pun naik sekali.


Aku jemput anak sedara aku untuk layan ATV ni. Ada la Ej geng layan benda ni.



Bonda tercinta.


Masa mula main, ada ramai kids dok layan benda ni. On second session tinggal diorang bertiga je.


2 great women in my life.

Masa ni adik dengan kakak aku tak sampai lagi. Diorang datang in seperate car.








Lepas dah puas main ATV ni, kami lunch kat food court belakang The Store tu. Ada banyak kedai seafood. I ordered ikan jenahak 3 rasa, sotong, tom yam pok tek, udang goreng tepung, kailan ikan masin dan ayam goreng cili kering. Ok la makan kat situ. Sedap. Harga pun berpatutan. Lepas makan terus balik umah sebab Ej nak main roller blade dengan cousin dia. Mulanya plan nak ke pantai tapi terpaksa di cancel. Aku kena hantar anak sedara aku balik awal sebab abang aku nak keluar dengan anak anak dia. Aku paksa EJ main roller blade dia sampai puas sebab kalau kat KL nanti ruang untuk main kureng. Lepas dinner baik KL...jalan smooth je...lega.