Tuesday, October 19, 2010

Photo Lama

Masa kat tanjung Sedili Johor bulan lepas sementara nak tunggu acara Bersanding, kami ke pekannya. Kecik je pekan kat situ...sempat la berphoto session kat jetty kecik kat situ. Aku tak sure dah tepek ke belum photo ni sumer kat blog ni. Malas nak check balik entry lama...aku go ahead je la..buat posting ni.


Aku tengah rehat rehat ni...sebab siang tadi penat sangat bekerja. Pening kepala dok ingat kerja bertimbun, project dengan new system kat offfice ni...kah kah kah. Kak Long dgn Ejin mesti dah tahap loya dah ni..kah kah kah...ada aku kesah?

Tourist dari jauh...datang berkunjung.

Feeling feeling pelancong dari oversea.


Kaum kerabat aku.


Kalau tengok gambar back ground tu macam biasa biasa je...boat nelayan...kat mana mana pun banyak...tapi model tu yang buat gambar ni terserlah. What Sengepon? Orang tgk baju disney HK tu...mesti ingat pelancong ni dari Hong Kong. Layannn.


Ej and cousins dia. Ej ada ramai sangat cousins.


Shafique dengan Nenek dia.

Trademark wajib di kekalkan...biler buat posting je...hujung hujung...wajib ada gambar food. Kalau tak macam tak cukup seri je postings.


Bukan apa...tetiba je tekak ni teringin nak makan lemang dengan rendang rembau. Teringat ingat rendang power kat Sri Menanti...umah Ratu Posing aka Zana. Macam tak puas je makan lemang dan rendang masa raya hari tu.


Kita kat Malaysia ni bertuah biler bab bab makan ni...sebab macam macam kepandaian dan ke terror an masyarakat kat Malaysia ni mempelbagaikan makanan. Contoh macam gambar ni la...pulut dimasak dalam periuk kera ni. Klasik betul.


Lagi satu biler cakap bab pulut je...mesti teringat kan Nasi Dagang...biler mention nasi dagang...teringat pulak kat Ejin yang dok teringin nak makan nasi dagang.

Selalunya kalau pi ke gerai mak cik yang dekat dengan umah aku ni...kami beli nasi lemak or bihun dia...pastu EJ mesti ambik ayam masak merah makcik ni. Last weekend masa aku nak beli sarapan untuk kakak dan BIL aku...baru perasan makcik ni ada jual nasi dagang dan nasi berlauk. Kakak aku suka jugak nasi dagang tapi dengan lauk ayam. Yang ni gulai ikan tongkol. Fid dengan aku yang belasah the ikan...he he he...Satanemmm.

6 comments:

Liz Duan said...

jahat fendu kesian ejin....sabaq noh ejin!

sWeEtdARLiNG said...

aisehhh, kat dah ada jeti kat tanjung sedili tu kan...?

pakcik duk sana, sedili besar..


www.sw33tdarling.com

fendifid said...

The first thing EJin akan buat masa mai KL nanti ialah pi cari nasi dagang.

Jeti kat tanjung sedili tu tak digunakan lagi sebab dah ada Jambatan untuk ke Sedili Besar.

Ejin said...

Pandai ngko fend - mmg aku loya, pastu muntah terus baca kisah perasan abang ngah nie ...dah dah le tu!

biler masuk pulut tu - no hal, takde perasaan sebab kat sini berlambak ...then kejam nar bagi plak gambar nasi dagang ....so, ingat nie ...4th nie, please belikan nasi dagang sebungkus utk aku! WAJIP tau!!!!

fendifid said...

jangan kan sebungkus...aku bawak nko terus pi kedai nasi dagang ulik mayang...makan la sampai lebam.

tapi belanja kami dinner tak leh kat situ...kena belanja kat sini sini dan sini je...pilih mana berkenan.
1) Chillies
2) Tony Romas
3) VS
4) Bubba gumb

Ejin said...

your list tu semua ngam ngan selera aku kah kah kah .....kalau Chillies dekat ajer kan ...tapi Bubba Gump tu cun jugak ....and VS pun meletops ...camne nak choose *** mode tamak menguasai diri LOL