Sunday, July 25, 2010

Guna Laptop jugak terbaik

Lega dapat pegang laptop. Jenuh nak update guna BB tu. Macam ayam patuk je nak tekan huruf kat keypad yang comel tu. Memang tak sesuai la BB dengan jari jari macho aku ni. Now dapat keyboard...ha lega.

Yesterday once we reached PD around 4pm camtu. Aku kelaparan. Tengok lauk kat umah mak aku tak berapa mari terus keluar pintu belakang bagi salam kat orang sebelah...Assalammualaikum...bla bla bla. Terus dapat rendang ayam style negeri sembilan 1 mangkuk.

Masa tu...Fid dok sibuk cari aku tetiba je hilang...Sib baik dia tak buat style tarzan macam selalu dia panggil EJ. Lariiii. Lepas dah dapat lauk yang sedap itu terus je aku bersantap. Tetiba je yang lain lain pun sama join aku ambik nasi makan. Fid siap perli aku tak malu pi ngendeng lauk kat umah orang sebelah. Baru dia tahu...laki dia macho boleh dapat makanan takat bagi salam Assalamualaikum je. Agak agak korang...fid join aku makan sekali lauk rendang tu ke tak? Sementara korang nak cari jawapan...aku nak Gelak Guling Guling.

OK...ni aku tepek corak batik yang EJ canting semalam masa trip Da Vinci dia ke Craft Centre. She got Second place. Ada la beberapa hadiah dia dapat.
Sebelum pergi trip lagi EJ ada mention pasal canting batik ni. Dia kata kena touch brush tu jauh dari lukisan lilin tu sebab nanti colour tu akan spread out. Pastu masa nak guna dryer untuk keringkan the paint...kena jauh jauh takut lilin tu melt.
Barangan hadiah selepas dapat no 2. Lepas Fid fetch Ej from da vinci centre, diorang pi Secret recipe. Aku lak pi servis keta. Tu yang kelaparan once sampai PD sebab aku tak makan secret recipe. Apakah?
Malamnye lepas balik dari Pasar Malam...sibuk melayan Shafique ni bermain. Aku la yang kena buli. Biler dah penat aku terlelap terus. Pi Pasar malam beli Tau Fu Fa yang memang sejak kecik dok beli kat tempat yang sama. Rasa still sedap cuma air gulanya dah kurang manis. Guna dah mahal katanya.
Macam biasa biler tahu je VIP dari KL balik PD...abang dan adik aku pun bagi la hasil tangkapan laut diorang. Ikan Merah besar besar...plus ketam 4 ekor...sume sume fresh. Isi ketam tu pun banyak. Kakak aku masak sweat sour...sedap meletops. Setanding rasa kat Chan Abdullah. Korang terliur ke? Ketam ni tengahari keluar dari laut. Petangnye siap untuk di ratah oleh EJ sambil dia layan cartoon. Marvellous. Memang sesuai la kalau korang terliur. GGG

Ok...tu je nak cerita.

5 comments:

Ejin said...

sedap nyer ketam!!!!

Misha - batik tu cantekkkkk. Memang berseni lah anak ngko Fend - nasib baik tak ambik gene tak seni ngko :-)

Ejin said...

by the way aku suka gambar ngko, misha and shafique tu ....macam polar bear jatuh kena terkam kah kah kah

fendifid said...

sempat lagi memuji dua serampang nko tu...sambil puji...selit perli

Ejin said...

kah kah kah ...puji gaya pensyarah ...kena selitkan sket the good and the bad kah kah kah

Liz Duan said...

yes, batik misha tu cantikkkk...tak sia sia ayahanda hantar da vinci tu...