Baru Baru ni kami dengan Nuarlin dan Zam lepak lepak dinner kat Datok Keramat. Masa tu aku order pulut durian Thailand style tu yang ada santan. Pastu memasing cam tak puas makan durian. Semua dok nyanyi nak makan durian fresh yang baru gugur la konon. So segerombolan kami terus menuju ke Sri Rampai mencari durian.
Kami berkelah kat situ aje. Melayan durian macam macam jenis...pahit...manis semua ada. Yang takde musang king sebab dah habis sebelum kami sampai.
Peminat durian.
Few days back pulak selepas beli groceries, Fid ajak aku pergi ke kedai jual durian kat Sri Rampai tu. Rezeki rimau...bertimbun timbun Musang King.
Mula mula order 2 biji aje...pastu cam tak puas...order lagi 2 biji. Seller tu siap perli kami kuat makan durian sebab dia kata Musang King pahit...camne kami boleh layan sampai 4 biji. Padahal...manis bangat. Pastu kalau dah makan Musang King jangan la ngade gatal nak makan yang lower grade there and then. Baik tunggu beberapa jam dulu sebab gerenti tak sedap. Kami buka yang XO lepas tu rasa tawar padahal yang malam dengan Nuarlin tu rasa sedap aje. Terus bungkus bawak balik.
Semalam lepas guitar class EJ, kami singgah makan kat Mak Jah Mi Udang. Aku dah pernah makan kat sini. Fid and Ej baru first time makan kat sini.
Muka puas hati sebab tengok udang banjir dalam mangkuk. Selak udang baru nampak mi. Tu pun kami order yang biasa. Kalau order yang special udang lagi banyak dan besar. Kuah nya pun sedap.
Aku order mi goreng udang. Pun banyak udang...puas la makan. Tak payah nak drive jauh jauh gi kuala sepetang ke sungai dua ke kat Wangsa Maju je cukup. Ada branchnya.
4 comments:
you are so right , you have the musang king once and others rasa cam apa..we tried durian kampung ke hapa recently...dok terdiam aje durian dlm peti ais....finally buat gula durian makan dgn roti jala..
Sedapnya makan roti jala dengan kuah durian. Yummy yummy. Tak reti nak tebar roti jala la. Hu hu hu.
tak yah tebar lah buat cam pancake aje..
baru perasan ibu jari akak 2 orang tu kemain tegak lagi suka bangat ya
Memasing hantu durian. He he he.
Post a Comment