Saturday, February 16, 2013

Apa pun tak boleh.

Tetiba lak blog ni tidur. Semua busy la tu...Apo nak di kato. Aku tak busy...tapi takde photo nak buat posting. Dok blog hopping aje la...sekali terbaca satu entry yang menyentuh perasaan. Terus rasa sad....very very sad. Semoga orang orang itu terus tabah mengharungi cabaran. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Agaknya...kebahagiaan kadang kadang memerlukan pergorbanan.

Rindu...Swan ni macam kesunyian. Aku tahu dia rindu nak jumpa aku lagi. Tetiba!!!...kah kah kah.

Kalau orang yang tak dapat jumpa keluarga dia lama lama...macam mana la agaknya kan dia menanggung rindu. Camno Ejin?  Cuba explain. Aku masa balik kampung tahun lepas...aku buat buat busy...kalau dok fikir fikir...lagi rindu bertandang...nanges...hu hu hu. Tapi sekurang kurangnya situasi aku dan ejin...kita boleh skype dengan family kita memasing...call...dengar suara....untuk melepaskan rindu. Kalau apa pun tak boleh? Ada halangan...Camno tu? Tatap gambar aje la...pastu nanges. Kasihan tapi besarnya ujian itu.

Tetiba aku rasa rindu kat swan swan kat tasik Hyde Park tu....rindu kat Patung patung beruang kat Harrods tu. Rasa nak nanges...ha ha ha...nanges hu hu hu....ok,   aku tipu. Takde la rasa nak nanges. Mengada la kan. ha ha ha.

Kadang kadang kan...kita teruja...sanggup berbelanja besar...duduk dalam flight lama lama...pergi ke negara orang lain semata mata nak melawat haiwan haiwan yang takde kat tempat kita. Contohnya Koala ni. Tak travel gi OZ...takde harapan la nak tengok. Pastu biler nko sampai kat zoo tempat yang ada Koala nko bising kata Koala ni malas...sebab asyik tidur aje. Kejut kejut sentuh sentuh pun tak nak bangun...Nak buat camna kan..20jam sehari Koala akan tidur...bangun untuk makan sahaja. Tapi masa aku pergi Perth...Koala kat sana segar bugar aje awake. Agaknya teruja aku yang hensem lagi happening ni datang visit dia. Terus dia berjaga bergaya manja macam ni...Apakah?  Tetiba aje Abang Ngah melalut...Tersasul lagi menyimpang ayat ayat aku ni...now I sound like Ita...lariiiiiii...aku mengantuk kot.

Sebenarnya aku nak sambung cerita kisah rindu keluarga...kisah jarak jauh memisahkan kita dengan keluarga...pastu ada perkara perkara yang menyebabkan kita tak boleh nak travel sewenang wenangnya untuk bertemu dengan keluarga yang kita rindu...tapi laju aje idea melalut Koala tak tidur sebab jumpa Abang Fen yang hensem menerjah. Kah kah kah.

Tapi kalau situasi...orang tu sanggup travel untuk berjumpa keluarga dia tapi lepas penat penat travel...dia di halang dari jumpa family dia. WTF la kan. Rasa geram campur sedih. Aku bab bab macam ni...semangat aje nak mencarut. Kadang kadang...kita berhadapan dengan kekejaman untuk memperoleh kebahagiaan. Tingginya tahap kesabaran insan insan yang menghadapi masalah macam ni.

Ok...kalau nak tengok Kangaroo...kat Zoo Singapore pun ada...jangan nak tipu kata kena gi OZ aje kalau nak tengok kangaroo...tapi untuk Lizduan...buat apa susah susah g tengok Kangaroo secara live...baik tengok gambar aje katanya...LOL...ampun tuanku...lariiiiii

Mudahnya kalau nak melalut. OK sambung kisah rindu keluarga...Cer tengok photo...Kangaroo pun pandai sayang anak...apa tah lagi kita manusia yang berakal fikiran lagi berilmu ini...chewahhhh..kasi up sikit ayat. Maka seharusnya la kan kita menyokong lagi membantu insan insan yang sayang kan family dia. Jangan la kita kejam sangat jadi batu penghalang memisahkan kasih sayang antara keluarga. Pesanan khidmat masyarakat dari Abang Fen yang hensem lagi happening.

Kadang kadang...kita kena pasrah...tapi tak boleh mengalah untuk mencapai kebahagiaan.

Kalau aku ada kuasa...akan aku tiup pergi jauh segala kesedihan dan kerinduan...akan aku tiup dekat dekat kasih sayang dan kebahagiaan. Tetiba ada gambar Abang hensem kat hujung posting. Kah kah kah.

OK...lepas melalut ni...kurang sikit rasa sedih dihati lepas baca entry masa blog hopping tadi. Boleh la nak cuba tidur lena sikit lepas ni. Semoga hari esok lebih bahagia dari hari ini dan semalam.

Pergi kenduri makan pulut...sekian aje aku melalut.


4 comments:

Liz Duan said...

Wahhh one of its kind fendi....ada jugak hati dan perasaan ko disebalik makan dan makan ha..ha..ha...main aje. ..i know ko mmg baikhati kalau tak aku tak panggil ko the saint...disebalik sikap kaki temberang..ho..ho...ok back to ur postg...sapa buat hal halang2 ni....i dont understand people yg suka buat life so complicated. ...thinks like u own people when
we are only hamba Nya

Ejin said...

Sangat mendalam posting the Saint kali nie ...ru lah, walaupun aku jauh dari kelurga and dari korang, teknologi merapatkan kita. I sanggup tunggu lewat malan so that i can video talk to my nephews and my mom ..tapi kalau mcm tu..apa kan daya. Betapa kejam nya to halang perhubungan anak beranak mcm tu ...

Ejin said...

Abang ngah memang the saint lah liz ...terus aku ingat dia gi tolong aku mati kan setem yang tak mati aritu ..and ended up dituduh hilangkan dokumen aku hahaha ...nie aku pulak yang melalut kuar topik

fendifid said...

Kalau baca benda yang sad sad ni boleh bawak mimpi...tu yang kena merepek melalut larikan tumpuan fikiran ke arah benda lain.

Tak ada jawapan kenapa ada orang kejam memisahkan kasih sayang ayah dan anak...emak dengan anak...suami isteri...dah takde kerja kot diorang tu nak buat. WTH.