Tuesday, June 22, 2010

Enjoy di Zoo Singapore

Selepas seronok beronggeng di USS, keesokan harinya kami ke Zoo Singapore pulak. Fenfid dah pernah pi tahun lepas. Farah pun dah pernah masa kecik dulu. Yang lain lain first time ke sini. So posting kali ni aku tak tepek banyak gambar binatang sebab kat posting sebelum ni dah tepek banyak dah. Nak tengok balik klik kat sini



Jumpa ni masa jalan ke toilet.

Masing masing ghairah bertanya apa promotion ada untuk Malaysian citizen. Kalau trip tahun lepas dapat 50% discount. Kali ni buy 2 adults ticket dapat 1 tiket free. Boleh la...layannn.


Ej macam biasa la kan...ada je benda tak dapat dia mula la buat memek muka. Malas pak cik nak layan. Dia dok sibuk suruh aku rent stroller plastic tu. Dia nak masuk dah tentu tak muatkan. Pastu kalau budak kecik berdua tu tak nak naik stroller tu...dok tolak kosong je nanti. Ngade je Ej ni.

Study map dengan gigih. Farah dok nak check sama ke tak macam dia pi dulu masa kecik dulu.

Kaum ibu pun teruja jugak nak masuk Zoo ni.

Biasa la kan...masuk entrance pun tak lagi...gambar berpuluh dah di snap.

Yang ni kat area lepas entrance...banyak hutan je kat kawasan ni.



Ni la stroller yang Ej dok sibuk suruh kami rent sampai dia buat memek muka tu. Bolayan.

Ej and Sabrina

Group photo. Kat USS tak dapek...kat Zoo ni wajib ambik dulu group photo. Arfa yang seronok bangat macam nak kelur dari stroller tu.

Saje je nak temeng baju...hadiah father's day. Perasmian pakai kat Zoo.

Kat area monkey. Kat zoo ni memang banyak monkey...ada berjenis jenis.

Cantikkan diorang susun kayu kayu tu.


Sebelum menonton animal show sempat ke tempat Gajah...tapi aku tak sure masa biler budak budak ni pi bergambar dengan gajah ni.

Who am I?





Jom layan beberapa photo binatang yang ada. Yang ni sejenis species monkey jugak and very small. sebesar tapak tangan lelaki dewasa je sizenya.

Badak air.

White tiger...tapi tak nampak sangat...camera tak boleh zoom.


Yang ni masa animal show.

Sebenarnya the kids bukan nak layan sangat tengok binatang...mula mula je diorang excited. Biler dah sampai kat taman air ni...kena paksa makan lunch dulu baru boleh start main air...pastu kan main susah nak suruh diorang stop main air. Sampai taman ni tutup baru lah diorang terpaksa berhenti,

Ini yang best sekali sebenarnya. Kita yang dewasa ni pun rasa nak join. Air tu di tadah banyak banyak pastu ada bunyi loceng...budak budak start duduk tunggu air jatuh atas diorang.








Seronok bangat.

Taman air tu lepas tutup. Terus lengang.


Hadie melayan aleya yang takut air. Aleya main gelongsor je..pastu dah puas terus tukar baju balik.

Lepas aleya tukar pakaian...hadie took a nap...while ej, sabrina and Adam dok enjoy layan main air lagi.

Tersesat pulak gambar penguin ni. Aku snap lepas tonton show sea lion.

Kami antara yang terakhir keluar dari kawasan water park tu sebab pi layan flying fox junior ni pulak.

Mula mula layan the kids...pastu kaum bapa dan Farah pulak layan. Seronok pulak naik benda ni.






Kanak kanak ribena


Kalau ikut initial plan nak layan night safari pulak tapi masing masing dah kepenatan sebab banyak berjalan. Terus plan pi Johor for dinner...sekali jalan jammed teruk nak keluar kat tambak tu...terus kami ke Orchard road...pi makan Nasi Unduk kat food court kat Lucky Plaza. Lepas tu ronda ronda kat Orchard road sebelum balik hotel.


4 comments:

Liz Duan said...

awat gambor baju father's day macam kena stretch ajer??? apa motip nyer tu?

fendu, monyet lepas ke situ? pas ti mat afi tak nak masuk!

fendifid said...

tak de la...mana lepas...sume dalam kandang.

gambar tu entah berapa kali dok load pindah sana sini...buka guna paint...terus jadi macam tu. my new figure for 2011...he he he

Ejin said...

best nyer tempat budak2 tu mandi ...gambar pun very sharp and clear ...so, apa lagi Fend - cepatlah beli DSLR!

fendifid said...

Aku ingatkan tempat mandi tu untuk budak budak je...rupanya orang dewasa pun ada...nyesal tak bawa baju mandi masa tu.

Aku mana leh beli DSLR...rugi la...sebab Fid nak hadiahkan kat aku. ha ha ha